Wednesday 4 March 2020

SETAHUN BERLALU: SAKIT MATA (BHGN 1) & SAKIT GIGI

Bermula dengan sakit mata pada Januari 2019 sebanyak dua kali yang akhirnya membawa aku ke Hospital Ampang untuk buat rawatan lanjut. Dengan tidak disangka lepas tunggu dari pagi lepas tu tutup sekejap sebab rehat dan lepas dapat rawatan aku diminta untuk terus masuk wad 5B. 

Aku yang datang sehelai sepinggang dengan Adik terus kelam-kabut cari Grab dan balik rumah nak kemas baju. Macam lipas kudung aku berkemas dan bawa apa yang patut dan pukul 6.50 petang, aku dudaftarkan di wad 5B katil No. 12 di Hospital Ampang.

Kali pertama aku masuk hospita sebab suspek demam denggi ialah pada tahun 2003 selepas selesai peperiksaan SPM di Hospital Sentosa (ada benda putih kat lidah).

Mula-mula mata aku merah dan pergi ke Klinik Fauziah dan doktor bagi ubat titis. Dah kurang merah, eh lepas dua minggu merah balik. Doktor pun pelik sebab orang susah nak kena sakit mata dan kalau kena tidaklah dalam jangka masa terdekat ianya boleh berulang. Pandangan mata kiri pun agak kabur bila mana aku tutup mata sebelah kanan.

Takut kalau dibiarkan akan jadi lebih melarat dan memudaratkan aku. Mata ni nak pakai lama kan...jadi bila dah masuk hospital memang akan kerap ambil darah, pergi klinik mata dan lain-lain.

Cuma yang tak bestnya wad perempuan dan lelaki sebelah menyebelah dan agak kurang selesa sebenarnya. Yalah kita nak jaga aurat kan payah.

GARA-GARA SAKIT MATA, SIAP PERGI BUAT CERMIN MATA BAHARU

TAMBAH PULA DENGAN SAKIT GIGI - PERGI KLINIK DAH TAK BOLEH TAMPAL - KENA CABUT DAN SEBELUM TU KENA PERGI AMBIL X-RAY DULU. SERAM AKU DENGAR

BUAT X-RAY UNTUK GIGI




DULU MASUK HOSPITAL SWASTA BOLEHLAH ADA ORANG TEMAN - NI HOSPITAL KERAJAAN TINGGAL LAH SORANG-SORANG, MANA TAK SEDIH







NAMPAK KAN MERAHNYA





































No comments: