|
MASA BULAN PUASA 2022 SEELUM DIA BALIK KAMPUNG |
NI MASA TENGOK RUMAH BAHARU UNTUK DIA NAK SEWA
DIA RAJIN HANTAR VIDEO PEMANDANGAN DI KAMPUNG DIA DEKAT AKU
SEKALI TENGOK LEBIH KURANG MACAM KAMPUNG-KAMPUNG DEKAT MALAYSIA JUGA
KEBUN DIA DI KAMPUNG
|
DIA BUAT INAI DEKAT KAMPUNG |
|
PAGI RAYA - KAWAN DIA NI PUN PERNAH DATANG MALAYSIA SELAMA 3 TAHUN |
|
JUMPA KAWAN-KAWAN DIA |
|
JALAN-JALAN DI PANTAI DENGAN FAMILI DIA |
|
|
JUMPA KAWAN-KAWAN DIA DI SANA
|
|
JALAN-JALAN DI PANTAI DENGAN FAMILI DIA |
|
| MALAM-MALAM MAIN KAROM DENGAN KAWAN DIA SAMBIL DIA MESEJ AKU |
|
Sampai entri ini ditulis aku masih lagi berkawan dengan dia dan ada juga mesej tapi call @ video call tu jarang lah. Dia seorang kontraktor dan aku rasa dia dari keluarga yang berada sebab dia kan warga negara asing tapi dia ada syarikat sendiri di sini yang diusahakan bersama sepupu dia. Dia juga ada rumah di Masjid Jamek dan Bangsar yang dia tinggal bersama sepupu dia dan ada yang dia tinggal bersama pekerja dia dari Bangladesh.
Dia anak bongsu dan ada 3 kakak dan seorang abang (kerja di Dubai) dan mak ayah dia masih ada lagi. Dan sebelum dia balik kampung hari tu dia pernah ajak aku jumpa tapi aku diamkan sahaja sampailah dia sibuk-sibuk tunggu passport sebab nak balik kampung. Nak berpuasa dan beraya di sana.
Aku anggap dia sebagai kawan sahaja dan tidak lebih daripada itu sebab aku masih lagi 'berkawan' dengan Mr.A jadi aku kena jaga batas aku lah kan, nanti dikata kaki lelaki pula...hahaha. Ada ke simpulan bahasa maam tu, kalau kaki perempuan tu adalah kan!
No comments:
Post a Comment