DAH LAMA TAK KENA SAKIT URAT DI BAHAGIAN KAKI NI, KALI TERAKHIR AKU KENA MASA KERJA MOLLY SEBAB BANYAK BERDIRI (TAHUN 2012) & ALHAMDULILLAH LEPAS TU MEMANG TAK ADA KENA LAGI DAN TIBA-TIBA DATANG BALIK. UBAT PUN TAK ADA SEBAB DAH TAMAT TEMPOH (DULU AMBIL DEKAT KLINIK MAAMOR). AKU CUBA BERTAHAN DENGAN SAPU UBAT KRIM (KAK YAM BAGI) DAN YOKO YOKO TU TAPI TAK JALAN.
AKHIRNYA AKU PERGI JUGA KE KLINIK KASIM DI BANDAR TUN RAZAK TU NAIK GRAB DENGAN EN.S (DIA NAK TEMANKAN AKU) & DIA AMBUL CUTI SETENGAH HARI. LAMA JUGA KITA ORANG BERDIRI KAT LUAR TU & AKU ORANG YANG PERTAMA BERATUR. KLINIK KASIM NI MEMANG SENTIASA RAMAI ORANG TAMBAH LAGI KALAU DR.KASIM YANG BERTUGAS.
TAK LAMA LEPAS DUDUK MENUNGGU TU, DOKTOR PUN SAMPAI. EN.S TUNGGU DI LUAR & HANYA AKU YANG MASUK JUMPA DOKTOR DAN DR. RASA BETIS AKU BELAH KIRI MEMANG BENGKAK. DIA BAGI UBAT SAHAJA DAN TIADA SUNTIKAN (DULU KALAU SAKIT SANGAT DAN KALI KE-2 KE KLINIK SEBAB TAK OK MEMANG AKU AKAN MINTA INJECTION SEBAB NAK CEPAT BAIK.)
DAPAT MC 1 HARI SEBAB DAH HARI JUMAAT. ITU PUN AKU BERTAHAN SAMPAI HARI JUMAAT DAN SIAPKAN SEMUA KERJA YANG ADA DULU. BILA DAH SUDAH TU, KITA ORANG BELI SARAPAN YANG DIJUAL DEKAT DENGAN KLINIK DAN GERAK BALIK. BOOKING GRAB SEKALI DAPAT EN.GRAB YANG SAMA HANTAR KITA ORANG SETIAP PAGI ISNIN KE MPAJ & KEPONG (EN.S SELALU MESEJ DIA).
DIA TANYA JAUH JALAN (SAMPAI KE BTR) & AKU JAWAB PERGI KINIK. BALIK RUMAH KITA ORANG SARAPAN & EN.S PERGI KERJA SEMULA. DIA CAKAP CEPAT PERGI CEPAT BALIK. LEPAS DAH MAKAN UBAT DAN TENGOK TIKTOK KEJAP AKU PUN TIDUR. TENGAH HARI EN.S VC DAN AKU JAWAB DAN LEPAS TU SAMBUNG TIDUR BALIK SAMPAILAH DEKAT PUKUL 6, MEMANG TAK SEDAR LANGSUNG. |
No comments:
Post a Comment