7.6.26
8.6.25
9.6.25
![]() |
| Mata dia rabun dekat....power tak tinggi lah |
![]() |
| Senyum dalam kerisauan sebenarnya ni... |
31.5.25 aku pergi Klinik Idzham Pandan Indah dan doktor cakap kalau baru sangat memang tak nampak kantung tu lagi dan bila dia scan memang kosong, tak ada apa.
Kalau nak result yang lebih details tunggu lagi 2 minggu dan datang semula untuk scan atau buat blood test. Aku pilih buat blood test sebab result lebih cepat. Patut dalam masa 3 hari bekerja boleh dapat keputusan tapi biasalah kan.
Bila aku telefon cakap dorang tak dapat result lagi. Pada hari kita orang bercuti kat Hotel Dorsett Putrajaya tu, pihak klinik telefon dan beritahu hasil blood test tu.
Ya, aku mengandung! Lagi? Ya, baru empat minggu sebab tu bila scan tak nampak. Allahu Akbar! Aku menangis bila dapat berita ni. Bukan tak bersyukur atau tolak rezeki tapi memikirkan keadaan aku memang boleh gila meroyan dibuatnya nanti.
Bila tanya pendapat bapa budak jawapan dia senang je, up to you. Dia yang buat aku yang tanggung sorang². Masa KA pun sama SEGALANYA aku yang uruskan, fikirkan, beli dan buat persiapan. Dia tak tahu apa.
Ada famili pun tak bantu apa² bulan macam orang lain. Sedih bila fikirkan benda ni sebab tu kalau boleh aku tak nak ada anak sebab dah tahu akhirnya jadi macam ni.
Ingat aku tak penat ke bila kau kena hadap semua sendiri, setakat teman pergi klinik dan hospital tu tak ada benda pun sebenarnya. Tak pernah jaga makan minum aku pun, tak pernah suruh aku maka minum benda yang sihat² pun, tak pernah tanya aku sakit ke okay ke.
Bila suruh picit kaki pun buat muka sampai aku yang gosok sendiri kaki aku, masa tu perut pun dah besar. Potong kuku kaki, pakai stoking sepanjang mengandung memang aku buat sendiri.
Alhamdulillah Allah tu permudah benda² tu untuk aku. Tak ada sakit belakang atau sakit kali, boleh berjalan pantas (tak ada jalan macam penguin tu yer walaupun tengah tunggu hari). Sakit sikit² tu adalah. Tak ada mengidam sangat cuma tak dapat makan yong tau fu je sebelum beranak sebab kedai tu tutup pada hari yang sepatutnya buka (ada hal kot).
Kalau ada dua baby tak meroyan ke aku nanti. KA tu kecil lagi dah ada baby, memang akan meragam punyalah.





































No comments:
Post a Comment