Wednesday 9 November 2022

TRIP KE LANGKAWI - HARI KEDUA (29.10.2022) - BHGN 1 - SARAPAN & PEKAN RABU

Pukul 1.45 pagi dia orang berhenti dekat Stesen Minyak Sg. Perak untuk pergi tandas dan beli air panas. Aku dan Kak Yam turun untuk pergi tandas dan jalan licin sebab hujan renyai-renyai kan. 

Lepas tu teruskan perjalanan dan pukul berapa tak ingat singgah di masjid untuk solat Subuh dan aku pun solat berjemaah bersama orang Kedah. .55 pagi sampai ke tempat sarapan. Gerai Roti Celaru yang viral tapi masa tu dia orang masih bersiap-siap lagi dan kita orang tunggu dalam bas. Dalam 15 ke 20 minit lepas tu, semua turun untuk sarapan. Pukul 8.05 pagi bergerak ke Pekan Baru.

HUJAN - DALAM BAS LAGI SEBAB GERAI BELUM BERSEDIA UNTUK MENERIMA KEHADIRAN ROMOBONGAN CIK MAT KE LANGKAWI NI!

EN.ZUL NAK PESAN APA TU?

BERGAMBAR DAH MESTI KAN!




AKU MAKAN ROTI TELUR SAHAJA TAPI KUAH DIA AGAK MANIS. KALAU MAKAN ROTI CELARU TU DIA ADA TELUR MATA DAN BERKUAHKAN SARDIN DAN AGAK MANIS JUGA








Sampai Pekan Rabu masih awal lagi dan banyak kedai yang masih belum buka. Ada pengunjung yang lebih awal daripada kita orang. Aku pun tak tahu sebenarnya nak beli apa kan dekat sini. Nak beli buah tangan untuk famili tapi tak tahu nak beli apa.






AKU BELI SERUNDING DAGING RM10 SEPEKET



BERGAMBAR DULU




MASA NI DEKAT STESEN BUS KE TEKSI DAN AKU TUNGGU KAK YAM YANG PERGI TANDAS DAN ANG LAIN-LAIN MASIH JALAN-JALAN. ANG ADA HANA ACAP DENGAN KAMERANYA DAN HUJAN REBAS.
















KAMERA ACAP...NAMPAK KAN AKU DENGAN KAK YAM TENGAH JALAN TU...



Pukul 10.20 pagi kita orang bergerak ke Jeti Kuala Kedah sebab pekerja yang sapu sampah tu cakap jalan sesak kalau pergi lambat tetai ternata tidak benar sebab jalan tak sesak langsung dan kita orang sampai lebih awal dari jangkaan sepatutnya.

10.45 pagi kita orang dah sampaj ke Jeti Kuala Kedah tu tapi tidak boleh duduk dalam kena tunggu kat luar dan berpanaslah dengan bagasu dan beg-beg. Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, baharulah boleh masuk dan naik feri.

Ini kali pertama aku pergi pulau dan naik feri. Pengalaman pertama dan aku takut kalau mabuk laut dan aku ambil ubat tahan mabuk daripada Kak Yam. Makan satu jam sebelum naik feri. Alhamdulillah aku okey sepanjang perjalanan naik feri ke Pulau Langkawi. Pengalaman pertama kan!

No comments: