Saturday 8 December 2018

KURSUS ANCAMAN & KESELAMATAN, PENGELASAN DAN PENGELASAN SEMULA - 4.12.2018 + NOTA

 KURSUS ANCAMAN & KESELAMATAN, PENGELASAN DAN PENGELASAN SEMULA

TARIKH: 4.12.2018 (9.15 pg – 4.30ptg)

PENCERAMAH: PN. FIZRINA ISMAIL (Tgkt. 3, SUK)

(PEJ. KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA, JPM)

www.cgso.gov.my / 03 – 5544 7828

(Aku tak jumpa video untuk kursus ni tapi seperti sebelum ni dah ada nota kan, aku tempel sahaja kat sini)

ANCAMAN KESELAMATAN

· Pej. Keselamatan - SEBELUM terjadi sesuatu peristiwa / bencana dll

· Majlis Keselamatan - SELEPAS terjadi sesuatu peristiwa / bencana dll

· DEFINISI Ancaman - sesuatu yang mengancam @ diancam / bahaya yang mungkin menimpa

· Ancaman Keselamatan BOLEH terjadi secara

a) SEMULA JADI

b) SENGAJA → letup, bakar. Cth: letupan di Bali oleh Ust. Samudera (buat sbb nak pertahankan Islam).

c) TIDAK SENGAJA → banjir / gempa bumi / radioaktif (Cth: di Fukushima, Jepun

· BENTUK-BENTUK ANCAMAN:

a) SUBVERSIF → racun pemikiran utk gulingkan kerajaan. Cth: Komunism (1940-an hingga 1980-an) & Gagasan Malaysian Malaysia

b) ESPIONAJ → perisikan. Cth: Siddiq Ghouse (1981) – jd. Ejen perisik KGB (perisikan Rusia) di KL

c) SABOTAJ → perbuatan yg. datangkan kerosakan fizikal sesebuah negara.

→ Cth: bom tugu negara (komunis yg. bom) / gagalkan projek L/raya PLUS

→ Cth lain: Jemaah Islamiah – pernah nak bom Tambak Johor / Bekalan air di S’ngor – staff digantung kerja  - pam meletup / sabotaj filem KL Ganster 2

d) KELEMAHAN MANUSIA → menunjuk2 & tarikh hati saudara, rakan dll tentang sesuatu perkara terperingkat / cuai patuhi Arahan Keselamatan / tidak cermat bila bercakap kat telefon tentang perkara terperingkat / cuai kerana berlebih-lebihan ketagih minum arak @ dadah.

→ Biarkan diri jadi sasaran pemerasan kerana: berhutang / setubuh haram @ luar tabie / rasuah / kelakuan & latar blkg tak sempurna.

e) ANCAMAN PELAMPAU → perbuatan radikal @ melampau batas oleh individu @ kumpulan

→ pelampau parti politik / perkauman / agama

→ Cth: Perisitiwa 13 Mei / Kg. Rawa,PP / Kg. Medan 2001 / Pergerakan Anti- Hadis (Dr. Kassim Ahmad)

f) ANCAMAN SIBER → ‘techno terrorist’ / ‘hackers’ / sabotaj

g) ANCAMAN TERRORISM → Cth: Peristiwa 11.9.2001 dan ancaman di bangunan White House / Pentagon / New York Stocked Exchange

· Punca Ancaman Lain ialah:

a) KEBOCORAN

b) PEMALSUAN DOK. → Cth: IC / duit

c) CURI IDENTITI→ IC

d) CURI DOK. → Kad ATM (no. pin) / Cth: Password > 8 aksara boleh ambil tempoh masa 24 thn untuk unlock @ dibuka oleh orang lain manakala < 8 aksara ambil masa yg. singkat xsampai 24jam.

· KAD PAYWAVE → di bwh Bank Negara

· KUNCI

a) Kunci yang bagus HARGANYA mahal sebab susah nak buat PENDUA @ DUPLICATE

b) Kunci yg. elok sekarang kena ADA 8 tuil

c) Cuba buat kunci pendua & kalau harga dlm RM3/4 = xbagus sebab ada sesetengah kunci yang kena beratus @ beribu untuk buat pendua bg. satu ANAK KUNCI

· SASARAN PENTING MALAYSIA IALAH: KLIA / EMPANGAN / PELANTAR MINYAK

· E-mel dan Faks. HANYA boleh guna hingga dokumen SULIT sahaja (Dok. RAHSIA & RAHSIA BESAR tak boleh)

 

 

KESELAMATAN DOKUMEN

· Dok. Rahsia = simpan dlm kabinet besi berpalang

· Dok. Rahsia / Terperingkat = benda yg. sama

 

DOKUMEN RASMI

Dok. Rasmi =  Surat2 cuti (xdikelaskan) & Isytihar harta

Dok. Rasmi / Terperingkat pula ada 2 iaitu DALAM JADUAL & LUAR JADUAL

  1) Dalam Jadual              

· 3 perkara TETAP (fix)

· Xboleh ubah kecuali Menteri  

· 1) Jemaah Menteri    2) MMKN     3) Keselamatan / Pertahanan / Perhubungan A/bangsa

· Ada dlm Akta Rahsia Rasmi

 Rahsia Besar / Rahsia / Sulit / Terhad

    2) Luar Jadual

· Peg. Pengelas di bwh Sek. 2 Akta Rahsia Rasmi

· Org yg. dpt t/tgn bagi lantikan drpd MB – baru  boleh ketegorikan perkara2 Luar Jadual

 

· JEMAAH MENTERI: 1) Bincangkan urusan lawatan rasmi ke luar negara (state visit) oleh Menteri & akan bincangkan siapa yg. akan ikut, berapa kos, hotel mana / peg. yg. akan iringi dll. 2) Pinda Akta Rahsia Rasmi & Arahan Keselamatan

· MMKM: Sediakan laporan kewangan (hasil) / kejadian rusuhan kuil di Subang Jaya juga dibincangkan dlm MMKN

· Keselamatan / Pertahanan / Perhubungan A/bangsa:

a) Kejadian di Lahad Datu – bincangkan utk perletakan pegawai2 di sana = keselamatan

b) Panda 2 ekor dari China = perhub. a/bangsa

c) Cari MH370 & MH17 – Wisma Putra yg. akan buat kertas kerja = perhub. a/bangsa

· Menteri & Peg. Pengelas =  benda yg. berbeza

Cth: Kes t/tertib = sulit / Tender = sulit, rahsia → bwh Peg. Pengelas

Rasuah = rahsia.

· Sulit jabatan  = dokumen rasmi terbuka yg. tidak diPERINGKATKAN

· Sulit persendirian = TIADA istilah tersebut dlm Akta Rahsia Rasmi

· Tujuan tahu definisi = untuk KELASkan dokumen dengan BETUL bg. PEG. PENGELAS

· Beza antara RAHSIA BESAR (RB) dan RAHSIA (R)

a) Perasaan akan pengaruhi pertimbangan & perasaan itu tak salah.

b) Berkait dengan Peg. Pengelas.

c) Berbeza pendapat

d) Cth: Empangan di Selangor ada 7 + 1 off river storage. Empangan Bt. Muda berkedalaman 5-6m & kalau pecah boleh tenggelamkan Jalan TAR / PWTC. Kalau ada 1 empangan sahaja di Malaysia – pecah – tenggelam dlm berapa minit – perasaan tu akan jadi lebih takut – impak lebih besar berbanding 7 empangan di Selangor

· SULIT – ada ciri-ciri malukan jabatan @ individu

· TERHAD – SOP rusuhan / Pelan Lantai = ada perasaan untuk jaga SOP tu, akan jadi TERHAD

· Cth: Fail t/tertib – MPAJ (S) 600-1 (1) → tak semestinya semua kandungan dlm fail mesti SULIT.

: Jika surat berkaitan “Mohon garis panduan t/tertib” = bukan sulit sbb isi kandungannya, nk mohon GP.

· Cth lain: Fail keselamatan – MPAJ.K (S) 600-3/3/2→ surat berkaitan “Mohon garis panduan inspektorat” = tak berkaitan dgn 4 kategori pengelasan dok. (RB, R, S, T)

a) Dpt reply surat & dok. = GP shj (ada borang)

b) Confuse isi borang = isi borang akan jd. Sulit

c) Reply balik borang dgn dok. MMKN sbg bukti = MMKN → Rahsia ; borang & dok. MMKN xjadi rahsia & simpan dlm fail sulit yg. sama.

· SIMPAN FAIL

a) JANGAN campur – kalau fail terhad, semuanya terhad.

b) Fail sulit = TAK BOLEH tanda!

c) Perkara terperingkat = TAK  BOLEH dedahkan (expose).

· HANTAR SURAT

a) Boleh guna Buku Am 10 (xwajib) – utk surat terbuka & terperingkat / buku daftar ni dah diwartakan.

b) Guna Borang Jadual – ada jual di Percetakan Nasional.

c) Buat Borang sendiri pun OK – untuk surat keluar sahaja!

d) Surat terperingkat utk perkara terperingkat (1 buku khas)

e) Salinan pertama bg pd. penerima & salinan ke-2 utk simpanan kita = guna Borang Jadual

· FORWARD Minit Mesy. MMKN – TAK BOLEH forward 100% sama dgn minit sbb Rahsia – kena buat ayat yg. xsama dlm minit mesy.

