Sunday 20 November 2022

KENALAN FB & INSTAGRAM - BILAL KHAN

BILAL KHAN

28 TAHUN / ANAN KE-2 DARIPADA 6 BERADIK  & YANG SULUNG KAKAK / 7 TAHUN DI MALAYSIA / DATANG SINI SEMULA MAC 2022 SETELAH SETAHUN LEBIH TAK BOLEH MASUK SINI GARA-GARA COVID-19 (DAH BALIK SUSAH NAK MASUK SINI) / PERNAH ADA GF DARI FILIPINA

AKU MULA CHAT DENGAN DIA DI FB PADA 29 SEPT 2022




Aku nak berkawan sahaja dengan dia sebab dia muda sangat kan. Borak dekat FB Dating Apps sebelum ke Messenger. Mr.A pernah nampak dia mesej aku dekat Messenger (malam 16.10.2022 - Ahad) dan baca chat kita orang dan malam tu dia lsin macam dengan aku dan esok pagi pun sama (17.10.2022 - Isnin). Aku tak tahu yang dia dah baca mesej aku dengan Bilal tapi mesej tu cuma borak kosong sahaja. 

Tanya dah makan, dah balik kerja, dah tidur ke belum (yang ni Mr.A dah terbaca...hahaha) dll. Mr.A kan sibuk tak ada masa nak chat dengan aku jadi aku carilah kawan untuk chat. Itu sahaja dan tak ada niat lain pun sebenarnya dan aku pernah tanya dia kot...boleh tak chat dengan orang lain dan dia sendiri yang cakap boleh.

Jadi aku pun chatlah. Aku dah tanya dia dan dia ok tapi sekarang dia pula yang nak hati panas. Macam dia tak pernah buat hal kan! Pernah juga...jadi 0-0 lah. Sebenarnya aku tahu apa ang aku buat ni tak elok sebab aku dah ada dia kan tapi sibuk nak chat dengan orang lain tapi aku chat untuk suka-suka sahaja. 

Bukan niat nak cari pengganti Mr.A pun. Teman berborak sahaja tapi si Pakistan ni tak boleh terima aku chat dengan orang lain. Kalau dengan kawan aku pun dia cakap tak boleh dan aku cakap dulu dia orang kawan aku kat tempat kerja, tak kan lah tak boleh chat sebab bukan selalu pun. Kawan lelaki aku pun cuma si Hairul (dulu kerja SWW, Aeon Taman Maluri) dan Shahril (MPAJ). Dua orang tu sahaja dan dua-dua dah berkahwin. Tak kan nak cemuburu jugak kan! Lepas dah cakap elok-elok baharu dia bagi aku chat dengan dia orang dua ni. 

Kita orang bukan selalu chat pun, biasanya masa Ramadan, Raya atau bila ada nak tanya bila post gambar atau sesuatu di WA masing-masing. Sebulan sekali pun jarang sebab biasanya tengok status sahaja.



















AKAUN FB DIA

No comments: