Friday 17 February 2023

AKU KAHWIN - PERSIAPAN DAN MALAM BERINAI RINGKAS (BHGN 1)

PERSIAPAN

Aku buat keputusan untuk bernikah dengan En.S berbanding Mr.A yang aku kenal terlebih dahulu. Ada sebabnya dan bila difikirkan semula memang ada pro dan kontra mana-mana yang aku pilih pun dan yang OK sedikit berpihak kepada En.S berbanding Mr.A. 

Lagi satu keputusan Mr.A yang asyik tangguh kepulangan dia dari Pakistan membuatkan aku berfikir banyak kali. Kalau sebelum kahwin pun boleh buat macam ni apalagi bila dah berkahwin nanti kan! Lagi ikut suka dia nak balik sana sebulan dua bulan tiga bulan atau enam bulan sekalipun aku tak boleh berbuat apa kan sebab dah sah jadi isteri dia. 

Tambahan pula, bila dia dah balik kampung tu memang dia tak akan mesej aku hari-hari seperti yang dia buat pada aku bila dia balik kampung pada 23 Okt 2022 yang lalu.  Aku dekat sini tunggu dia mesej ke call ke setiap hari sebab nak tahu khabar dia kat sana macam mana. Masa dia balik tu kat sana musim sejuk dan kena pakai baju yang tebal-tebal. Masa dia balik sana pun dia belikan bapa dia selimut yang tebal (berat 7kg!).

Sepatutnya dia balik 23.10.2022 hingga 27.11.2022 sahaja dan bila sepupu dia  telefon aku, aku tanya dia sepupudia  si Rashid cakap abang tambah cti dan tak jadi balik pada 27 Nov! Aku memang sedih gila masa tu dan nak mesej dia tak boleh sebab dia block aku. Dia takut aku mesej dia dulu dan aku memang dah janji pada diri sendiri yang aku tak akan mesej dia dulu  dan dia pun minta aku buat macam tu, jadi tak ada masalah pun. Aku siap buat jadual dari tarikh dia balik kampung sampai tarikh dia balik sini. Aku siap tanda tarikh bila dia telefon, video call ataupun mesej dan bila dia buat macam tu dekat sepupu dia.

Sebelum ni kalau dia tak mesej aku atau tak balas mesej aku, memang aku akan telefon dia. Setiap hari mesti nak mesej walaupun sekejap. Lepas tu bila dia call aku tanya, dia cakap ya dia sambung cuti dan akan balik sini pada 18 Dis 2023 (Ahad) dan aku dah ambil cuti selama 3 hari sebab nak tunggu dia balik sini. 

Dia patut sampai sini 9.30 pagi  (waktu Malasysia) dan besa tiga jam dengan waktu Pakistan. Contoh kalau dekat sini dah pukul 11 malam kat sana baharu pukul  malam dan pagi tu dia cakap dia taj jadi balik sini sebab ada masalah penerbangan! Dua kali tak jadi balik! Dia tunjuk tiket penerbangan dia dan cakap dia dah sampai lapangan terbang tapi syarikat penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) beritahu tak ada penerbangan untuk hari tu sebab dia orang tukar kapal terbang yang besar kepada yang kecil dan tak ada penerbangan lagi untuk minggu ni ke Malaysia.

Patut dia orang yang kena selesaikan dan semalam dia tumpang tidur rumah kawan dia yang tak jauh daripada lapangan terbang tu. Aku tak tahu dia cakap yang betul atau sebaliknya. Malam tu dia telefon lagi beritahu dia sekarang dalam bas dan nak balik semula ke kampung!!!! PIA cakap paling cepat tiket ada pada 1 @ 8 Januari 2023! Betul ke macam tu?

Kau cakap dengan Mak aku suruh beritahu agen yang uruskan nikah kita orang nanti untuk percepatkan tarikh dari 14.1.23 (tarikh lahir aku) kepada awal Januari 2023!!! Aku siap tanya betul ke dan dia cakap ya. Kalau balik 8hb, sempat ke nak pergi pada 14hb nanti. Mesti dia penat kan dan nak cari duit balik untuk kos nikah tu nanti. Masa dia telefon tu memang aku dengar bunyi bising dan dia cakap ada budak kat sebelah dia dok tanya dia cakap bahasa apa? Bahasa Melayu lah sebab dia dok bercakap dengan aku kan!

AKu cakap dengan Mr.A tak boleh ke tukar tiket ke baru @ tukar syarikat pernerbangan yang lain sebab nak cepat dan dia cakap boleh tapi mahal. Kena tambah dekat RM2000! Masa sepupu dia cakap mungkin dalam sehari dua Mr.A akan balik sini tapi tak pernah jadi kenyataan dan dia balik pada 8hb juga. Aku saja cakap yang aku boleh bagi duit dulu dan nanti dia bayarlah balik tapi dia tak nak.

Tiga jam perjalanan untuk dia balik semula ke kampung. Aku tanya tak ada cara lain je dan memang rasa kecewa sebab dah dua kali kan! Dua-dua kali pun aku siap ambil cuti tiga hari untuk sambut dia balik. Aku ambil cuti dari Isnin hingga Rabu sebab dua-dua penerbangan dia, dia akan sampai sini pada Ahad pagi.

Bila tangguh lagi hingga 8hb, memang aku dah nekad untuk mengakhiri hubungan kita orang walaupun dia dah melamar aku dan bagi cincin (tanda pertunangan). Aku terima En.S  sebagai pasangan hidup aku dan berharap dia lebih baik daripada Mr.A memandangkan keduanya juga bukan orang tempatan kan! Aku doa supaya dapat yang lebih baik bukan keluar mulut buaya dan masuk mulut naga. Minta dijauhkan daripada hidup aku. Dah lah nak dapat jodoh tersangat lama aku tunggu (38 tahun kan!). Janganlah bila  dah dapat lelaki yang tak elok kan. Persamaan mereka berdua ialah dua-duanya tidak merokok dan jaga pemakanan dan suruh aku juga jaga pemakanan tetapi ang beza ialah Mr.A ada kereta dan En.S tak ada.

Bezanya Mr.A tidak tahu aku ada diabetes dan cuma tahu aku darah tinggi bila aku beritahu aku pergi klinik dan check darah tinggi aku naik. Masa tu aku cakap tu punca daripada hubungan kita + masalah di rumah  + masalah di pejabat tapi Mr.A kata hubungan kita tak ada masalah cuma masalah di rumah dan pejabat sahaja yang sebabkan darah tinggi aku naik. Aku tak pernah beritahu yang aku makan ubat untuk dua-dua penyakit itu tapi En.S tahu.

Aku berdoa selama ini untuk mendapatkan seorang lelaki yang berilmu, beriman, beramal, penyayang, boleh terima diriku dan keluarga aku seadanya. Juga bukan lelaki ang kaki botol, kaki perempuan, kaki judi, panas baran (naik tangan dekat aku) dan terlibat dengan perkara yang tidak elok. Minta ditemukan lelaki yang sayang dan cinta aku hingga ke hujung usia dan tidak melihat perempuan lain dan menduakan aku di kemudian hari.

Setakat ini memang nampak Mr.A dan En.S sayang dan kasih dengan aku cuma perhatian En.S melebihi Mr.A sebab Mr.A lebih pentingkan kerja, kawan dan kriket berbanding aku. En.S sentiasa mesej aku dari pagi hingga malam dah tanya pada keadaan aku bla...bla...bla (bukan aku suruh pun) dan En.S pernah letak pepatah di status WA dia bahawa tak ada orang yang 24 jam sibuk. 

Kalau dia sayang seseorang tu pasti dia akan punya masa untuk tanya khabar atau mesej orang yang dia sayang tapi Mr.A tak macam tu. Kadang-kadang sehari @ dua hari dia tak mesej. Kadang tu bila aku mesej pun dia tak baca cuma ada lah video call (kadang-kadang @ bila dia ada masa terluang. Kerja dia kan tak tentu masa. Kadang tu tengah malam dan pagi-pagi buta dia dok kerja sebab kerjanya adakalanya perlu tutup jalan. (En.S lebih kepada mesej sahaja)

Memang masa Mr.A nak balik kampung tu aku dah padam aplikasi cari jodoh yang mempertemukan kita orang (dia dah padam lama) dan block semua lelaki yang aku pernah mesej (sebagai kawan saja sebab nak hilangkan bosan sebab aku dah serius dengan dia kan!) Bila seminggu dia balik kampung dan tak ada khabar berita langsung dan kalau aku tahu pasal dia pun mesti melalui adik sepupu dia tu (nasib baik aku minta nombor telefon dia kat Mr.A sebelum dia berangkat ke lapangan terbang) aku unblock balik nombor-nombor tu dan mesej balik dengan dia orang dan En.S yang selalu mesej aku.

Selanjutnya 8.1.2023 dia sampai sini dan tak ada mesej aku pun sampailah petang (dekat 6 lebih) Dia mesej tapi aku balas sebab masa tu En.S ada sekali dengan aku. Dia mesej tulis S___ dua tiga kali rasanya dan bila tengok aku tak balas dia mesej Norrehan. Ada juga dia kirim gambar dia pakai shirt kuning belang-belanh yang tulis NYS ke apa entah.

En.S suruh aku mesej dia beritahu yang aku tak dapat bersama dia lagi, mak aku dah carikan jodoh aku dengan seorang pegawai polis dan minta Mr.A jangan kacau aku lagi. Barang-barang dia yang aku tolong basuhkan tu nanti aku pulangkan balik. En.S takut aku tak sampaikan mesej dengan betul, dia suruh guna aplikasi Google Translate dulu sebelum mesej kat Mr.A. Lepas dah hantar tu aku cakap dekat Mr.A, 'tahniah, sebab bakal jadi ____ kali ke ____.

Mungkin dia panas hati, aku tiba-tiba mesej macam ni, Dia terus balas mesej, "Tak payah pulang, thanks for everthing.bye'. Itu sahaja!!! Dia tak tanya pun kenapa aku cakap macam tu, tak cakap bukan kita dah nak kahwin ke? Apa-apa je lah kan...sebab aku cakap macam tu kat dia. Dia tak tanya apa-apa dan sepatutnya dia minta penjelasan kenapa aku buat macam tu kan!

Ini tidak, dia okay kan sahaja. Tak ada rasa apa-apa ke dalam hati dia selama mana kita orang berkawan. Ke yang dia cakap dia cinta dan sayang aku tu hanyalah rekayasa semata-mata sebab dia nak ambil kesempatan dekat aku sebab aku orang Malaysia kan. Dia datang sini sejak tahun 2005 lagi jadi dekat hampir 20 tahun dia dekat sini.

Mungkin bukan jodoh aku dengan dia kan! Sebenarnya sebelum dia cakap dia nak balik kampung lagi aku dah ajak kahwin. Mula-mula dia okay tapi lepas tu dia cakap dia nak balik kampung dulu sebab dah 3 tahun tak balik kan (sebab Covid-19). Aku cakap kita kahwin je lah dulu lepas tu nak balik kampung, baliklah bukan aku larang pun kan!

Tiba-tiba aku nak kahwin dengan orang lain...Allah sebaik-baik perancang kan. Aku berharap pilihan yang aku buat ni tak salah lah....aamiin ya rabbal alamin.


Aku nak pergi awal tapi tiket bas tak ada pada tarikh yang aku nak tu (21.1.2023 - Sabtu) jadi aku ambil dari 22-23.1.2023, lepas nikah tu terus balik sini pada malamnya.



AKU PILIH TEMPAT DUDUK NOMBOR 39 & 40


NI TEMPAT DUDUK MASAK NAK BALIK - ZAIM EKSPRESS

AKU DAH BAYAR UNTUK TIKET PERGI DAN BALIK = RM189.00

TEMPAH TIKET BAS UNTUK PERGI DAN BALIK  = RM189.00
 
PERGI KE KELANTAN NAIK BAS SANI EKSPRESS - BAS DATANG CEPAT DAN BAS OK CUMANYA TEMPAT LETAK KAKI DIA SEMPIT SIKIT

BALIK DENGAN ZAIM EKSPRESS - TAK OKAY, LAMBAT GILA SAMPAI

TENGAH CARI PENGINAPAN SEBAB AGEN TAK URUSKAN

DAH DAPAT! HOMESTAY NI DEKAT DENGAN MASJID BEIJING YANG AGEN TU CAKAP


CARI SENDIRI SAJA INAP DESA NI - AGEN TAK MEMBANTU LANGSUNG!


NOMBOR TELEFON PEMILIK INAP DESA


NI BOS PUNYA DAN LEPAS DAH PAKAI TU AKU SIMPAN SEBAB NANTI BOLEH GUNA. HARI TU BOS ADA BAGI AKU DAN KAK YAM PAKAI INAI YANG BOS PAKAI

MAS KAHWIN, BUAT SENDIRI - RM1,401.85 SEMPENA TARIKH LAHIR AKU 14.01.1985


GIGIH AKU CARI DUIT SYILING YANG ADA KAITAN DENGAN TAHUN KELAHIRAN AKU DAN EN.S - TAPI UNTUK EN.S AKU TAK JUMPA



PAKAI INAI @ HENNA

Aku minta Iqa tolong belikan untuk aku inai celup ni dan warna dia memang cantik, aku ambil warna maroon RM26 (masa tu ada warna maroon dengan merah saja) dan aku tambah pelekat untuk letak kat jari RM5 dan kos penghantaran ialah percuma


NI INAI YANG KAWAN IQA PAKAI MASA DIA KAHWIN



ADA 5 CORAK PILIHAN DAN AKU PILIH NO.5




Adik, Iqa dan Iman datang rumah untuk tolong pakaikan inai dan aku tak tahu yang Adik nak hias macam ni. Terima kasihlah banyak-banyak sebab buat semua ni untuk aku kan! Sangat-sangat hargai usaha, masa dan penat lelah dia orang untuk gembira kan aku. Aku tak buat apa-apa majlis kan sekadar akah nikah sahaja.










CANTIK JUGA, UNGU-UNGU GITU!!!


BUNGA UNGU PINK TU ADIK YANG BUAT DAN TU CINCINNYA, BELI DEKAT KEDAI EMAS POH KONG DI PANDAN KAPITAL. MULA-MULA PERGI TENGOK DI POH KONG AEON MALURI KEMUDIAN KEDAI EMAS BUNGA RAYA DI PANDAN KAPITAL JUGA SEBELUM JUMPA YANG AKU BERKENAN DI POH KONG NI - EN.S KATA JANGAN TENGOK HARGA PILIH MANA YANG AKU SUKA (SEBAB DIA NAMPAK AKU TENGOK HARGA DULU)




SIAP ADA LILIN WANGI TU TAU!


No comments: