Tuesday, 24 June 2025

20.6.25 - PERTAMA KALI JEJAK BUMI BANGLADESH

Dah sampai Dhaka, Bangladesh. Alhamdulillah selamat mendarat.



Apply VOA, Visa On Arrival untuk aku dan KA dan kena bayar sorang USD50 = RM200 +-




Sebab aku bawa baby kan, pegawai imigresen tu suruh aku duduk dulu sementara Shahid selesaikan urusan kat situ dan aku dipanggil bila nak snap muka je....






Tunggu nak ambil bagasi pula












Ni tengah tunggu Shahid cari teksi untuk ke rumah Adik dia dia Chittagong. Ambik masa dalam 6 jam kalau tak sesak lah.





Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Hazrat Jalal, Dhaka




Shahid kena scam dengan perkhidmatan teksi kat airport. Janji kereta ada aircond bagai tapi sekali sampai kereta buruk yang tak ada aircond. Sudahlah jalan sesak teruk dengan trak kiri kanan jalan. Hon sana hon sini, naik bingit telinga. Dengan penat dukung KA sepanjang flight tadi dan dengan hausnya lagi...









Pengalaman baharu untuk aku tengok tempat orang. Memang rasa sangat² bersyukur dilahirkan dan membesar di bumi Malaysia.

Pandangan dari ruang tamu ke pintu utama 



Tetapi senyum bila berswafoto walhal penat giler ....naik flight turun flight kat imigresen, naik kereta berjam semua tu aku hadapi dengan KA kat tangan aku. Baby carrier pula tak ada, mesti lenguh tangan kan.





Ketiduran dan keletihan budak kecil ni. Mana tak letih kalau dah naik kereta beriam² dengan jalan sesak dan tak ada air-conditioning lagi. Kipas tangan pula tak bawa.

Adik dia dah belikan baju untuk KA 

No comments: