Tuesday 1 June 2021

KOLEKSI BUKU-BUKU AKU (SIRI SALMA,HADI,PELAJAR, 5 SEKAWAN,PBAKL,ZAIFUZAMAN AHMAD, EKSPEDISI CUTI SEKOLAH DLL)


Kulit buku yang paling aku suka dalam Siri Salma - cantik pada aku lah dan ada lagi kulit buku yang cantik tapi aku ambil yang ni je.

Dulu berangan nak masuk sekolah asrama tapi hampeh, tak ada rezeki. Konon nak jadi macam dalam buku ni lah kononnya kan!

Separuh daripada koleksi ni aku beli dengan budak Cina dekat SMKDL dulu untuk lengkapkan koleksi aku. Beli murah daripada harga asal. Fiona Tan yang suka baca buku Bahasa Melayu dan sama-sama suka pergi ke perpustakaan (dia budak kelas sebelah 1E1 dan aku 1E2). Sekarang dia dah jadi ahli farmasi dan menetap di Republik Checzh bersama suami. Ada juga tegur kat FB dan dia masih kenal aku walaupun kita orang tak pernah satu kelas.

Pernah sekali aku terserempak dengan dia dengan suami dia di Aeon Taman Maluri (dulu Jusco kan!) masa dia balik Malaysia dan aku masih kerja dekat Smart Wonder World (SWW) tapi aku tak tegur dia, segan takut dia tak kenal jadi aku cuma beritahu dekat FB, dia tanya kenapa tak  tegur dia...hihihi. Seganlah dia kan budak pandai, kita ni siapalah...

Ni buku bersiri pertama yang aku beli dekat Mid Valley

Siri Hadi a.k.a. Hardy Boys pun aku minat juga selepas buku Siri Salma @ Nancy Drew tapi aku tak ada koleksi penuh dan ada buku yang aku terbeli dua kali sebab terlupa dah pernah ada buku tu.

Suka tajuk dia tapi aku tak ada buku ni - perasan diri seorang novelis padahal tulis buku remaja je pun kan!

Aku peminat novel karya Airisz ni dan boleh dkatakan aku ada semua buku yang dia tulis.

Buku aku, Ekspedisi Cuti Sekolah masa di PBAKL - pernah lah merasa buku kita dijual kan!


Tahun 2012 - di reruai Karnada Solutions

Antara buku yang aku pernah baca di perpustakaan sekolah di SKTHO dulu. Dulu nak pinjam buku susah jadinya bila dapat peluang masuk perpustakaan aku akan cari buku ni yang aku sorokkan di celah tingkap di belakang rak-rak buku. Baca sikit-sikit...dan yang ni aku jumpa balik di PBAKL dengan kulit buku yang baharu. Minat membaca aku bercambah di sini walapun mak dan arwah abah tak suka aku baca buku cerita, buang masa kata mereka. Tak pernah sokong minat aku...dan selalu kena marah bila dia orang ternampak aku baca buku cerita (ni masa di SMKDL dan boleh pinjam buku, maksimum 3 buah buku kan!). Jadi kalau aku nak baca kat bahagian luar kena letak buku teks dan di bahagian dalam letak buku cerita. Buat macam tu pun kadang-kadang terkantoi juga!

Ada juga aku beli buku Siri Hadi di pasar malam masa balik sekolah (pasar malam Taman Maluri) dan memang akan lalu pasar malam pun bagi mereka yang balik sekolah dengan berjalan kaki, aku letak nama kawan aku, Hamizah (balik sekolah dengan dia dan minta dia tulis nama dia kat buku aku) sebab nak elakkan buku tu dibuang oleh mak dan arwah abah. Lepas dah tamat sekolah dan kemas bali buku-buku aku ni baharulah aku padam nama dia dan letak nama aku pada buku-buku tu. Begitu tak suka aku baca buku cerita dulu.

Aku Google nama sendiri dan jumpa laman sesawang yang simpan rekod karya kita yang pernah disiarkan dalam media massa, tak salah aku di OPAC tapi tak lengkap juga sebenarnya. Macam aku kan ada juga guna nama pena dan akan keluar karya aku yang pernah tersiar guna nama tu. Jujurnya aku sendiri pun dah lupa puisi aku ni pernah tersiar dalam majalah Mingguan Wanita sebab majalah yang aku beli secara berkala dulu hanya majalah Dewan Siswa, Dara.com dan Harmoni sahaja. ang lain tu bila aku ada hantar sesuatu baharu aku semak pada keluaran yang akan datang dan kalau tersiar baharulah aku beli seperti Mingguan Wanita, Keluarga, URTV dan lain-lain.

Macam nak pergi Jerman kan!

Bersama Aina Emir, penulis dan pemilik Karnadya Solutions.

Bersama novelis Damya Hanna. Penulis kesukaan aku suatu ketika dulu dan ternanti-nanti karya terbaharu beliau.






Novel kesukaan aku. Kali pertama 'jatuh cinta' dengan novel ni lepas baca novel Ombak Rindu, Izzah dan Hariz. Kebetulam masa tu ada kenduri di rumah pakcik aku di Klang dan ada kakak sepupu aku sekali (rasanya tu kali terakhir kot jumpa dia) dan dia bawa novel ni sekali tapi lepas kenduri tu esok pagi dia nak kena balik hostel (masa tu dia belajar kejururawatan). Mula-mula baca sikit je lpas tu jadi seronok pula, jadi aku pun terus baca dan baca sampai ke pagi dan habis juga aku baca buku yang tebal tu dalam semalaman. Lepas tu aku cari buku ni sebab nak ada sendiri tapi masa tu susah nak cari sebab habis. Pergi kedai sana tak ada stok, kedai sini pula dah habis! 

Agak lama jugalah nak cari baharu ada novel tu.


Antara buku kesukaan aku juga ni sebab nama watak dia Raihan dan Firdaus. Ada kisah untuk lelaki yang namanya bermula dengan huruf F ni sebenarnya. Hanya beberapa orang sahaja yang tahu...alah kisah suka-suka masa kerja kat SWW dulu.

Peminat karya Zaifuzaman Ahmad bermula dengan novel Misteri Julia sampai ke Teratak Kenari dan dari Alaf 21 bertukar Buku Prima...

Nak tengok filem ni tapi Adik aku tak nak - nanti suruh En.Zul tolong muat turun (download) je lah

No comments: