Sunday 3 September 2023

1.9.2023 - OPIS BAHARU & KEMAS FAIL SULIT

Hari ni aku nak kemas fail-ail sulit yang dah lama ada atas meja tu (meja Jab.Kejuruteraan punya). Dari opis lama pun memang aku sahaja yang buat sebab mudahkan unit aku nanti. 

Contoh sebelum ni masa nak pindah opis kan, kalau aku tak kemas fail-fail sulit yang lama tu memang lagi banyak lah fail tu akan dibawa turun ke sini padahal fail tu semua dah tutup dan tak digunakan lagi. Ada fail tahun 2014, 2015 dan aku pun belum masuk lagi ke UB. 

Bila bos dah balik dan tak ada orang dekat opis, aku pergi kemas sikit demi sikit dan buat senarai fail untuk bagi dekat CC dan lepas tu suruh CC hantar seua fail tu ke Unit Registri di Aras 6 untuk disimpan sebelum dilupuskan (Fail biasa 5 tahun & Fail sulit 7 tahun mengikut Arkib Negara - kalau tak salah aku lah) dan unit tu yang akan uruskan segala proses pelupusan fail. 

Nasib baiklah aku buat dan siap simpan dalam kotak besar dan tiba-tiba dapat tahu kena pindah opis dan masa tu pula memang banyak kerja. Memang tak ada masa nak kemas pun. Aku siap kemas dan tagging di setiap kabinet untuk mudahkan aku khasnya dan unit aku amnya. 

Dia orang hanya tahu minta fail je dan tak kisah pun mana kau simpan, kabinet tu muat ke tidak kan...jadinya pandai-pandai aku lah. Jadi fail-fail yang ini pun sama jugalah. Aku lah yang kena bergerak dan kemas dan mana yang dah lama sangat tu aku akan buat senarai dan bagi pada CC untuk hantar ke Tingkat 6.

KAT BAWAH NI SEMUA FAIL PENTADBIRAN DAN UNIT PROJEK. FAIL YANG AKU URUSKAN FAIL SULIT YANG BERKULIT HIJAU DAN KITA ORANG HANYA ADA SEDIKIT SAHAJA FAIL YANG BERKULIT PUTIH


KENA SEMAK TAHUN ULA DAN IKAT ELOK-ELOK








No comments: