Tuesday 23 August 2022

21.8.2022 - ADIK, IQA DAN IMAN DATANG RUMAH AKU!

Aku yang ajak Adik datang sebab aku bosan! Aku tak jumpa Mr.A minggu ni! Dan kebosanan tahap gaban dan nak keluar pun masing-masing belum gaji kan!

Puaslah aku pujuk Adik datang (dia kata rumah aku tak ada kerusi @ sofa, susuah untuk dia) dan beritahu rumah aku dah ada tilam. Nanti boleh lah dia tidur dekat situ. Aku tidur kat toto pun ok dah.

Lepas tu aku ingat dia dengan Iqa je yang datang rpana Iman pun ada sekali. Iman sibuk ajak kakak dia, Iqa jumpa kat mana-mana dan sudahnya jumpa kat rumah aku tapi dia orang tak bermalam pun. Dalam pukul 9 lebih dia oang balik dan Iqa naik Grab hantar Iman balik dulu sebelum dia balik rumah sewa dia pula. Asalnya Abah dorang nak ambil Iman kat rumah sewa Iqa nanti tapi ada kenduri dekat mana entah jadinya takut lambat balik.

Jadinya masa dia orang datang aku tengah gosok baju dan tudung. Lepas tu kita orang makan dulu (Adik beli nasi ayam penyet) dan macam biasa akumakan tak habis pun! Lepas tu aku mandi, solat dan lepas tu kita orang main permainan Saidina yang Adik bawa dari rumah. Seronoklah sebab dah lama tak main kan! Kita orang main beli tapak sahaja, ak ada nak beli rumah @ hotel dan memang kita orang main macam ni dari dulu. 

Dan pemenangnya ialah....AKU!!!! Lepas tu dia orang order untuk malakn malam kat Honest Bowl tapi kali ni beli 3 sahaja dan Tealive untuk dia orang sahaja. Esok aku nak ambil darah dan aku kurangkan makan dan minum yang manis-manis.

Semua aku belanja sebab ni kali pertama dia orang datang (kecuali Iman) sejak aku pindah sana kan! Dari duit Grab sampai duit makan minum aku belanja sebab dia orang dah nak datang temankan aku kat sini. Tiap-tiap minggu duduk sorang-sorang boleh jadi tak betul juga rasanya nanti.

Lepas tu Iqa bagi dengar mesej tunang dia (Zubair) kat aku. Iqa cakap apa entah dan Zubair tu balas, " Kalau Yah (aku) nak dengar mesej dia (Zubair) bagi je Yah dengar, biarkan Yah jeles" Amboi, bukan main dia cakap dengan suara manja dia kat Iqa! Untunglah dapat tunang yang romantik macam tu, siap panggil baby, manja, sayang bagai! Tumpang gembira untuk dia lah kan! Dia ada VC Iqa masa kat sana dan aku ada cakap dengan di (bagi salam je) dan Adik pun ada menyampuk dan dia siap tunjuk muka lagi!

Sebelum tu lepas main permainan Saidina tu, Adik ada VC Muhd dan tanya pasal persiapan majlis kahwin dia dan dia cakap tarikh nikah dia 25.9.2022! Tak lama lagi lah kan! Itupun Iqa yang beritahu kita orang. Muhd tak cakap apa pun dekat kita orang!

Dia cakap yang tu buat majlis akad nikah sahaja dan majlis resepsi tu buat nanti. Dia nak buat yang wajib je dulu tapi masalahnya bos dia tak bagi Muhd cuti untuk uruskan dokumen untuk pernikahan dia! Bila nak cuti, dia cakap minggu depan! Eh, ko ke yang nak kahwin!

Majlis tak lama lagi dan dokumen tak selesai macam mana kan! Sabar je lah dapat bos macam ni kan! Lepas tu aku ada borak berdua dengan Muhd pasal Mr.A (dia pun tahu pasal kita orang). Aku tanya pendapat dia kalau lelaki tak mesej kita. Muhd kan kerta katering dan sibuk kadang sampai pagi masih kerja. Dia cakap kalau dia ada masa balik tu dia telefon tunang dia sekejap & kalau tak ada dia terus tidur sebab penat. Ada masa dia jumpa lah tunang dia tapi tak selalu sebab dia sibuk.

Aku minta lah pendapat dia kan sebab dia kan dah nak kahwin! Langkah bendul mak cik-mak cik dia! Hahaha...gurau je lah! Kadang tu Mr.A tak mesej aku pun, aku je yang selalu mesej dia. Bila aku dah tegur kenapa tak mesej baharulah dia mesej dulu tapi itu pun tak tentu. Selalunya aku lah yang mengalah....

Adik aku ada tanya pasal dia buat solah istikharah sebelum buat keputusan nak kahwin dengan tunang dia tu. Dia cakap dia buat 2x sahaja dan tak nampak muka tapi dia nampak nama dia dan tunang dia macam kat banner kahwin tu. Jadi dia rasa yakin yang tunang dia tu pilihan yang tepat untuk dia.

Aku pun ceritalah yang aku pun ada buat solat istikharah 4x dan kali 3x adalah diberi sedikit penampakan pasal aku dan Mr.A tapi rasanya macam tak cukup dan kena buat lagi kan!

SEBELUM BALIK, KITA BERGAMBAR DULU...

IQA ADA BUAT VIDEO UNTK IG KE TIK TOK DIA...



IMAN PAKAI TUDUNG YANG AKU BAGI. AKU PAKAI SEKALI KE DUA KALI SAHAJA!




No comments: