Friday, 26 August 2011

PENULISAN: INFO TENTANG MENULIS

Info ni aku dapat daripada sala satu blog....


Mari saya kongsikan dilema seorang editor. saya suda minta izin sebelum paparkan di blog. 

"...ambil dan kongsikan dengan orang lain. Apa yang saya tulis bukan milik saya tapi hak Yang Paling Atas." 

Terima kasi Puan Editor! I Love you! 

Saya rasa pengisiannya cukup bagus, sebab kadang-kadang saya juga mendepani dilema sebegini dengan penerbit buku kanak-kanak saya. jadi ianya kes yang tabu tapi orang jarang suarakan kerana segan atau apa-apa saja. saya bole bagi banyak sebab untuk dilema begini, tapi mari kita pandang perspektif editor terkenal dari penerbit terkenal. Jom baca! 

"Sekadar berkongsi cerita. Minggu lepas saya menghubungi seorang penulis dan memberitahu yang manuskrip keduanya perlu diperbaiki. Dia bersetuju dengan komen2 saya. Tapi malam itu, saya terima SMS daripada penulis ini lebih kurang begini; saya nak minta pandangan Kak sebelum buat keputusan takut melanggar etika kontrak Alaf 21. Kalau novel ke2 tu Alaf dah tolak boleh tak saya hantar ke penerbit lain sebab saya tak ada idea kalau rombak balik. Saya akan guna nama pena lain. Untuk Alaf 21 saya akan buat cerita lain secepat mungkin dan akan tulis sebaik mungkin seperti nasihat akak. Boleh ke kak? Tq. 

Saya sedikit terkejut, terdiam dan termenung melayang2. Saya biarkan SMS itu tidak berjawab. 

Esoknya saya terima lagi SMS daripada penulis yang sama; Assalamualaikum Kak, saya dah buat keputusan untuk rombak balik mss itu. Rasanya baik kekal dengan Alaf saja. Lagipun saya bukan penulis hebat. Saya harap akak tak marah dengan soalan saya semalam. Saya ni memang lurus aje. Harap dapat tunjuk ajar dari semua. Peace! 

Anda semua mesti hendak tahu apa jawapan saya kan? Jeng, jeng, jeng....." 

SASPEN? SAYAPUN SASPEN! JOM TENGOK JAWAPANNYA... 

Scroll down... 

"Sebenarnya saya juga tidak memberikan sebarang jawapan pada SMS kedua penulis itu kerana saya tidak punya jawapannya. 

Di sini saya ingin berikan kesimpulan yang paling sesuai setelah lima hari berfikir. Dan rumusan ini juga untuk penulis2 yang menghadapi masalah yang sama. 

1.Saya tidak reject mms tersebut tapi cuma minta diperbaiki. 

2.Saya bayangkan, penulis ini sudah mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan mmsnya. Sampai masa disuruh perbaiki. Sedikit sebanyak emosinya terganggu dan dia rasa kecewa. Mungkin atas nasihat itu dan ini daripada orang lain, jadi penyelesaiannya, dia nak hantar ke tempat lain dan buat mms yang lebih baik untuk Alaf 21 pula. 

3.Tapi adakah dengan menghantar mms tersebut ke tempat lain tanpa dibaiki tidak menimbulkan soal kualiti? Maksudnya, asal novel itu terbit cukuplah. 

4.Prinsip Alaf 21, walaupun seseorang penulis itu sudah menghasilkan 10 novel, penilaian dan penapisan mms seterusnya tetap diambil berat. Tanyalah kepada penulis2 senior. 

5.Penulis2 baru seperti ini harus bersabar dengan cabaran2 seperti ini. Biarlah editorial komen sekarang tapi jangan setelah jadi buku pembaca2 pula komen kaw-kaw di internet. 

6.Saya mahu beri kata2 semangat kepada penulis2 baru. Sekali anda sudah melangkah masuk menjadi keluarga Alaf 21, maka kami mahu anda terus menjadi anak menantu kami selama-lamanya. Tapi kalau suatu hari nanti anda sudah jemu dengan kami dan mahu ke tempat yang lebih baik, maka kita berpisah secara baik dan bukan hantar SMS minta talak ya hehehehe…. 

7.Marilah kita terus sepakat dan bersatu untuk meneruskan perjuangan masing2 di bawah bendera yang sama. Segala masalah, tidak puas hati, pandangan, komen dan seumpamanya beritahu kami dan kita selesaikan dengan cara paling baik. 
Terima kasih kepada penulis ini kerana secara tidak langsung isu ini membuka mata saya dan kita semua. Moga dia akan terus berjaya. Siapa penulis ini? Tak payah nak korek2 eh, sebab hanya saya dan dia saja yang tahu. Sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH SWT dan yang buruk dari kita semua. Amin." 

Okey, itu saja gosip ari ini. uruf '...' pada papan leptop saya rosak dan tidak berfungsi lagi, jadi jangan marakan saya kalau ejaan macam tak lengkap. cuba teka uruf apa? eeee... 

Next entry, bye!




Menulis novel cinta popular
Tips menulis novel
Tips menulis dengan baik
Tips manuskrip yang baik

Okey semua, jom saya kongsi nota-nota kuliah dari bilik rahsia editor penerbit novel cinta popular.

"Salam Jumaat kepada semua. Semalam saya dan editor2 mengemaskini banyak manuskrip untuk tahun 2012. Ramai penulis baru yang akan mencipta nama tahun depan bersama Alaf 21. Untuk makluman semua, sepanjang tahun ini saja seramai 12 orang penulis baru telah dan akan bergelar novelis. Pihak editorial berusaha untuk menyelitkan seorang penulis baru setiap bulan. Mungkin ramai yang ingin tahu bagaimana sesebuah manuskrip itu dinilai dan akhirnya terbit menjadi novel.

Pelajaran 1.

Tema - kami perlukan beberapa tema.
1. Tema human interest (masalah keluarga, masyarakat dan sebagainya).
2. Tema yang ringan (lucu, romantik, gila2) dan sesuai dengan citarasa remaja.
3. Tema thriller, misteri, lagenda, seumpamanya.
4. Dan tema Islamik untuk novel NUR.

Garapan bahasa; ini sangat penting. Pembaca akan terpesona bila anda dapat menghidangkan susunan ayat yang tidak meleret2, tidak berulang2, tepat dan ada isi. Tapi kalau temanya seperti no 2, 3, ayat2nya pasti berbeza. Begitu juga tema untuk novel NUR.

Watak dan perwatakan; watak hero dan heroin. Mesti ada watak2 pembantu atau sampingan. Gerakkan watak2 ini dengan bijak. Kalau sekadar menyebut nama2 watak tapi watak2 itu langsung tiada dialog, baik buangkan saja kerana ia tidak membantu perkembangan cerita.

Sub-plot; ini adalah cerita kedua, cerita ketiga atau cerita keempat selain daripada cerita utama. Atau disebut juga cerita sampingan. Sekadar contoh; kalau cerita utamanya tentang hubungan watak Saadiah dengan watak Anuar Zain (hehehehe) sub-plotnya abang Saadiah berdendam dengan abang Anuar Zain. Ini akan mengwujudkan konflik. Akhirnya kesian Anuar Zain tak dapat kahwin dengan Saadiah (huhuhu). AZ merajuk dan bawa diri. Di tempat lain ada pula sub-plot ke2. Begitulah seterusnya. Ada juga sub-plot yang tidak melibatkan watak2 utama. Ini akan dialami oleh watak2 pembantu.

Konflik; ini mesti ada dalam setiap novel tanpa mengira tema. Kalau kurang sangat konflik, graf novel anda akan mendatar kerana pembaca sekadar membaca tanpa emosi seperti geram, marah, sakit, hati, sedih, sayu atau menangis. Mereka seolah2 membaca buku teks atau laporanan tahunan."

Syukran Puan Pensyarah kerana bagi nota kuliah yang lengkap begini. Boleh sebagai panduan mereka yang ingin menulis di masa depan.

Next entry, bye!


Jom sambung kuliah penulisan novel... 

Manalah tahu baca-baca ni dapat panduan berguna untuk menjadi penulis atau novelis yang baik. pesan saya, tulislah yang baik-baik, sebab semua yang kita buat akan dipertanggungjawabkan nanti. kalau buat kisah cintapun, janganlah sampai orang lagha atau bab erotik yang sampai orang mak tak berani bagi anak-anak baca.

Saya pasti setiap penulis novel merasakan ada beban setiap kali menulis. beban tanggungjawab. Percayalah, penulis yang sudah menulis satu novel, biasanya kemudian itu menulis bukan lagi kerana duit royalti yang dikejar-kejar. perkara royalti akan menjadi perkara kedua atau ketiga. ada prioriti yang masing-masing tahu sendiri.

Penulis yang pertama kali keluar buku pula biasanya teruja sebab nak pegang buku sendiri. saya tau perasaan ini. Sungguh bagai melompat ke awan dania...

Tapi para pembaca pula, jangala marah-marah penulis novel cinta dengan kata yang kitorang ni buat orang banyak berangan atau lagha tak tentu ala. Cinta itu indah, berangan juga indah. Bukan semua orang yang banyak berangan mampu menggarap bahasa dengan indah untuk santapan minda. meraka yang sukakan keindahan cerita untuk mengulit derita dalam mendepani reliti idup. Novel cinta yang mempu membuai perasaan supaya beban di hati atau fikiran lebih lega lepas penat bekerja. Novel yang mampu membuat pembaca mengambara ke serata dunia.

Panjang pula ocehan saya... Jom kuliah!

"Pelajaran 2

Prolog
Secara ringkas istilah ini membawa maksud pati, intisari cerita yang berlaku beberapa tahun sebelum cerita masa kini yang akan ditulis bermula pada bab 1. Biasanya dalam beberapa halaman saja dan diletakkan sebelum bab 1. Selalunya kaitan cerita dalam prolog akan menemui titik pertemuan di pertengahan novel. Contohnya; prolog menceritakan saat perpisahan Saadiah dan AZ yang tragis di bawah pokok ketapang dan disaksikan ombak laut. Gambarkan sumpah janji mereka yang tidak kesampaian. Saadiah tetap cekal menghadapi tragedi ini tapi AZ pula yang sedih, menangis teresak2. Memang mereka putus terus dan tidak bertemu lagi.

Bab 1 nanti pembaca akan diperkenalkan dengan watak2 baru. Tiada lagi watak Saadiah dan Az. Tapi pembaca akan sedar bahawa watak2 baru ini ada kaitan dengan watak Saadiah dan Az. Mungkin cucu Saadiah bertemu jodoh dengan cucu AZ. Atau kalau watak Saadiah dan Az masih hidup, pembaca akan menemui watak mereka di penghujung cerita.

Epilog
Ada penulis yang menulis panjang lebar hingga tak perasaan mss itu sudah melebihi 800 halaman. Bila dinilai, banyak bahagian meleret yang boleh diringkaskan. Kalau bab akhir menceritakan majlis perkahwinan Saadiah dan AZ (halaman ke 580) penulis nak cerita lagi tapi halaman agak terhad. Jadi boleh diringkaskan sebagai epilog. Dalam epilog ini terus gambarkan mereka sudah mempunyai lima anak perempuan yang comel2 dan hidup bahagia.

Atau epilog juga menggambarkan pengakhiran sesuatu watak. Contohnya setelah tiada jodoh dengan Saadiah, AZ berazam berhijrah ke negara lain. AZ pergi dengan hati yang berat dan terluka. Atau dalam kapal terbang, Az berkenalan dengan seorang gadis bernama Ruby. Jadi, nampaknya ada bunga dalam taman...

Monolog; kata2 dalaman/dalam hati yang disuarakan oleh sesuatu watak.
Flashback/imbas kembali; cerita yang berlaku sebelum itu dan diingat kembali.

Dialog; perbualan antara dua watak atau lebih. Mesti ada pembuka dan penutup kata.
Naratif: penceritaan yang biasanya diselang-selikan dengan dialog.
Ada penulis yang suka naratif yang panjang lebar dan dialog sikit. Sebaik2nya dua perkara ini mesti seimbang supaya pembaca tidak bosan."

Okey, itu saja setakat ini. Terima kasih Puan Editor kerana sudi bagi saya kongsikan di blog saya. barula rasa macam menepati konsep 'Dunia Penulisan Umi'.

Next, bye!


Thursday, 25 August 2011

PENULISAN: INFO TENTANG MENULIS


Tuesday, August 23, 2011

Dari Meja Editor- Kuliah 3

Pelajaran 3

Watak dan perwatakan
- Saya hendak tekankan perkara ini kerana ada juga penulis yang keliru, tidak yakin atau hilang fokus bila mahu mengembangkan sesuatu watak. Kita tahu kebanyakan mss mengutamakan watak hero dan heroin. Kemudian diwujudkan watak2 pembantu pertama, kedua dan seterusnya. Tapi ada berlaku, mss yang kita terima daripada penulis2 baru, dia tidak dapat membezakan yang mana satu watak hero atau watak heroin. Contohnya; watak Aziz dan Nizam, tidak pasti yang mana satu hero. Begitu juga watak Diba dan Azie, yang mana satu heroinnya. Kalau menurut sinopsis yang diberi, kisah berkisar pada watak Aziz dan Diba yang menghadapi tentangan untuk mendirikan rumah tangga. Nizam dan Azie hanyalah watak pembantu kerana mereka adalah rakan baik Aziz dan Diba. Tapi keadaan yang berlaku sebaliknya. Kecuali... jalan cerita ditukar; dua pasangan ini menghadapi cinta empat segi antara mereka. Jika ini yang dimaksudkan, perlu ada watak2 pembantu bagi mengembangkan cerita seterusnya.

- Sebelum mula menulis, anda perlu menyenaraikan nama2 watak dalam cerita mulai bab 1 hingga bab akhir.
Kalau ada 10 watak, lebih baik semua watak ini bercakap (ada dialog). Tapi ada pengecualiannya jika watak yang disebut itu sudah meninggal dunia dan menyebutnya sekadar kenangan.

- Nama2 watak. Ada penulis suka sangat menamakan watak menurut huruf abjad yang disukai. Contohnya; nama hero Faiz, heroinnya Fiza, watak pembantu Farah dan Faizal. Kalau ada watak adik beradik; Fuad, Faliq, Farhana; emaknya Fatimah dan bapanya Fahim. Amboiiii... Pembaca nak ingatkan nama watak2 ini pun dah keliru sungguh. Itu belum lagi yang suka abjad N, K, J dan sebagainya. Saya cadangkan, pelbagaikan abjad nama barulah harmoni.

- Ejaan nama. Sebaik2nya ejalah mengikut kesesuaian sebutan. Adakah anda sengaja mengejanya dengan tambahan abjad untuk nampak pelik dan lain daripada orang lain? Contoh; Jasmin-Jasmyyn, Khairil - Khaireell, Isabella - Izabeella dan sebagainya.

- Dua nama. Trend ini amat disukai oleh penulis2 baru. Contoh nama; Izabeella Jasmyyn, Asshraaff Khaireell. Kalau dalam mss sukar nak sebut dua nama ini berulang kali dalam dialog dan naratif dari bab 1 hingga bab akhir. Kalau tak berbuih mulut, kering tekak pembaca nak menyebutnya. Jadi, sendiri mau ingat!

Jalan Cerita
- Sebelum mula menulis, fikir masak2 cerita apa yang hendak anda karang. Ambil buku latihan sekolah anak2 dan buat gambaran kasar. Bab 1, senaraikan watak dan cerita apa di situ. Bab 2, senarai watak lagi dan kisah seterusnya pula. Begitu juga dengan bab2 seterusnya. Jika anda terlupa, anda boleh rujuk di sini. Atau boleh buat tambahan teks berdasarkan catatan2 kasar yang telah anda tulis.

- Amat penting setiap bab mempunyai kesinambungan cerita. Contoh; bab 1 - 3 berkisar tentang watak utama. Bab 4 - 5, alihkan cerita pada watak kedua atau sampingan. Bab 6-7 balik semula kepada watak utama. Elakkan bercerita tentang watak hero atau heroin mulai bab 1 - 10. Pembaca akan bosan sebab pergerakan cerita lambat. Sebenarnya, anda mesti bijak menghidangkan 5 bab pertama yang enak dan berkhasiat untuk menarik pembaca. Insyallah... mereka akan terus berselera untuk menikmati karya anda sampai titik nokhtah.

"Terima kasih kepada editor Alaf21 yang bagi kuliah ini. :)"


Wednesday, 24 August 2011

KEMBALI PADA ALAM

Teringin hendak berada di kawasan yang mendamaikan seperti di bawah ni....

jauh dari KL yang semakin nazak,
jauh daripada bebanan kerja yang tidak berkesudahan,
jauh daripada manusia-manusia yang hipokrit,
jauh dari segalanya

menjernihkan hati yang sering gundah-gulana
melapangkan fikiran yang sarat dengan masalah
meredakan tekanan yang semakin meninggi saban hari
melunturkan nafsu yang tiada penghujungnya

sendirian bertemankan sepi
membuka mata hati
meneroka isi alam
bebas tanpa halangan
bebas tanpa sekatan
hanya alam dan aku
saling berpandangan




Tuesday, 23 August 2011

PENDRIVE JAHANAM

Jumaat lepas merupakan tarikh hayat pendrive aku berlabuh dengan rasminya. Huwaaa!!! Nak format balik pun dah tak boleh. Jawabnya ke tanah kuburlah (tong sampah) dia. Nasib banyak sebahagian besar maklumat tu aku dah fotokopi ke komputer di ofis jadilah taklah merana sangat hilang makluamt dalam tu. Cerpen-cerpen pula aku boleh ambil balik dari emel CUMA ralatnya gambar terbaharu aku untuk entri Ops Bersih! dan anak-anak buah aku tak dapat diselamatkan sama sekali. Hancus berdebus-debus. Aku pula tak copy paste dari memory card sekurang-kurangnya ada lagi gambar tu. Aku terus buat cut paste memang cut off terus lah. Nasib baik beberapa keping gambar sempat aku masukkan dalam entri Nohin Dah Sampai hari tu.




Lagi satu gambar deko & hiasan dalam rumah yang aku ambil dari satu laman web hilang jugak! Nak cari balik memang letihlah...gambar-gambar dia memang cantik giler!! Natijahnya lain kali buat back-up fail utk keselamatan. Nampak gaya kenalah beli pendrive baharu. Ada sesiapa yang derma kat aku tak? Heheheheeeeee....dah masuk mood raya ker?

Monday, 22 August 2011

NAK WISH JUGA


Walaupun dah lepas pada 13hb yang lalu aku nak ucapkan juga kepada mereka yang 'senasib' dengan aku di bumi Allah s.w.t ini Selamat Hari Kidal Sedunia.

Sunday, 21 August 2011

PUISI : ADAM MEMIMPIN DAN HAWA DIPIMPIN




Wahai adam,
Hawa itu tercipta indah dari rusukmu
Terlindung 1001 hikmah disebalik keindahan itu
Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia
Sebaliknya luruskannya dengan penuh hikmah & sayang..

Wanita akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa..

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok,
menghasilkan bayang yang lurus ..

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah
Didiklah mereka dengan panduan darinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
kerana nantinya mereka semakin liar
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
kerana nantinya mereka akan semakin derita
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabbi
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbinya

Bila wanita menjadi derhaka
pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata

Tapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali karamallahuwajhah...

Bukankah kamu lelaki punya peranan besar terhadap hawa!
Lindungilah hawa itu.
Jadilah pemimpin imamnya yang terbaik.
Lindungilah hawa itu
Lunakkan telingamu dan ajarinya
dengan nafas alunan suci Quran...

Alangkah bertuahnya berada di bawah Nur Islam,
di mana segala kesusahan, kesakitan, kesedihan,
kerinduan, kegelisahan yang dihadapi
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha
mengkafarahkan dosa-dosa kecil..

Wahai lelaki...wahai adam,
Lindungilah hawa selagi kamu mampu,bukan menyakitinya
Bimbingilah hawa di jalan NurNya,bukan menyesatkannya
Wangikanlah mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya
Jadilah pemimpin imam yang terbaik buatnya,saling membantu
Hilangkanlah egomu kerna itu api yg membenamkan nur kebahgiaan
Ingatlah wahai lelaki.. ♥

Wahai lelaki yang punye peranan besar,
Jika benar kau mencintainya maka cintailah dia sepenuh hatimu.. jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu, jagalah dia dgn baik, kasihanilah dia, lindungilah dia, berilah kasih syg padanya, nasihatilah dia, bawalah dia ke jalan Allah, perbetulkan kesilapannya, bersabar dengannya, terimalah kekurangannya, jadi imamnya dan redhalah padanya..
Moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu.... ♥

Saturday, 20 August 2011

SMART WONDER WORLD - 2011 & ANNUAL DINNER

AKU DAN KAK LINDA








DAH BUANG TABIAT KE?

STRESS LAH KONON!

















MINI MARKET - NI SEKEJAP SAHAJA LEPAS TU HILANGLAH SUME BUAH-BUAH NI!






















TENGAH SUSUN BEG UNTUK AMBIL TOKEN MALAM NANTI






ANNUAL DINNER
AIN @ NUR AIN FAZILAH

DARI KIRI: KAK LINDA, KAK ZERA, NUR HASANAH @ NUR DAN AIN - DULU PART TIME BOLEH PERGI SEKARANG DAH TAK BOLEH PERGI...

AIN LAST DAY - 31.05.2011 

GAMBAR KAT LOKER SEBELUM PUNCH CARD

 

DARI KIRI: KAK LINDA, NUR, AKU DAN AIN