Saturday 18 May 2019

CERAMAH RAMADAN: ANDAI IN RAMADAN TERAKHIR, SYAMSUL DEBAT - 17.5.2019 (BHGN 1)

Ceramah di SUK, Selangor dan dari MPAj nak 10 orang sahaja. Aku, Kak Azie, Kak Izzah, Kak Nida dan Kak Azza dari tingkat 15 dan ada beberapa orang lagi dari jabatan berlainan. Ini tiada paksaan dan siapa yang nak boleh bagi nama pada Unit Latihan. Sebelum ni Syamsul Debat pernah datang ceramah di MPAj dan aku pernah bergambar dengan beliau bersama geng JPB. Tak adalah teruja nak bergambar dengan belaiu sebab dah pernah bergambar kan.

Sebelum mula ceramah, ada pembentangan bajet Selangor di bangunan yang sama (tempat sahaja yang berbeza). Kena tunggu dia orang keluar baharulah kita orang boleh masuk sebab ramai dan dapatlah aku jumpa MB Selangor yang baharu secara langsung.

Ceramag Syamsul Debat mana ada yang tak kelakar, dari mula sampai habis. Tambahan pula, baharu tahu dapat bonus tiga bulan (sebulan untuk raya & dua bulan pada hujung tahun bergantung kepada markah prestasi)













No comments: