Saturday 19 November 2022

COVID-19 - KENALAN FB & INSTAGRAM - ANIS, FARHAN, ANIQ & NICHOLAS

ANIS

Dia ni bekerja sebagai kontraktor dekat sini dan ada syarikat bersama sepupu dia di Malaysia (kalau betul apa yang dia cakaplah kan!). Aku jarang mesej dengan dia sebab dia pun nak bermesej dengan aku. Kadang tu seminggu dah ada mesej apa pun tapi bila aku mesej dia balas pula. Dia pernah beritahu aku dulu yang dia suka kalau aku yang mesej dia dulu....hahaha


INI SEBELUM AKU BLOCK NOMBOR DIA SEBAB ADA YANG TAK BAGI AKU BERKAWAN DENGAN ORANG LAIN KAN, AKU MINTA NAMA FB DIA DAN TERNYATA NAMA DIA LAIN. IQBAL HOSSAIN RUPANYA NAMA DIA NI!

NAK COVER NAMA DIA PUNYA HAL, AKU LETAK NAMA ANNOYING....


FARHAN

Lelaki Pakistan ni pula, dah lama ajak aku jumpa tapi aku sahaja yang lengahkan sebab tak nak pun nak jumpa dia. Dah berapa kali dia ajak tapi aku cakap nanti sampai dia pernah caap, "Nak tunggu umur 60 ke baru nak jumpa? Sampai rambut semua sudah putih?"

Hahahaha............dia ni ada bisnes kedai telefon di Puchong dan dah berapa kali ajak aku kah__n tapi aku tak nak! 

BAGI GAMBAR KAT AKU TAPI MUKA TAK ADA NAK SENYUM, NAK MACAM MUKA PENGGANAS AKU TENGOK!

NAK SANGAT VIDEO CALL KAN, BOLEH LAH SEKALI DUA


MESEJ AKHIR AKU SEBELUM AKU BLOCK SEBAB ADA YANG CEMBURU SANGAT KALAU AKU CHAT DENGAN LELAKI LAIN.


NICHOLAS & ANIQ 

ANIQ - Kenal di IG dan dia yang kawan dengan aku dulu dan aku ok sahaja. Siapa sahaja nak 'follow' aku dekat IG aku ok ssahaja sebab aku pun bukan aktif sangat pun dekat IG. Ada IG pun sebab FB dah beli dan boleh terus buat akaun. Kalau tak memang aku tak ada pun IG tu, cukup FB dan blog sahaja.

Mula-mula chat macam biasa tapi lepas tu dia pun sama macam yang lain. Nak duit aku! Aku tahu lelaki macam dia TAK MUNGKIN akan suka dengan perempuan macam aku ni! Aku sedar dirilah tapi aku layan sahaja chat dia macam kawan-kawan biasa kan.

Macam buaya darat yang lain, baharu saja chat dan panggil dear lah baby lah...aku layankan saja. Bukan aku percaya pun dia suka aku kan. Bila aku tak nak bagi dia terus senyap. Tak ada nak chat aku lagi tapi rajin pula 'up date' IG dia. Nampak tak!

NAK MINTA TOLONG AKU


MACAM-MACAM KAU PANGGIL AKU YER...




NICHOLAS - Aku mesej dengan dia pada waktu yang sama aku mesej denga Mr.A dan bila aku dah pilih Mr.A aku dah tak berapa nak layan dia ni dan lagi satu cara dia ni macam memaksa sikit (pada aku lah). Dia ni dah lah kerja profesional (kalau betul lah!) dan aku ni kerani cabuk sahaja dan Bahasa Inggeris aku pun tunggang-langgang juga kan!

Bila dah tak ada mesej tu, memang aku padam semua chat dan nombor dia. Tiba-tiba pada Hari Raya Haji hari tu dia mesej aku dan aku tanya siapa ni? Wah, dia macam marah aku sebab dah tak ingat dia. Yelah aku dah padam semua mesej dan nombor dia kan cuma aku masih ingat dp WA dia maka aku cakaplah Nicholas?

NI MESEJ DENGAN 'BEKAS BF'' YANG DARI AUSTRALIA TU...HIHIHI



Dia tak pernah minta duit aku pun tapi dia minta aku simpankan duit dia sebelum dia balik sini. Alasan dia syarikat tempat dia bekerja tu macam tak nak bagi dia berhenti kerja selepas dia hantar surat berhenti kerja. Nak berhenti sebab nak balik Malaysia dan membina hidup baharu bersama aku....gitu!!! Itu kata dialah, betul ke tidak tu aku tak tahu lah kan. Aku rasa duit tu dalam jumlah yang banyak.

Ingat aku nak percaya dan jadi kambing hitam ke walaupun sebelum ni dia tak pernah minta duit macam lelaki ang aku pernah chat sebelum dan selepas dia. Lama juga aku chat dengan dia ni bermula di IG dan macam biasa dia yang mesej aku dulu.

Lama chat dekat situ baharu dia minta nombor telefon aku dan itupun bukan terus dia WA aku tau. Dekat sebulan lebih rasanya baharu dua mesej aku dekat WA dan aku ingat dialah pemilik tulang rusuk kiri aku kan...hahahaha. Ternyata bukan dia!

Lepas dah chat dekat sini ada sambungannya dekat IG dan dia marahlah konon aku tak ikhlas dengan dia, aku tak hargai cinta tulus dia dan macam-macam lagi dan aku diamkan sahaja.

No comments: