Wednesday 30 December 2020

BUB - DIS 2020 (BHGN 3) - JADUAL PKPB, DONUT,FACE MASK,KEROPOK GANU,FAIL SULIT,KEMAS BARANG BUB DI OPIS & GALERI


Donut lagi

Antara face mask yang mula-mula kita orang dapat daripada bos - jenis headloop

Sambil jaga kaunter pendaftaran tu kita carilah apa kerja yang boleh dibuat kan!

Naik opis tengok dah ada atas meja - daripada bos yang balik Terengganu

Failing Laporan Penilaian selepas mesyuarat

Belum siap buat tagging lagi





Kemas bilik bos BUB

PKP, PKPB lama sangat kan - kesian kat aktiviti pelancongan

Penat aku kemas dan kosongkan kabinet sebab nak isi dengan fail-fail sulit ni




Berterabur cap-cap dalam laci kabinet ni...hahaha






Penuh atas kabinet ni kan! Tak apa, nanti aku kemaskan!

Aku yang tulis, tulisan tak cantik sebab kidal - biasanya aku tulis buku @ kertas tu kena senget sikit baru okay....hihihi

Buat tagging untuk kabinet

Sebab masin laminating tak ada di BUB, aku gunakan selofan tape untuk buat tagging ni, kalau tak buat nanti bila nak cabut terkoyaklah tagging yang aku dah buat ni kan!


Aku DIY lah sampul-sampul surat ni - kreatif tak?





Dah mula nampak hasilnya


Ni usaha aku sendiri yang nak kemaskan bilik bos dan kabinet-kabinet fail ni sebab susah untuk aku cari fail dan perlukan ruang untuk letak fail-fail yang baru nanti. Fail tu kan sentiasa bertambah setiap kali mesyuarat dijalankan sebab nak simpan semua Laporan Penilaian yang ada.

Hanya Kak Yam sahaja yang tahu aku kemaskan bilik bos dan aku hanya kemas bila tiada orang di opis. Bila dia orang dah balik kerja (aku selalu paling awal datang dan paling lambat balik). Senang buat kerja bila tak ada orang lain tak ada.

Bos perasan bilik dia macam kemas semacam je kan! Bila buka almari yang ada barangan peribadi bos, lagi lah dia terkejut sebab dah kemas. Bos siap tanya siapa yang kemaskan bilik dia ni? Aku diamkan sahaja. Aku memang suka kemas-kemas lagi pula kan tu bilik Ketua Bahagian, kenalah kemas sikit. Betul kan!

Macam dulu bilik En. Rasul pun aku yang kemaskan dan susun semua fail berkaitan dekat satu tempat. Kalau tidak fail atas dokumen untuk satu tajuk kat mana-mana aku jumpa. Sikit dekat sini sikit dekat sana, bersepah-sepah. Jadinya aku kumpul dah satukan dan bila nak cari kan senang nanti. Aku kemas bila En.Rasul tak ada dekat opis (cuti atau mesyuarat / kursus di luar).

Masa kat Jabatan Perancang Bandar pun aku selalu datang awal dan tukang buka pintu bilik Puan Zuraina, cumanya aku tak kemaslah. Bilik Pn.Zu dah cantik sebab barang-barang dalam bilik tu tersusun cantik.