Sunday, 17 March 2024

KUBUR ABAH - 9.3.2024 & AEON MALURI (BANTAL KUSYEN) & HARGA EMAS, BAJU RAYA & ANAK PATUNG

Dah lama aku tak pergi kubur Abah jadinya aku nak ajak Shahid ziarah kubur Abah. Aku minta tolong Kak Saras belikan bunga tapi akhirnya dia bawa aku pergi beli sendiri. Memang tak wajib pun taburkan bunga dan daun pandan kat kubut tapi aku suka letak.

MASA KECIL DULU SELALU MAIN POKOK NI, AKU PANGGIL POKOK NI POKOK CILI  SEBAB BERBIJI MACAM BIJI CILI


SEBENARNYA INI POKOK DUKUNG ANAK DAH BOLEH DIGUNAKAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL

INI AKU AMBIL SAHAJA DI KEBUN KOMUNITI YANG YANG HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU. DULU SETIAP JABATAN ADA KEBUN MASING-MASING DAN HASILNYA BOLEH DIAMBIL TAPI SEKARANG KEBANYAKAN POKOK DAH MATI. POKOK DAUN PANDAN NI PUN HANYA TINGGAL DUA RUMPUN NI SAHAJA PADAHAL KALI TERAKHIR AKU AMBIK ADA BANYAK RUMPUN.

AKU AMBIL SEDIKIT SAHAJA


AKU BELI BUNGA NI - MAROON, PUTIH DAN KUNING (WARNA INI SAHAJA YANG ADA)




DAH SIAP DIGUNTING DAN DILERAIKAN

CAMPUR!


ASSALAMUALAIKUM ABAH....


MENANTU YANG ABAH TAK SEMPAT NAK JUMPA....



HAMPIR 12 TAHUN














NANTI ALANG DATANG LAGI ABAH....



Lepas ziarah kubur kita orang gerak ke AEON Maluri untuk jumpa Mak dan Adik. Dia orang tak tahu pun yang aku pergi ke kubur Abah. Pergi makan dan jalan sekejap sebab Mak nak cari cadar dan bantal.

AKU BELI KUSYEN BESAR NI UNTUK LETAK KAT TILAM DI RUANG TAMU


NI MASA KAT MYTOWN KONON INGAT NAK CARI SUBANG BAHARU TAPI BILA TENGOK HARGANYA....TUNGGU DULULAH!

AMBIL KAT KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN AEON MALURI

TEBUS PELEKAT YANG KITA ORANG DAPAT MASA AKU BELI BAJU UNTUK RAYA MERANGKAP BAJU KERJA DAPAT LEBIH DAN ADIK PUN BOLEH REDEEM JUGA WALAUPUN DIA TAK BELI....HAHAHAHA


BILA NAK PAKAI BAJU-BAJU NI.....?


AKU NAK KEMAS ANAK PATUNG NI - NAK AMBIL SEDIKIT SAHAJA UNTUK AKU SIMPAN

No comments: