Monday 27 February 2023

AKU KAHWIN - MALAM BERINAI RINGKAS (BHGN 3)

 



DAH SIAP INAINYA!




CANTIK KAN WARNA MAROON NI? PADA AKU CANTIK  SANGAT



INILAH HASILNYA WALAUPUN ADA DUA TIGA JARI , HASIL PELEKAT TU KURANG MEMUASKAN TAPI OKAY SAJALAH!

MULANYA EN.S TAK NAK AMBIL GAMBAR PUN, AKU AJAK PUN DIA MACAM TAK NAK (SEBAB SENTAP KAN DENGAN AKU) DAN BILA ADIK AKU AJAK BARULAH DIA MACAM NAK BERGAMBAR DENGAN AKU.

SUKA TENGOK GAMBAR NI.... :p

DARI DEPAN: EN.S, AKU, IMAN, ADIK DAN IQA




SEMOGA DIPERMUDAH SEGALA URUSAN...AAMIIN YA RABBAL ALAMIN

PUNYALAH SUSAH NAK BUAT VIDEO NI...ASYIK TAK JADI JE. KADANG DIA ORANG DAN KADANG AKU YANG BUAT HAL...TAK BIASAKAN!


CANTIK KAN!

JARI SIAPA YANG PALING PUTIH....HEHEHE



SEBELAH BOX MERAH TU IALAH BEG-BEG AKU YANG NAK DIBAWA ESOK PAGI



















Lepas dah pakai inai dan buat video dekat tiktok (ambil masa sebab asyik salah dan tak jadi sahaja....tak reti nak berlakonlah!), masing-masing dah penat serta keletihan kan. Perkara terakhir ang kita orang buat ialah main game yang katanya viral di TikTok! Caranya senang sahaja, bila seorang kata  warna merah, kita keluarkan makanan yang kita beli berdasarkan warna tersebut.

Jenuh juga aku nak cari warna-warna makanan tu dan bila ada dua, tiga jenis dah tak tahu nak pilih yang mana. Macam nak pilih apa je lah aku ni! Aku tak belilah produk yang sama tapi berlainan warna, aku beli makanan campur-campur juga dan nak tengok ada yang beli makanan yang sama tak....hhhmmmm ada juga.

Semua makanan aku beli dekat Eco sahaja sebab tu yang paling dekat. Ada lima warna sahaja iaitu merah, biru, kuning, hijau dan warna kesukaan aku lah ungu! Masa ni En.S dah tak ada, tinggal kita orang berempat sahaja di ruang tamu tu. Kita orang nak habiskan cepat sebab nak tidur dan esok nak bangun pagi lagi. 

Kita orang semua tidur dalam satu bilik dan kebetulan aku tak beli tilam lagi kan dan hanya ada rangkanya sahaja, semua tidur atas lantai kecuali Adik aku yang aku suruh tidur atas tilam bujang aku.

ANEKA MAKANAN YANG BERASASKAN WARNA PEKET MAKANAN TERSEBUT

No comments: