Saturday 12 June 2021

VAKSIN ASTRAZANECA (AZ) KALI PERTAMA - 29.5.2021 & GIVEAWAY







Adik menang giveaway ni - dapat manisan (dessert) ni.

Sedap!!!

Mula-mula kata kena vaksin memang aku dan Adik tak nak ambil pun (bukan anti vaksin yer!) tapi rasa memang tak perlukan pun vaksin ni. Lama-kelamaan rasa macam kena ambil pula memandangkan kes jangkitan ni semakin tinggi setiap hari dan kat tempat kerja aku pun ramai yang kena walaupun dia orang tak uar-uar kan kepada kakitangan yang lain sebagai langkah berjaga-jaga kan tapi tersebar dari mulut ke mulut juga akhirnya. Benda macam ni korang nak sorok kan dah kenapa? 

Beritahulah kepada kakitangan yang lain mana lah tahu jadi kontak rapat ke kan...tak ke aniaya orang kalau dia pun terlibat sama. Macam aku hari tu masa dekat nak raya jadi kontak rapat salah seorang staf BUB yang positif Covid-19! Tak pasal-pasal aku kena buat swab test sebab sebelum raya tu memang aku kerja sama hari dengan dia! Alhamdulillah keputusan aku negatif tapi sakit woi hidung aku buat swab test tu! Buat drive thru je kat Klinik Pandan Indah dan untuk kali pertama buat swab test tu boleh tolak duit Klinik Panel MPAJ. Lepas ni kalau kena buat lagi, kena bayar sendiri!

Aku buat kat hidung dan mulut..dua-dua sekali sebab lagi elok kan. Akhirnya, aku dan Adik putuskan untuk ambil vaksin ni dan kita orang ambil di PWTC dan masa sampai tu hari panas terik dan beratur panjang berjela...



Semua ungu...warna kesukaan aku!

Beratur panjang nak gi ambil vaksin!







Sorang tudung ungu sorang lagi tudung merah jambu a.k.a. pink! Warna kesukaan masing-masing!








Jenuh nak tunggu check point dari satu stesen ke satu stesen...dengan nak scan MySejahtera lagi...berapa kali nak scan lepas tu nak tengok dah kemas kini ke belum...Masa beratur tu dah kena tengok tarikh janji temu dan kemas kini profil MySejahtera untuk vaksin lepas tu kena scan dan check suhu. Lepas tu nak masuk dalam PWTC tengok lagi MySejahtera dan beratur ikut stesen mana kita ditempatkan (kita orang Stesen 2) dan beratur lagi sebab abang dan kakak askar bagi masuk sikit-sikit kan...dah selesai grup yang sebelum ni baru grup yang seterusnya dibenarkan masuk. Ada yang duduk sebab lama kan nak tunggu tu...askar yang jaga pun memang suruh duduk dulu kat lantai tapi aku tak duduklah...kotor kot...jadinya berdiri sahajalah. 



Lepas tu duduk kat sini pula dan dia orang nak tengok MySejahtera kita merah ke biru. Kalau biru sahaja yang dibenarkan untuk naik ke atas (tempat vaksin).






Dah naik atas tu beratur juga ikut stesen dan check lagi MySejahtera dan dekat sana dia orang bagi borang untuk kita isi. Ada tempat duduk untuk kita isi dan sambil tu kena perhatikan juga nombor giliran kita.

Nombor giliran aku...

Sempat lagi berswafoto!




Lepas tu nak masuk ke tempat daftar ni check lagi MySejahtera dan jumpa kawan Adik dekat sini...si Farah yang kerja kat tempat vaksin ni! Dia semak nombor K/P kita orang saja dan ke check point berikutnya untuk konsultansi dengan doktor atau pegawai perubatan dahulu.

Masa jumpa tu masing-masing beritahu ubat apa yang kita orang ambil dan kebetulan aku ada perskripsi ubat yang akan datang dari KK Kg.Pandan dan tunjuk kat pegawai perubatan tu dan dia cakap ok kalau aku nak ambil vaksin. Ubat yang aku sedang ambil ni dengan vaksin tu ok...alhamdulillah lah kalau macam tu kan!

Bilik-bilik kecil untuk suntikan vaksin AZ



MySejahtera hang sebab ramai yang guna dan doktor tu minta aku snap ni dan nanti tunjuk kat check point berikutnya lepas suntikan diambil. Doktor yang beri aku suntikan ni doktor lelaki dan dalam keadaan darurat ni dia nampaklah aurat aku sebab nak suntik tu kan dekat bahagian bahu kan! Dia siap tolong naik kan blaus aku lagi sebab suntikan tu kan bahu...doktor pula handsome...hahaha!!! Gurau-gurau je yer...

Lepas tu jumpa petugas kat sini dan dia orang ambil nombor yang aku snap tadi dan bagi kad yang vaksin tu...tulis tarikh vaksin kali pertama sahaja kan dan ada penerangan lepas ambil suntikan ni. Kan kena tunggu 15 minit dulu sebelum kita orang dibenarkan balik takut-takut kalau ada tindak balas terhadap suntikan tu. Mana tahu ada yang cepat kena tindak balas kan, jadinya tu sebagai langkah berjaga-jaga lah!

Aku dapat kaunter E8 sama dengan blok rumah lama aku dulu!

Tengah tunggu 15 minit hingga 6.45 petang






Adik aku pun tengah tunggu tu...


Masa tunggu tu ada yang bagi penerangan akan kesan sampingan lepas suntikan vaksin diambil seperti demam, lenguh-lenguh badan, sakit kat tempat yang disuntik dan sebagainya. Boleh ambil Panadol 2 biji lepas ni kalau demam dan boleh teruskan pengambilan ubat-ubatan yang kita ambil sebelum ni. Tiada masalah pun!

Alhamdulillah lepas 15 minit masa yang ditetapkan kita orang boleh balik dan kesannya lepas tu tau tak! Beberapa jam lepas disuntik tu di bahagian suntikan tu mula rasa sakit dan tangan aku rasa lenguh dan sakit untuk diangkat. Sudahnya aku demam selama seminggu! Nasib baik masa tu PKP ke PKPP dan aku tak kerja! Sudahnya baring sahajalah kat rumah. Tangan Adik aku pla bengkan sebab dia salah tuam...ak pun tuan dengan ais

Sebelum ni pun aku memang jarang demam tapi bila sekali kena terutamanya demam selesama, memang lama! Kadang tu sampai seminggu dan biasanya aku cuba bertahan dengan makan ubat yang ada (stok ubat lama). Lama-kelamaan aku collapse juga!

No comments: