Tuesday 3 March 2020

HARI GAJI - FEB 2020 (24.2.2020) & NOTIS PENILAIAN SEMULA CUKAI TAKSIRAN MPAJ (26 & 27.2.2020)

24.2.2020 - Hari gaji Feb 2020

Hari gaji datang lagi dan seperti biasa aku akan carikan baju untuk Nuha...hahaha


Stoking dari Korea...untuk aku dan Nuha

Kek Pandan  Keju (nama...BM sangat!!!) Selalu orang sebut Pandan Cheese Cake kan!

Tara...baju untuk Nuha..seluar dia ala-ala warna seluar jean.

Teringin pula nak makan spageti dan makaroni ni RM13 sebekas. Aku beli juga takoyaki dan kacang tumbuk (untuk Mak)

Ya Allah, banyaknya aku beli! Pavlova (ni dah lama nak makan, akak tu asyik tak buat je), kek coklat (Mak pun suka makan) dan tapai ubi. Aku beli bukannya aku makan sangat. Sudahnya nanti aku bagi Adik aku dan anak buat aku.




Budak ni dah hilang gigi...huhu


26 & 27.2.2020 - Hantar Notis Penilaian Semula Cukai Taksiran MPAJ

Semua jabatan / bahagian dikerah untuk tolong JPPH untuk hantar notis di semua rumah di dalam kawasan pentadbiran Majlis. Kita irang kena 1,300 helaian notis untuk dihantar. Ada pelan yang disertakan sebab ada beberapa taman perumahan yang mempunyai sempadan dengan PBT lain sepert DBKL, Kajang dan Sepang. Takut tersalah hantar pula nanti.

Penat kot nak lipat notis ni..dia orang bukan nak tolong lipatkan. Dah lah minta tolong orang...hehehe


Hari pertama hantar notis. Pakai baju kurung je uollss!!!  Tak payah nak melaram pakai baju sukan bagai macam staff jabatan lain...siap dengan topi besar macam nak pergi pantai dan berkelah saja. Lepas tu bukan main banyak gambar korang ambil. Nak pergi hantar notis ke nak bergambar. Sikit-sikit sudahlah...






Bahagian aku dah siap, tunggu yang lain pula



Wani tengah hantar notis


Balik tu sakit jugalah kaki aku sebab banyak jalan kan.





27.2.2020 - Hari Kedua

Banyak lot rumah kedai pula untuk hari kedua ni

Masih berbaju kurung lagi...janji boleh buat kerja.





Ain, K. Yam & Aku. Nampak tak aku dan K.Yam selamba berbaju kurung (aku) dan baju kurung moden (K.Yam) pergi hantar notis.

Tengah tunggu Abg Man datang ambil


28.2.2020 - Hari Ketiga

Hari ni aku tak pergi, cuma tolong lipatkan notis sahaja.

Tukar orang lain pula yang pergi hantar notis PPH tu. 


No comments: