Sunday 14 August 2022

12.8.2022 - KK KG.PANDAN & MC DONALD'S

Ni gambar lama yang Adik aku snap

NURUL MASA KECIL

JUMPA RETIS KO SEBAB ORANG YANG KAHWIN TU KENAL RAMAI ARTIS DAN DJ RADIO

DJ K-REL


Aku ada janji temu di KK Kg. Pandan, dan nak singgah tempat kerja Adik aku. DIa cakap lepas pukul 4 baharu boleh datang sebab dia ada pelajar di sana. Ada lagi setengah jam dan lepas tu aku terfikir boleh pergi hantar baiki kasut kat tepi Mc Donalds tu kan. 

Jadi aku putuskan untuk berjalan kaki sahaja perlahan-lahan dan tak berapa lama sampailah kat rumah lama aku, Blok E tu kan...aku telefon mak aku suruh pergi dekat tingkap sekejap. Ingatkan nak ambil sekali baju kurung aku yang tertinggal tapi mak aku tak tahu Adik aku simpan dekat mana.

Hari dah mendung dan mak aku nak bagi payung aku, mula-mula aku cakap nak lepas tu aku malas nak bawa sebab tu payung besar kan (Mr.A pernah tanya aku pasal payung, aku rasa dia tak ada payung untuk letak dalam kereta).

Lepas tu aku gerak di tempat baiki kasut tu dan abang tu ada TAPI ada orang lain pula. Dia pun tengah baiki kasut orang lain dan aku cakap nak gam kasut. Aku pula tak ada bawa sandal tambahan untuk pakai (benda tak dirancang kan!)

Abang tu cakap kalau gam pun nanti terbuka sebab aku pakai kan. Aku cakap jahit je lah tapi dia cakap dalam sejam setengah lagi baharu boleh datang ambil sebab dia ada kasut lain yang nak dibaiki. Aku cakap ok lah sebab aku nak pergi tempat Adik aku kan. Aku pakailah selipar yang abang tu sediakan tapi kecil sedikit.

Tak kisahlah lagi pun aku pakai skirt dan tak nampak sangat bahagian belakang yang tak muat tu kan. Aku pun dengan selambanya pergilah berjalan-jalan dengan perlahan sebab nak habiskan masa sebelum pergi tempat Adik aku.

Bila dah boleh datang, perut pun dah terasa lapar, aku singgah beli cucur udang dengan kuah kacang. Kat bahu jalan tu kan pelbagai cemilan yang dijual, pisang goreng cheese, takoyaki, cucur udang dan macam-macam lagi. 

Dah sampai sana, borak-borak dengan Adik aku sambil dia buat kerja. Tak lama lepas tu kawan dia datang, Farah. Lepas tu aku nak telefon Mr.A  (5.02 ptg) dan tertekan pembesar suara (loud speaker) dan dengar suara dia cakap "Assalamualaikum". Kelam kabut aku matikan call...hahaha. Farah tanya, "Hah, siap tu kak?" Lepas tu Mr.A telefon semula  (5.03 ptg) dan aku jawab dekat pantri a.k.a. surau dia orang.

Dia tanya kenapa tiba-tiba off call, dah aku cakaplah aku kat mana. Aku borak-borak dengan dia dan dia dalam perjalanan nak balik rumah. Aku tanya dia datang jumpa aku tak malam ni (nak jumpa kan susah) dan dia cakap dia datang (auto aku jadi happy walaupun setakat keluar gi makan sahaja kan sebab dah malam kan!)

Lepas dah borak-borak tu dalam 20 minit kita orang off call dan aku pergi solat dulu. Aku baharu teringat kasut aku tu dan jam dekat pukul 6 petang. Macam tak ada harapan nak ambil sebab abang tu ada sampai pukul sahaja. Aku cakap dengan Adik aku terpaksalah aku pakai selipar kecil ni balik rumah dan dia dengan Farah gelak saja. Yelah dah lah dari petang aku berjalan pakai selipar ni, ni nak balik pula. Aku dah lah ajak Adik aku makan kat Mc D, dan dengan selipar ni? Lantak lah kan!

Ingat nak ajak Farah sekali tapi dia nak gi jumpa kawan dia pula, Aku dan Adik sahaja berdua ke sana dan memang betul abang kasut tu dah balik! Aku cakap nanti kau tolong ambik kan lah kasut aku tu. Makan dan borak-borak sampai 8 lebih dan lepas tu singgah ke Watson sebab aku nak beli pencuci tangan. Semalam masa pergi Guardian dah ambil, lepas tu aku dok tengok koyok dengan Tiger Balm Roll tu aku dah terletak atas rak dan lupa ambil dan bila sampai rumah baharu aku perasan, mana dia pencuci tangan aku tu?

Kat Watson ada tapi nak murah beli 3 botol sekaligus dan aku nak simpan banyak-banyak buat apa kat rumah. Yang satu tu pun tak tahu bila nak habis pakai kan! Sudahnya tak jadi beli dan beli benda lain. Lepas tu singgah farmasi Health Lane dan lepas tu ke Bakery's Cottage. Lepas tu baharu baharu kita orang berpisah dan aku balik naik Grab dan Adik balik jalan kaki.

Dalam pukul 9 sampai rumah dan aku kelam kabut nak basuh baju, nak solat sebab kejap lagi Mr.A nak datang kan! Selalu aku yang bosan sebab tunggu dia. Hari ni aku siap tanya dalam sejam kan baharu sampai kan! aku balik siap baring-baring lagi sebab penat kan!

Tunggu punya tunggu pukul 10.49 mlm baharu Mr.A telefon telefon dan beritahu dia dah sampai. Bukan dia cakap nak keluar rumah awal ke? Masa nak keluar dengan aku lah masa tu dia nak telefon kampung lah...nak cakap dengan orang tu lah, orang inilah...bla...bla.. dan aku ni tercongok tunggu dia kat rumah!






HAHAHA...SELIPAR TUKANG KASUT!



 

No comments: