Saturday, 20 December 2025

18-20.12.25 - BUBUR NASI, KA, PLAYPEN, HARI GAJI, KAKAK KHP, JADUAL PERHIMPUNAN PAGI, AISKRIM, PUREE, FROZEN YOGURT BLUEBERRY & BOOKS

18.12.25











19.12.25
Beli krim bawah mata dengan akak ni so kena ambil gambar dulu.... hehehe 

Terjumpa akak² KHP so aku nak tanya pasal bonus aku kena potong sebab hari tu ada ambil cuti tanpa gajikan dan dalam masa yang sama kita orang borak dekat kedai akak jual skincare ni.

Masing² terjebak dan beli dengan akak ni. Aku beli krim bawah mata RM75 dan Kak Mariyati belanja RM5.


Bulan Nov pun nama aku, bulan Dis pun nama aku untuk One Word English. Aku tak cakap apa pun, buat je. Itupun ada cakap benda buruk pasal aku.





Buat aiskrim tembikai untuk KA 






Dah siap, belikan dalam peti ais



Sebelum ni dah pernah bagi dia makan betul cuma tak ada gambarlah...

Cubaan kedua until buat Frozen Yogurt Blueberry untuk KA 

Biskut baby tu hancurkan je dan campur dengan Greek Yogurt, buat bulat dan letak blueberry yang dah dicairkan dekat atas dan belikan. Itu sahaja.


Yang ni elok sikit rupanya daripada yang pertama hari tu...

Simpan dalam freezer, nak makan nanti keluar kan lah sebab nanti cair.


20.12.25




Dah siap aiskrim tembikai KA. Makan benda sejuk² macam ni boleh kurangkan gatal gusi.

Gigi dia pun ada ada beberapa batang tapi alhamdulillah dia tak ada merengek ke demam ke meragam ke masa tumbuh gigi pertama tu (gigi bawah dulu yang tumbuh). Syukur banyak².





No comments: