IF YOU WANT TO BE, WHAT YOU WANT TO BE, BE WHAT YOU WANT TO BE, AND TO BE WHAT YOU WANT TO BE, BELIEVE WHAT YOU WANT TO BE.
Friday, 31 May 2019
HARI PERTAMA KERJA SELEPAS MC LAMA
Thursday, 30 May 2019
LAMANYA BERSAWANG
Wednesday, 29 May 2019
Saturday, 25 May 2019
CERAMAH RAMADAN: ANDAI INI RAMADAN TERAKHIR - USTAZ HAFIZ (23.5.2019) + NOTA
CERAMAH RAMADAN: RAMADAN TERAKHIR (23.5.2019)
PENCERAMAH: USTAZ HAFIZ (BANK MUAMALAT)
· Di padang masyar, Allah akan nampakkan segala dosa & pahala kita.
· Ulama zaman dulu, 6 bulan sebelum Ramadan → berdoa agar sempat ditemukan dgn. Ramadan & 6 bulan selepas Ramadan → berdoa lagi agar sunnah Rasulullah s.a.w. diangkat oleh Allah.
· Org sekarang, 6 bulan sebelum dah sibuk dgn. baju raya → xsempat Ramadan terus ke Syawal.
· Kata Nabi, “Celakalah ke atas manusia yg. sempat berada dlm bulan Ramadan tapi xdapat pengampunan Allah.”
· Kena rajin beristghfar.
· Hukum baca Quran → SUNNAH & mengamalkan isi kandungannya = WAJIB
· Xperlu berbalah tentang: bila nak baca Quran? / surah apa? / Hari apa? / Nak mula dgn. apa?
· Kita akan menggeletar pegang buku amalan sebab setiap amalan sama ada kecil @ besar akan tercatat di dalamnya oleh malaikat.
· Firman Allah, ‘Akan Aku adili-Mu wahai hamba-hambaku berdasarkan rekod2 amalmu’.
· Ramadan bulan keampunan.
· Kes paling bnyk di penjara = rasuah & dadah (jd. ejen jual dadah)
· Warna baju di penjara – biru muda = 10 thn ke ↑ / biru hitam = 40 thn ke ↑.
· “Ya Allah, kau terimalah segala amal solehku di bulan Ramadan ini” –
· Dunia memang diciptakan utk kamu wahai manusia tapi kamu diciptakan utk akhirat = Ad dunya khuliqat lakum wa antum khuliqtum lil akhirah.
· Gagal di dunia = GAGAL di alam kubur = GAGAL di akhirat
Berjaya di dunia = BERJAYA di alam kubur = BERJAYA di akhirat
· Fail to plan means plan to fail = gagal merancang bermakna merancang untuk gagal.
· Pilih syurga @ neraka bermula di dunia.
· Ayat Quran ada 2 sifat iaitu taraji = peluang & tamanni = xde peluang.
· Syarat sah pahala? Kata Nabi, “Ramai yg. berpuasa tapi xde nilai di sisi Allah selain lapar & dahaga
· Kata Imam Ghazali, puasa terbahagi kpd. 3 iaitu:
1. Umum = semua org buat (kanak2 pun buat) = puasa orang awam.
2. Khusus = tahan lapar & dahaga & seluruh anggota badan (mulut, mata dll) =puasa orang-orang soleh.
3. Khusus ul khusus = Puasa hati daripada segala cita-cita yang hina dan segala fikiran duniawi, menahan hati dari pelbagai penyakit hati seperti takabbur, riya, ujub dll serta mengosongkan hati daripada segala sesuatu selain Allah secara keseluruhan = puasa para Nabi, shiddiqin dan muqarrabin.
· Kata Nabi, "khatibunnas 'ala qadri 'uquulihim" = Bercakaplah dgn. Manusia berdasarkan kadar akal mereka → tiap manusia kaedah komunikasi mereka tidak sama
· Cara belajar: visual, auditory, kinestetik (tambahan fizikal) - penceramah yg. baik kena tahu audiens jenis yg. mcm mana.
· Taubat dosa ibadat & taubat dosa muamalat TIDAK SAMA
Ø Ibadat = hablum minallah (hubungan dgn. Allah)
Ø Muamalat = hablum minannaas (hubungan dgn. manusia)
Ø Syarat sah taubat dosa ibadat & dosa muamalat = TIDAK SAMA
Ø Hilang pahala puasa = tipu/curi/riba/pecah amanah/rasuah /khianat (dosa harta haram)
· Riwayat Imam Bukhari → Nabi sebut dgn. jelas→ xdiangkat dosa muamalat dgn. istghfar & xdiangkat dosa harta haram dgn. solat sunat taubat 2 rakaat
· Syarat sah:
Ø taubat harta tipu = xdiangkat dosa tipu dgn. istighfar & solat sunat taubat TAPI akan diangkat dosa penipu dgn pulangkan semula barang yg. diambil kpd. pemilik asal.
Ø WAJIB selesai = xselesai di dunia, NAHAS kita di padang masyar
Ø Kisah peniaga yg tipu orang ramai selama 30thn - nak meniaga kena ada ilmu
Ø Tipu waktu kerja = betul ke kerja 8j?
· Mufti WP, Dr.Zulkifli pernah keluarkan fatwa tntg. cas HP di opis/surau/masjid → hati2 sbb. Nanti nk minta halal dgn. siapa → guna elektrik = MPAJ → siapa share holder? → rakyat M’sia → ada 30 juta orang tu!!!
· Akan dtg 1 zaman, manusia yg.cari harta/kumpulkan harta & yg.memiliki harta TAPI mereka xkisah halal haram = zaman bila? = zaman SEKARANG!
· Nabi pernah sabda “akan dtg 1 zaman dikalangan umatku……… (la yat ti ana alanna fi zabarun…) =
Dari Abu Hurairah r.a. Bersabda Rasulullah saw, ‘Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram.’(HR. Muslim)
· Org. Yg.kerja utk dapatkan harta haram (HH), bersedekah dgn. HH, nk dapatkan barokah dgn. HH, bila mati dgn.harapan sedekah itu diangkat oleh Allah swt. Tinggalkan HH dgn harapan akan diwarisi & dipusakai sedangkan itu semua bekalan utk dia ke neraka Jahanam!
· HH XSAH dgn sedekah!
· Al halal bayyin wal haram bayyin, wa bainahum……… = Yg. Halal itu jelas, yang Haram itu jelas & di antara keduanya ialah Syubhah iaitu samak.
· Harta2 samak SAH diinfak / derma (HH xboleh!).
· HH ada 2 iaitu 1) diraiyih 2) dizatih 3)dikasbih = kaedah xsama.
· Harta curi, tipu,riba,rasuah = XBOLEH dipusakai & difaraidkan (xsah).
· Contoh: Orang pencen → akaun bank dibank riba → syarat sah taubat → WAJIB tinggalkan maksiat & xakan ulangi lagi → selagi mana ada akaun tu → taubat xakan diangkat oleh Allah. Cara buka akaun Islamik di bank riba tadi → submit kat JPA → mintak new proses → dah ok baharu tutup akaun lama → jgn tutup dulu, nanti pencen xmasuk2.
· Isu harta soalan → ke-3 akan ditanya di padang masyhar.
· Xakan berganjak 2 kaki anak Adam (x ke syurga @ neraka) selagi xselesai diaudit / disoal di padang masyhar.
· Alam kubur = 5 soalan
· Hati2 dgn perkara yg kita buat kerana semuanya AKAN ditanya di akhirat kelak.
· Sunnah baca Surah ‘Al ha kumuut ta kashur’….. Umar Al-Khattab yg garang & bengis, akan menangis bila baca surah ini.
· Kita baca Quran TAPI xfaham maksud ayat.
· Hadis Nabi = Manusia muflis akhirat.
· Ada 5 dosa sesama manusia yg boleh hilangkan SEMUA pahala - Hadis Sahih Imam Muslim
· Harta pusaka susunan harta pusaka si mati, kena buat → biaya urusan jenazah / selesaikan hutang si mati / selesaikan tuntutan harta sepencarian dan hibah / laksana wasiat / bahagi harta secara faraid.
· Bab Harta ada dlm Surah Al-Fajr.
Wednesday, 22 May 2019
CERAMAH RAMADAN: ANDAI INI RAMADAN TERAKHIR - UST SYAMSUL DEBAT (17.5.2019)
Tuesday, 21 May 2019
CERAMAH RAMADAN: ANDAI IN RAMADAN TERAKHIR, SYAMSUL DEBAT - 17.5.2019 (BHGN 3) + NOTA
û Sedekah RM1 kat masjid/surau (tukar duit siap2) = boleh jauhkan diri dari bala & musibah / boleh panjangkan umur / kalau balik kg. Boleh jauhkan dari kemalangan dll. serta mudahkan perjalanan.
û Nak bagi duit raya kat mak ayah ELOK sebelum raya (masa dlm bulan Ramadan) = besar pahalanya.
û Orang di Malaysia, baru masuk bulan Rejab dah terbayangkan Syawal.
û Solat terawih yg terakhir di Masjidil Haram / Nabawi – menangis para imam dalam solat.
û Kenapa kita puasa? = ① perintah Allah s.w.t. – ada dlm Surah Al-Baqarah, ayat 183 → Wahai orang2 yg beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana orang2 sebelum kamu diwajibkan berpuasa, mudah-mudahan kamu bertaqwa – la’allakum tattaqun → belum tentu kita bertaqwa → puasa sbg platform → taqwa @ tidak terpulang pd diri kita.
② Menyuburkan perasaan kasih sayang, pemaaf & tolak ansur ③ Ingat nasib orang2 yg tidak bernasib baik
û Maksud As-Siam? = menahan diri drpd berpergian dari 1 tempat ke tempat yg. Lain.
û Menurut Ibnu Mansor, pakar Bahasa Arab → menahan diri drpd makan, minum, nikah (boleh tapi perbuatan orang bernikah xboleh dilakukan pd. waktu berpuasa), berbicara (jgn cakap perkara yg. bukan2).
û Ramadan berasal drpd perkataan Ramdu = panas terik / panas yg menyengat.
û Ramadan = menahan diri drpd makan, minum & perkara2 yg. membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari pd. waktu yg. panas terik kerana Allah Taala (mesti kerana Allah).
û Kebaikan berpuasa = ① dapat kawal nafsu ② kurangkan berat badan ③ dapat kawal penyakit (darah tinggi / stress).
û 4 benda putih yg perlu dielakkan untuk diet = gula, susu, tepung, nasi.
û Nafsu berpangkalan di perut → bila dah kenyang → akan rangsang nafsu2 yg lain.
û Jenis puasa (menurut Imam AL-Ghazali):
1) Puasa Umum – tahan diri drpd makan, minum & perkara2 yg. membatalkan puasa TAPI xsolat & xbaca Quran.
2) Puasa Khusus – tahan diri drpd makan, minum & perkara2 yg. mengurangkan pahala puasa (jaga mata (pakaian yg seksi), hidung = bau rambut), telinga dll).
3) Puasa Khusus al khusus – langsung xfikir pasal hal duniawi / puasa para Nabi (standard Nabi).
û Masa Allah ciptakan nafsu → Allah tanya siapa kau (tanya pd nafsu) → nafsu sombong & beritahu ‘Aku ialah aku’ → Allah perintahkan nafsu dibakar selama 100 tahun → dilaparkan selama 100 tahun → Allah tanya semula → nafsu jawab ‘Aku ialah nafsu & Kau Tuhanku’ → nafsu kalah dengan lapar.
û Kata Imam Ghazali – ‘Orang yg perutnya terlalu kenyang, dia akan di hinggapi 5 perkara iaitu’:
1) Mudah engkar pd Allah
2) Tak akan mengasihani orang lain – anggap perut orang lain kenyang sepertinya
3) Hatinya xdapat meresapi hidayah & hikmah drpd orang2 soleh
4) Kata-katanya xpernah menyentuh hati orang lain
5) Mudah dihinggapi penyakit
û Menurut kajian, makanan yg dibuang setiap hari pd bulan puasa ialah sebanyak 17,800 tan dan sebanyak 270,000 tan makanan dibuang yang belum diusik sepanjang bulan Ramadan.
û Puasa ini hanya Allah yang tahu dalam hati kita. Cth: Kalau pakai pakaian ihram, kita tahu orang tu nak pergi umrah @ haji tapi puasa kita xnampak dengan mata kasar.
û Hukum Ramadan: Makan secara xsengaja = tak apa & teruskan puasa.
û Puasa amalan yang tak terlihat oleh perbuatan tapi dalaman kita.
û Ada hadis menyatakan, Allah berfirman “Sesungguhnya segala amal kebajikann yg dilakukan oleh manusia akan dikurniakan ganjaran dari 10 – 700 kali ganda tapi ibadah puasa Aku sendiri yang akan beri ganjaran kerana sanggup tinggalkan nafsu & syahwat kerana Aku”.
û Orang yg berpuasa akan diberi 2 kegembiraan iaitu ① ketika berbuka ② ketika berjumpa dgn Allah kelak.
û Puasa tapi mengumpat
1) Bercakap benda tak betul pasal orang = fitnah
2) Bercakap benda yang betul tapi orang dengar kecil hati = ghibah (mengata)
û Taqwa – kata Saidina Ali latihan taqwa ada 4 iaitu:
1) Takut kepada Allah s.w.t
2) Beramal dgn apa yang diturunkan oleh Allah
· Hidupkan Sunnah Nabi seperti sahur (Nabi sebut dlm banyak hadis) / ikut betulkan Sunnah Nabi iaitu berhenti makan bila masuk imsak / segerakan berbuka
· Berdoa pada waktu berbuka
· Kata Nabi, “Jangan utamakan solat drpd waktu berbuka”
3) XXX
4) Persediaan utk hari kebangkitan - Ramadan bulan latihan taqwa utk kita - hasilnya bila? - selepas graduasi di pagi Syawal
û Bahagia letak di mana? = Bahagia letak di hati BUKAN di mata.
û Ada 3 perkara berkaitan bahagia iaitu:
1) Sibuk tengok apa orang lain ada sampai LUPA apa yang dia ada
û Quran
û Terawih
û Zakat – bayar di tempat kita cari rezeki bukan tempat kelahiran / bayar lepas solat raya dpt pahala sahaja / bayar lepas Asar hukumnya berdosa tapi TETAP kena bayar.
û Lailatur Qadar
· Malam 7 lekur tu adat sahaja (tradisi kampung2)
· Hidupkan 10 malam terakhir yang ganjil tapi jangan kejar malam ganjil sahaja
· Ada hadis menyatakan Nabi sebut kalau kita solat Isyak dan Subuh dah dikira solat sepanjang malam
· Ada hadis kata tanda malam Lailatul Qadar - nampak bulan terang tapi tak menyuluh sangat, siang matahari terang tapi tak panas sangat, malam tak sejuk @ panas sangat, tumbuhan seolah2 bersujud
· Orang biasanya kalau terjumpa dengan Lalilatur Qadar, dia tak akan bercerita pada orang lain
· Lebih baik dari 1000 bulan (1000 bahagi 12 bulan = 83 tahun 4 bulan)
· Biasanya 10 malam terakhir ini Lailatul Qadar bertembung dengan Lailatul Kamdar!
û Kesimpulan puasa ni boleh dikaitkan dengan 3 binatang iaitu:
· Ayam mengeram telur selama satu minggu lebih dengan tak makan / minum - nak lindung telur2 yang dieramkan dan bila menetas lahirlah anak2 ayam yang comel
· Kepompong - tak makan berminggu2 akhirnya keluar menjadi rama-rama
· Ular tedung selar bersalin kulit & tak makan / minum selama 3 bulan - kulitnya jadi cantik manakala ular sawa bersalin kulit dan tak makan / minum selama 8-12 bulan
û Israk Mikraj – Firman Allah, “Wahai Muhammad, Aku jadikan Engkau penyampai berita gembira dan amanah buat umatmu” → Nabi kongsi dgn kita → bagaimana keadaan syurga, neraka → kalau nak dapat yang ini kena buat apa, nak yang itu kena buat apa = soalan bocor.
û Sahabat pernah tanya siapa jiran kita Ya, Rasulullah & Nabi jawab 40 kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah. Sahabat tak faham jiran atas bawah & Nabi senyum dan suruh ikut sahaja - sebab pd. zaman kita baharu ada (rumah flat, p/puri dll) - kalau tak kenal, kita gagal sebagai jiran.
û Puasa
1) A
2) B
3) Qanaah - berpada dgn yg. Sedikit - jgn membazir di bulan Ramadan - makan kat rumah pun dh membazir - kalau pergi bufet Ramadan lagi teruk pembaziran - bayar RM70-80 bukan tiket utk kita ambil makanan sebanyak-banyaknya biar setimpal dgn bayaran - kalau tak boleh mkn bnyk @ xsetimpal dgn bayaran jgn buka puasa kat hotel - makan ikut yg perlu sahaja dan duit yg. lebih tu anggaplah sedekah (kalau kira xsetimpal dgn bayaran kita tu).
û Cara orang putih makan bufet - dah selesai makan ambil dulang masing2 - buang sampah - susun dulang kat tepi elok2 - keluar - sebenarnya itu cara yg. Islam ajar - dah makan kemaskan meja masing2 - bukan tunggu pekerja hotel / restoran yg. bersihkan sebab tu tugas dia - jgn susahkan org lain.
û Buka puasa - mkn kurma & minum air tapi kita tak kusyuk solat, lebih baik kita makan dahulu.
û Beli banyak tapi niat nak sedekah pada jiran - itu awesome & terbaik puasa kita - Nabi pun suka bersedekah walaupun pada jiran yg berbangsa Yahudi - zaman dulu mmg mak2 akan bg makanan pd. jiran sebelum waktu berbuka - jiran pun balas makanan yg lain (beli bnyk bg kat surau / masjid SEBELUM waktu berbuka dgn niat bg pd org yg berpuasa).
û “Barang siapa yg bersedekah makanan bg mkn pd org yg berpuasa tak akan mengurangkan sedikit pun pahala puasa org itu - xsemestinya sedekah mkn sampai kenyang - bg buah tamar pun dah dpt pahala.
û Malaikat Jibril kata Rasulullah plg cepat bersedekah pd bulan Ramadan, lbh cepat drpd angin yg dikirim - Nabi tak payah fikir nak besedekah @ tidak bukan mcm kita nmpk tabung masih lagi fikir.
û Nabi cuba bg yg terbaik dalam sesuatu perkara - cth: Nabi pakai jubah baharu, sahabat tgk & minta terus Nabi tukar jubah lama dan bg jubah baharu tu kpd. sahabat.
û 10 malam terakhir beli nasi lemak @ masak sendiri bihun goreng & sedekah pada rumah anak2 yatim - sama ada utk buka @ sahur - beritahu dulu pd rumah anak yatim tu.
û Kata Nabi, “Barang siapa yg nak lembutkan hatinya banyakkan lah gosok kepala anak yatim & memberi makan fakir miskin.
û Kalau ckp dgn anak yatim - kena ckp bahasa semangat dekat dia - cth: “Dik, kau bertuah dik sbb Allah bg kau peluang hidup mcm Nabi sebab Nabi pun anak yatim. Kalau Nabi boleh berjaya dlm hidup, Adik pun blh berjaya juga dunia & akhirat…in sya Allah”.
û Anak yatim – beri sahaja apa yang dia nak. Cth: Kalau majlis tu lama sangat & dia orang nak makan, bagi sahajalah) – jangan berucap panjang2.
û Ramadan merupakan bulan untuk kita mencarum insurans dlm kubur - dlm kubur malaikat seksa - nak pukul kepala tp xjadi sbb malaikat lain kata dia rajin zikir & mengaji - nak pukul pula perut - jgn pukul sbb dia bnyk puasa sunat - nk pukul kaki pula - xjadi sbb dia rajin bgn mlm, Qiamullail.
û Soalan bocor Nabi kalau nak murah rezeki - JANGAN tinggal solat sunat 2 rakaat sebelum Zohor.
û 2 Jenis ibadah iaitu ibadah umum (segala benda yg baik yg diizinkan oleh Allah kita buat & niat krn Allah dpt pahala ibadah spt bekerja, masak & ibadah khusus (solat, puasa, haji, umrah dll).
û Dalam Kitab Minhaj Al-Abidin, Allah melarang kita panjangkan cita-cita - cth: tempah baju raya awal - jgn ckp ‘kalau org lain tgk ni terbuntang biji mata’ TETAPI ckp ‘Ya Allah, jika ada kebaikan dpt aku pakai baju ni di pagi raya - kena berlapik bila bercakap.
û Ayat Syamsul Debat utk ucapan birthday - Semoga dipanjangkan umur dgn segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dgn segala keberkatan.
û Cara nak halalkan rezeki yg kita mkn setiap bulan = Kata Nabi: ‘Carilah rezeki yg halal kerana sesungguhnya yg halal itu cukup berkat’ .
- cth: Asyik org tu dpt APC - Ada org xdpt APC @ naik pangkat tapi dpt suami yg romantik / anak yg ramai = syukurlah dgn apa yg kita ada.
- xdpt APC @ naik pangkat tapi boleh balik awal / blh pergi bazar sbb Peg. xbalik lg sbb bnyk kerja
û JANGAN terpedaya dgn muda sebab mati xsyarat tua & jangan terpedaya dgn sihat sbb mati xsyarat sakit.
û Puasa sepatutnya menjadikan kita lebih baik dan akhlak kita sepatutnya jadi lebih cantik.