Wednesday 29 June 2022

MASUK RUMAH BAHARU - 27.6.2022 (BHGN 3) + BELI MESIN BASUH SERTA PETI AIS

JUMPA GAMBAR MASA PERGI MPR 2002 & YANG INI AKU BERGAMBAR BERSAMA ABANG FAISAL TEHRANI (PANGGIL ABG FAISAL MASA KURSUS NI) - 20 TAHUN YANG LALU

ZAMAN AKU KURUS - NI BERGAMBAR DEKAT RUMAH ARWAH MAK TOK MASA RAYA & ARWAH ABAH MASIH ADA LAGI...


MASA MANDI-MANDA DI DESA WATER PARK - TEMPAT NI PUN DAH DITUTUP

BAHAGIAN BELAKANG DAPUR NI AKU LETAK BAHAN-BAHAN PENCUCI SAJA DULU

DARI BALKONI

Aku punya leka mengemas sampai tak sedar dah nak masuk waktu Maghrib dan cepat-cepat aku nak solat Asar. Masa tu pula Mr.A telefon dan aku beritahu telefon kejap lagi sebab nak solat.

Masa solat tu tiba-tiba rasa sedih dan aku menangis, lepas tu Mr.A telefon lagi (video call lagi) dan dia ada kat rumah kawan dia (dekat situ juga) dan memang dia nampak aku menangis, terus dia cakap "______ (panggilan manja lah kan!), jangan menangis, lepas mandi saya pergi sana." Aku memang tak nak menangis depan dia tapi air mata ni tak boleh ditahan. Lagi aku tahan lagi laju dia turun. Aku lap lah air mata aku, cakap tiba-tiba rasa sedih, lepas tu nangis. Dia ulang balik apa yang dia cakap tadi tapi suaranya lebih tebal (bukan tegas @ keras) , dia cakap lepas mandi dia datang sini jumpa aku. Bila aku dengar dia cakap macam rasa cair pula. Mungkin dia kasihan dengan aku agaknya!

Yelah kita kan dah duduk seorang diri dan ni malam pertama aku sendirian tanpa famili aku, siapa yang tak rasa sedih. Aku bukan budak hostel @ asrama yang dah biasa tinggal berjauhan dengan famili masa sekolah dulu. Aku budak yang memang duduk dengan famili, dah besar dan bekerja pun masih duduk dengan famili sampai dah tua macam ni pun, mestilah rasa lain kan! 

Dulu boleh tengok tv sama-sama, borak dengan Adik aku, tengok Running Man sama-sama dan bergelak ketawa dengan dia dan sekarang tak ada lagi semua tu, memang sangat-sangat terasa kot! Kalau anak buah aku si Iqa tu ak apalah, dia memang dari kecil dah biasa duduk kat madrasah, jauh dari famili dan sekarang pun dia tak duduk dengan famili sebab tempat kerja dia ada sediakan rumah sewa. 

Aku masa nak sewa bilik pun berfikir, boleh ke aku tinggal dengan orang lain, nak kongsi bilik air, tandas, dapur dengan orang yang aku tak kenal. Aku memang tak biasa tapi sebab dah terpaksa memang tak boleh nak buat apa kan! Sekarang dah duduk sendiri tapi sorang-sorang pula!

Alah bisa tegal biasa kan! Insya Allah aku boleh tapi kena ambil masalah! Bukan mudah nak sesuaikan diri hidup seorang diri, semuanya sendiri....uuuwwwaaaa!!!!!

DAH MALAM DAN KESEORANGAN, TIADA TEMAN DI SISI

BENTANGLAH TOTO UNTUK TIDUR DEKAT RUANG TAMU - SITU SAJA YANG ADA KIPAS...HIHIHI

2.6.2022 - DAH SAMPAI MESIH BASUH DAN PETI AIS. AKU BELI DENGAN AUNT CINA YANG MAK AKU BIASA BELI BARANG JENAMA SINGER.

Masa nak beli semalam, aku ajak Adik. Mulanya peti ais tu nak beli yang satu pintu tu tapi dia cakap banyak aksesori yang tak ada (Adik WA dengan Aunt tu). Bila pergi tengok sendiri kat kedai dan bandingkan harga + dengan pendapat Adik dan Aunt SINGER tu, aku putuskan untuk beli sahaja peti ais yang dua pintu. Mesin basuh pula yang 8kg dan dua-dua jenama SINGER lah.

Masa borak tu, Adik cakap pasal aku nak kahwin (aamiin yan rabbal alamin), Aunt tu tanya orang mana. AKu terus gelak sebab tak tahu nak cakap macam mana. Adik ckap bukan orang sini, orang 'oversea' dan Aunt tu teruja bila dengar. Aku cakap dia (Mr.A) orang Pakistan. Aunt tu angguk dan lepas tu dia cakap,  "Saya tengok you punya muka pun saya tau, you ada mix Arab @ Pakistan. Tengok you punya kening pun boleh tau. Mata you pun cantik. Nanti kalau ada anak mesti cantik wo..." Bila dengar tu aku aminkan sahaja. Moga ada rezeki dan dipermudah segala urusan untuk membina masjid tu nanti kan!



YANG HANTAR TU MINTA AKU TUNGGU TAKUT HILANG NANTI


DAH ADA TAPI MESIN BASUH TU MACAM MANA NAK GUNA. TIADA PAIP DI BAHAGIAN LUAR UNTUK SALURKAN AIR KE MESIN BASUH TU, NANTI AKU TANYA AGEN TU MACAM MANA PENYEWA DULU TU GUNA MESIN BASUH.

28.6.2022 - TAK TAHU NAK MAKAN APA BILA MALA, SUDAHNYA AKU BELI AIR BOBA NI SAHAJA!


 

Tuesday 28 June 2022

MASUK RUMAH BAHARU - 27.6.2022 (BHGN 2)

SORANG-SORANG DEKAT RUMAH....UWAAA!!! SEDIHNYA


BERGAMBAR DULU DENGAN ALMARI PUAKA - DULU BELI RM500

NI DULU AKU TAMPAL DAT DEPAN PINTU ALMARI BAJU AKU DULU - KALAU NAK BUKA PUN NANTI TERCABUT PULA

ORANG JOM PINDAH TENGAH BAWA BARANG-BARANG AKU




AKU GERAK DULU SEBAB NAK SAPU RUMAH SEBELUM BARANG=BARANG SAMPAI


SEMPAT LAGI AKU SNAP DARI ATAS - HAHAHA....



TENGAH DOK RAKAM DIA ORANG NAK BALIK TU, BOLEH PULA DIA PANDANG ATAS BERITAHU TERTINGGAL TOPI. AKU INGAT NAK CAMPAK JE DARI ATAS TAPI SALAH SEORANG TU NAIK BALIK.

DAH SAMPAI BARANG AKU


Macam-macam perasaan yang ada bila dah pindah ni. Bercampur aur tak tahulah. Ada rasa sedih, gembira, janggal, pelik, kecewa, bebas dan lain-lain sebab ni pengalaman pertama aku tinggal sendiri jauh daripada famili. tak pernah berpisah macam ni. Semuanya gara-gara ahli keluarga sendiri sampai aku kena tinggal sendiri dan tiada teman bicara.

Mr.A pun suruh aku cari rumah (bukan bilik) dan jangan tinggal dengan ahli keluarga aku yang buat masalah tu. Lagi lama lagi mencabar kesabaran aku dan aku pun mulai menjadi seorang yang panas baran...cepat je nak keluarkan perkataan yang kurang elok gara-gara masalah yang sama berulang hampir setiap hari.


NAMPAK SAHAJA SENYUM TAPI TERSIMPAN 1001 SATU DUKA DAN KESEDIHAN YANG ORANG LAIN TAK NAMPAK




DAH KEMAS - AKU KEMAS SEMUANYA SEORANG DIRI

MALAM HARI DI BALKONI

HAMPARAN BAJU-BAJU KURUNG AKU YANG BASAH SEBAB...... AKU HAMPARKAN SAHAJ DEKAT SINI NANTI ESOK ADA CAHAYA MATAHARI KERINGLAH SEMUANYA.


BARANG KAT BILIK UTAMA


KAT BILIK UTAMA JUGA - AKU LETAK SEKALI TEMPAT GOSOK BAJU DEKAT SINI. TAK GOSOK PUN DEKAT SINI SEBAB PANAS (TAK ADA KIPAS!)

BILIK DEKAT DENGAN DAPUR AKU LETAK SEMUA BAJU-BAJU AKU DAN BARANG KEPERLUAN DIRI

KONTENA BAJU-BAJU AKU DAN BARANG KEPERLUAN DIRI DAN KEPERLUAN PEREMPUAN...HEHEHE


BANYAK JUGA BARANG AKU KAN!

BILIK AIR & TANDAS. AKU DAH BELI BALDI DAN GAYUNG

DAPUR

TAK ADA BARANG SANGAT


DARI BAHAGIAN LUAR DAPUR

Aku ambil cuti selama tiga hari bermula hari Isnin (27.6.2022) hingga Rabu (29.6.2022) untuk pindah dan kemas. Boleh sahaja ambil dua hari tapi sahaja tambah lagi sehari sebab alang-alang aku dah cuti tu kan! Bukan pergi mana pun. Bermalasan di rumah dan kebosanan mulai menerajai diri ini. Kesunyian dan kesepian.

BERSIHKAN RUMAH BAHARU - 25.6.2022 & MASUK RUMAH BAHARU - 27.6.2022 (BHGN 1)

25.6.2022 - PERGI BERSIHKAN RUMAH BAHARU.

Aku ajak Adik, Iqa dan Iman. Lepas tu Adik dia tak larat dan ok okey sajalah tak kan aku nak paksa pula kan. Lepas tu lepas Iqa dah balik dari Kumon, aku dan Iman nak pergi ambik dia, Adik nak ikut pula. Aku ok je kalau Adik nak ikut.

Mula-mula aku ingat nak cuci rumah tu tapi Adik cakap rumah tu dah bersih. Jadi aku nak mop sahaja dan minta dia orang lap grill dan tingkap yang ada. Sudahnya aku seorang yang mop satu rumah tu dan dia orang adalah tolong lap dan aku pun tak tengok bahagian mana yang dia orang lap. Lepas tu nak sapu tapi penyapu dan penyodok tak adalah pula (yang lama aku dah buang sebab nampak kotor).


BEKAS ENGSEL PINTU - INGAT NAK BUAT JUGA NANTI


NAK SURUH MUHD AZANKAN MACAM MUSTAHIL JE KAN, JADI AKU MINTA IQA TAPI DIA TAK NAK PULA. SUDAHNYA AZAN GUNA YOUTUBE JE. JANJI ADA KAN!






DAH SIAP, KITA ORANG NAK BALIK DULU YER!


LEPAS NI TAK ADALAH NAK NAIK LIF KAT PM2 LAGI DAH...

PASUKAN PEMBERSIHAN HARI NI!


27.6.2022 - HARI PINDAH

Kebanyakan barang-barang ni aku kemas sendiri dan ada sikit Iman tolong. 95% aku kemas sendiri, bukan ada yang nak tolong pun kan!

Dah lah nak pindah ni pun ada dugaannya. Aku guna khidmat Syarikat Jom Pindah yang aku jumpa dekat FB. Ada dua pilihan sama ada Jom Pindah atau AbangLorry.com.my tapi yang AbangLorry ni lambat balas.

Aku booking untuk pindah barang tu pukul 10 pagi tapi orang tu telefon cakap pukul 11 pagi. Okaylah. Hari kejadian tu tu telefon lagi beritahu lori yang nak ambil barang aku tu rosak pula! Dari pagi tukar ke pukul 3 petang! Lori yang lain dah keluar ke destinasi masing-masing. Pukul 3 tunggu tak sampai pula. Pemandu tu telefon dan bila aku telefon balik tak dapat pula. Lepas tu aku cuba lagi sekali. Pemandu yang sepatutnya datang 'breakdown' pula dan dia orang terpaksa hantar orang lain dan orang lain tu pula kena hantar barang kat tempat lain dulu.

Aku beritahu kalau datang lambat sangat nanti dia orang tak boleh masuk sebab ada had waktu untuk masuk. Dalam pukul 5 petang baharulah dia orang datang dan tambah lagi seorang pekerja menjadi tiga orang untuk cepatkan kerja.

Lepas dah sampai tu (aku naik Grab dulu sebab nak sapu rumah tu dulu, hari tu kan mop sahaja) dan bila dia orang hantar barang, salah seorang tu tanya ada beritau ke kena naik tangga. Aku cakap adalah, nak bagi alamat semua kat orang yang aku berurusan melalui WA tu dan dia tak cakap apa pun. Yang angkat barang tu cakap kalau naik tangga kena tambah duit, RM20 untuk setiap tingkat. 

Aku cakap aku tak tahu pun dia tak ada cakap apa-apa pun tapi bila nak bayar tu aku kenalah bayar untuk tambahan naik tingkat tu sekali iaitu RM260 dan bagi duit minum untuk tiga orang tu. Berpeluh-peluh aku tengok dia orang angkut barang dan ada yang berat-berat juga kan macam kontena baju-baju aku dengan buku-buku.

BARANG KAT BILIK KECIL & BILIK MAK AKU LONGGOK DEKAT DEPAN




NI NAMANYA ALMARI PUAKA - AKU TAK BAWA KE RUMAH BAHARU


TINGGAL SEORANG, KEMAS SEORANG DAN SEMUANYA SEORANG SAHAJA - SEDIH KOT!



AKU TERUS KEMAS PADA HARI YANG SAMA DAN SETIAP BILIK AKU LETAK BARANG BIAR AKU MASUK KESEMUA BILIK SETIAP HARI SEBAB AKU TIDUR DI RUANG TAMU (KAT SITU SAHAJA ADA KIPAS)


BARANG YANG AKU NAK BELI


NAK BELI TAPI MACAM TAK BERBALOI PULA KAN!

CARI DEKAT FB - MACAM TAHU-TAHU SAHAJA YANG AKU TENGAH CARI LORI SEWA...MUNCUL PULA TIBA-TIBA MASA AKU TENGAH SKROL KAT FB



INGAT NAK AMBIL KOTAK BESAR NI TAPI ADUK AKU CAKAP TAK PERLU PUN.