Friday 31 May 2019

HARI PERTAMA KERJA SELEPAS MC LAMA


Aku mula bekerja semula setelah dapat MC 34 hari akibat sakit mata. Duduk kat hospital dekat tiga minggu dan lebih dua minggu duduk kat rumah. Masuk saja kerja hah, tu dia!!! Habis alat tulis aku kat atas meja. Hampir kosong bekas pensil tu dengan pen, gunting, stapler aku hilang. 

Dah guna tu letak lah kat tempat asalnya.aku siap letak kat status WhatsApp minta siapa terambil tolonglah pulangkan. Sudahnya aku kena minta yang baharu dengan Kak Eisha. Masalahnya benda tu semua aku bawa dari Jabatan Perancang Bandar dan aku sayang. Aku pun dah sakit, tak terfikir nak minta Kak Azie rtolong letak alat tulis aku bawah meja. Tiba-tiba mata aku ada masalah - kena tahan wad dari sehari ke sehari - ke rujuk pakar kat HKL pula - dengan penyakit mata lain yang aku dengar kat hospital = tak fikir benda lain dah. 

No comments: