Friday, 29 March 2024

LAST CLAIM BARANG - 10 - 28.3.2024 (PKSN,BEG,ALAT TULIS, KEY CHAIN, ANAK PATUNG,CERMIN,GELANG MANIK,TASBIH,KAD KAHWIN,BIRTHDAY,SAMPUL SURAT,BANTAL TIDUR,PINGGAN KETAS DLL)

21 TAHUN AKU SIMPAN TOPI NI SEMENJAK TAHUN 2003 TAPI HARUS DILEPASKAN SEKARANG. SAYANG MEMANG SAYANG TAPI APAKAN DAYA, AKU HARUS PILIH 1 @ 2 TOPI SAHAJA UNTUK DISIMPAN DAN AKU PILIH YANG AKU DAPAT MASA JOGATHON 2004 YANG ADA TULIS SMKDL.

ITU KENANGAN JUGA SEBAB ARWAH ABAH YANG TOLONG KUTIPKAN DUIT TU DI TEMPAT KERJA DAN AKU DI ANTARA YANG DAPAT KUTIPAN TERTINGGI UNTUK TINGKATAN ENAM.

KALI TERAKHIR KEMAS DAN CLAIM SEBELUM AKU BUNGKUS ELOK-ELOK DAN NIATNYA NAK DIDERMAKAN SAHAJA. FAMILI AKU KALAU BENDA BERBAYAR NI LIAT SIKIT NAK RESPON TAPI KALAU PERCUMA MEMANG HENDAK SAHAJA TERUTAMA KAKAK AKU YANG KEDUA TU!

ADA YANG MEMANG AKU BELI KONON NANTI NAK GUNA TAPI DAH BERPULUH TAHUN AKU SIMPAN -  NAK TUNGGU BERAPA TAHUN LAGI BAHARU NAK GUNA KAN!



ANEKA BENTUK CERMIN POKET

NI AKU BELI MURAH SAHAJA DI JUALAN GUDANG UTUSAN MASA DIA ORANG NAK TUTUP DAH - ADA 2 KE 3 BEG YANG AKU DAH BAGI KEPADA KAK SARAS (CC KAT JPB DULU)

DAPAT PERCUMA - MAK ADA SATU, MANA TAHU NAK BUAT STAND BY KE KAN!

BUAT SENDIRI DARIPADA MANIK TUDUNG YANG TERCABUT - KREATIF TAK??




BIASALAH KALAU PERGI HOTEL MEMANG BOLEH BAWA BALIK KAN!
HOTEL HATTEN - MELAKA


TUAH LAH SANGAT!

SAMPUL SURAT, PANAJGN PENDEK ADA SEBAB DULU RAJIN MASUK PERADUAN LAH, HANTAR PUISI LAH. TENGOKLAH ADA YANG DARI TAHUN 2007!

TASBIH - SIAPA BAGI PUN DAH TAK INGAT

JAM TANGAN UNGU - TAK SEUSAI DAH KALAU AKU YANG PAKAI. JENIS TEPEK KE TERUS MELEKAT KAT TANGAN - YANG AKU BAGI JE PERCUMA TAPI TAK ADA YANG BERMINAT

BANYAK SANGAT TASBIH, BUKAN AKU BERZIKIR PUN TIAP HARI NAK BERTUKAR-TUKAR TASBIH KAN!

ADIL NAK

KAK LONG NAK

KAD KAHWIN KAKAK AKU YANG SULUNG - 24 TAHUN DULU...ANAK SULUNG DIA PUN DAH KAHWIN DAN TAK LAMA LAGI BAKAL DAPAT CUCU SULUNG...DULU SIMPAN LAH KAD KAHWIN KEDUA-DUA KAKAK AKU TU TAPI NAK BUAT APA SIMPAN LAGI KAN!

KALAU DIA ORANG NAK SIMPANLAH SENDIRI....YANG NI KAK LONG NAK.

MASA NI AKU UMUR 15 TAHUN


ADIK NAK

AKU BAGI JE DEKAT MAK DAN ADIK (PINGGAN KERTAS DARI SHAHID)


MASING-MASING CLAIM BARANG YANG DIA ORANG NAK






ADIK NAK



KAK LONG NAK

YANG NI KAK LONG TANYA SAJA TAPI DIA TAK NAK PUN...YANG NI AKU NAK BAGI SAHAJA.

KESIMPULANNYA YANG BANYAK BELI PUN IALAH ADIK!!!!
ADIK = RM43
KAK LONG  = RM19
IQA = RM11

NURUL LANGSUNG TAK MEMBANTU! KEDEKUT SEBAB IKUT PERANGAI MAK DIA....HAJAH BAKHIL....BAKHIL DIA LEVEL LAIN TAU!!!!

No comments: