Wednesday 19 June 2019

MPAJ : JAWATAN KOSONG (BHGN 2)


4.1.2019 -  SESI TEMUDUGA PULA

9.1.2019 - PERSIAPAN UNTUK UJIAN FITNESS DI PADANG PERBANDARAN PANDAN INDAH





JABATAN PENGUATKUASA


28.1.2019 - NAK BUAT CONTOH COP UNTUK BAHAGIAN INTEGRITI
EH, SEKOLAH AKU DULU NI!


Bila semak borang-borang jawatan kosong ni, macam-macam benda yang kita jumpa. Kalau yang kelakar tu sah-sah akan jadi bahan lawak terutama Kak Eka yang memang suka berlawak. Memang tak kering gusi kalau Kak Eka ada. Selalunya kita orang akan buat lepas  waktu kerja dan paling lambat pun sampai pukul 8 malam sahaja. Biasanya yang tinggal sehingga pintu dikunci ialah Aku, Kak Julita dan Kak Anis. 

Kita orang akan duduk dalam satu bilik dan hadaplah borang-borang yang bertimbun-timbun setiap hari. Hari Sabtu pun kita orang datang jua tau. Nak kena asingkan ikut jawatan, buka sampul, nak stapler borang-borang sebab ada yang bagi macam nak buat novel pun ada juga. Ada yang hantar borang permohonan semata, ada yang siap bagi Sijil Tadika dan macam-macam lagi. Itu tak masuk dengan klip kertas, klip buaya, fail-fail yang dihantar bersekali dengan borang permohonan tu.

Usai tu kena pula semak satu demi satu, sehelai demi sehelai apa yang diminta tu dikepilkan tak dan kena tulis pula kat muka depan sekiranya ditolak. Tolak sebab apa? Tak lengkap, tak layak dan sebagainya. Mula-mula tulis tangan sebelum ditambah baik guna cop. Itu pun sama juga sebab kena tekan baharulah lah nampa ruangan yang ditanda tu.

Ada yang belajar tinggi tapi terselit kekurangpandaian (bahasa tak betul ni). Orang minta lain bagi lain, urutan dokumen yang tak seragam sebab lagi tebal dia orang hantar borang, lagi penat kita orang nak semak sebab ada dokumen penting yang diletakkan di bahagian belakang-belakang yang menyukarkan kita orang sebagai penyemak. Adakalanya takut terlepas pandang saja dan kita letak dalam kategori tak lengkap. Tak ke jadi kes aniaya kan? Rasa dah macam kerja kilang tapi seronok....hahaha

31.1.2019






PENGLIBATAN STAFF KHP - BILA SAMPAI SANA STAFF PENGUATKUASA YANG AMBIL ALIH SAMPAI KITA ORANG TAK TAHU NAK BUAT APA KAT SITU RAMAI-RAMAI




9.2.2019 - SK PANDAN INDAH
Ujian fitness dan peperiksaan
SESI PENERANGAN SEBELUM PROGRAM BERMULA

AKU BERPASANGAN DENGAN KAK EKA DI KAUNTER PENTAFTARAN NANTI





SESI PENDAFTARAN BERMULA

BERGAMBAR TU PERLU - BERTUDUNG BIRU, ANIS PELAJAR PRAKTIKAL YANG BRUTAL











No comments: