10.3.2020 - Taklimat MARRIS Fasa 1 akan diadakan tidak lama lagi dan akan berduyun-duyun kontraktor yang akan datang. Setakat aku, Kak Yam dan En.Zul memang tak cukup tangan. Bukan berpuluh tapi beratus-ratus yang akan datang melibatkan kerja-kerja Gred G1 hingga G3 (CIDB).
Makanya kita orang memerlukan kakitangan sokongan daripada jabatan yang berkecuali untuk membantu yang mana jabatan tersebut ialah Jabatan Perbendaharaan atau lebih dikenali dengan Jabatan Kewangan. Satu taklimat ringkas diadakan untuk memberikan penerangan mengenai situasi pada hari kejadian dan dokumen yang perlu disemak sebelum pendaftaran boleh dilakukan. Taklimat tersebut diadakan di Bilik Mesyuarat di Jab. KEW dan En.Zul yang memberikan penerangan ringkas tersebut.
![]() |
Staff Jab. KEW |
![]() |
Contoh Borang Senarai Semak juga disediakan |
![]() |
Ni buku-buku yang aku beli di Jualan Gudang tempoh hari |
![]() |
Penuh dah kotak buku aku, entah bila nak baca pun aku tak tahu |
![]() |
Buku yang sama tapi satu dalam BM & satu lagi dalam BI - buku KOMSAS di sekolah ni! |
![]() |
Sesi buka peti yang terpaksa diadakan di Bilik VIP Aras 5 MPAJ |
![]() |
Lakaran kedudukan masa sesi buka peti nanti |
![]() |
Nampak tak? Berkotak-kotak dia orang hantar dokumen tender & sebut harga |
![]() |
Bersiap siaga untuk sesi buka peti nanti |
![]() |
Sudahnya tak jadi nak buka peti kat sini! |
No comments:
Post a Comment