Sejak Mak keluar masuk hospital dan sakit aku cuba datang ke rumah setiap minggu untuk bawa KA. Pada 2.12.25 yang lalu doktor kat Hospital Ampang dah sahlan mak menghidap sakit Kanser Usus Tahap 4. Dapat kesan lambat tahu² dah tahap 4.
Puncanya mak sakit perut sangat². Mak memang ada sakit gastrik dari dulu dan selalunya kalau sakit macam tu pergi klinik Fauziah, ambil ubat alhamdulillah okay beberapa hari lepas tu.
Ni sakitnya asyik berulang sampai ada satu hari tu call ambulans sebab Mak tak sedarkan diri kat rumah dan terus ke zon merah kat Hospital Ampang (HA). Masuk skp kat mulut bagai tapi tak dapat kesan apa² dan sakitnya berulang.
Pergi pula hospital swasta, Hospital Sentosa dan buat skop kat mulut juga tapi okay je sampailah pergi balik HA dan buat skop kat belakang (dubur). Dari situ baru dapat tahu apa punca sakit mak tu.
Jadi aku tak nak rasa menyesal kemudian hari walaupun hati ini masih terasa sakit dengan silap dorang, aku pilih untuk bawa KA ke rumah mak.
Mak memang tak ada perasaan apa² pada KA dan memang boleh nampak pun tapi aku tetap bawa juga. Adik je yang happy jumpa KA. Kira KA ni cucu mak paling bongsu setakat ni. Cucu ke-9 Mak Abah (walaupun Abah dah tak ada) dan cucu ke-10 juga daripada aku kalau tak gugur hari tu.

















No comments:
Post a Comment