 

PENGELASAN & PENGELASAN SEMULA 

AYAH = PEG. PENGELAS

SURAT BERANAK = BUKU DAFTAR

· PENGELASAN → Dok. Rasmi yg. mengandungi maklumat yg. mesti diberi perlindungan keselamatan & ditanda dgn RB, R, S, T.

· Ada 5 tindakan = menyemak, menilai (yg. nilai Peg. Pengelas), memberi tanda, mendaftar & menandatangani.

a) Menyemak = tentukan bahawa dok. terdiri drpd dokumen jab. sendiri

b) Menilai =  utk diberi peringkat RB, R, S, T

c) Memberi tanda = ditaip huruf besar / dicap disetiap penjuru kiri atas / ditulis penjuru kanan bawah

d) Mendaftar = rekod dlm B.Daftar Suratan Rahsia Rasmi Di Luar Jadual / Bawah Jadual Akta Rahsia Rasmi 1972

e) Tandatangan = Peg. Awam yg. dilantik di bwh Sek. 2B Akta Rahsia Rasmi 1972

 

· Ciri penting:

a) Peg. Awam yg. telah dilantik.

b) Buku2 Daftar Suratan Rahsia Rasmi (Am 492, Am 492A, Am 492B)

Ø Dalam Jadual = Buku Am 492 sahaja

Ø Luar Jadual – a) Pengelasan = Buku Am 492A / b) Pengelasan Semula = Buku Am 492B

Ø Pengelasan = penuhkan ruang no. 1 - 6 sahaja

Ø Pengelasan Semula = penuhkan ruang no. 7 – 10

Ø Tatatertib = Buku Am 492A = susun ikut tarikh / tandatangan = kena sign utk setiap surat & kalau ada banyak surat dlm satu tarikh boleh dirangkumkan utk satu t/tgn sahaja

Ø Kalau boleh jangan selang. Kalau nak selang juga kena sama (selang 1 semua kena selang 1), nak garis pun boleh.

Ø Tak boleh taip!

Ø Kalau guna pen hitam, semua kena pen hitam

Ø Tulisan xsama pun boleh jadi isu oleh peguam (kalau ada kes)

Ø Tandatangan tak boleh cop – kena manual

c) Cap pengelasan (bukan yg. utama)

d) Dok. Rasmi di Luar Jadual

e) Dok. dikeluarkan oleh jab. sendiri

 

· Seksyen 2B:

a) Pekeliling Am Bil. 2 Thn 1987 (20.2.1987)

b) YDP, TYDP & Ketua Bhgn. Pentadbiran Pengurusan (KHP) → semua ini boleh dilantik sbg. Peg. Pengelas

c) Surat pelantikan diperakukan oleh MB di portfolio yang berkenaan.

d) Perlantikan atas nama / jawatan disandang di jabatan yg. dia bertanggungjawab.

e) Prosedur pengelasan ikut yg. termaktub dlm Arahan Keselamatan.

f) Perlantikan peg. Awam utk kelaskan surat rasmi.

g) Perakuan dlm bentuk sijil.

h) CC tak kena jadi Peg. Pengelas.

i) Kalau MB bertukar @ bila dpt pangkat (Dato’/Dato’ Sri dll) → kena buat yang baharu tapi yg. lama masih boleh guna (valid) tapi lbh elok buat baharu sebb xnak ada masalah di kemudian hari. (MPAJ di bwh Kerajaan Negeri).

· PENGELASAN SEMULA

a) Ciri2 penting = dok. Dlm Jadual / dok. Luar Jadual / Kandungan xlagi Rahsia Rasmi / dok. dikeluarkan oleh jabatan sendiri.

b) Cth: Beli panda 2 ekor (ruang no. 1-6) → dikelaskan semula bila seekor panda mati → Tun. M t/tangan → catatan – panda mati → terhentilah Dokumen Rasmi Dalam Jadual.

c) Cth lain: Laporan 1MDB → dikelaskan semula → terhenti jd dok. rasmi & jadi perkara terbuka.

· TAK NAK jaga dokumen = TAK PERLU buat pengelasan.

· Cth: Audit Negara → keluarkan laporan → AYAH = Tan Sri Amin → ANAK = Laporan 1MDB → SURAT BERANAK = Buku Daftar → valid jadi rahsia rasmi → Rafizi xboleh post kat mana2 sbb xberhak beritahu pd. orang lain (laporan m/s 98) → boleh dikenakan tindakan di bwh Akta Rahsia Rasmi.

· Lain-lain

a) Soalan UPSR = didaftarkan di dlm Buku Am yg. berkaitan.

b) Filem2 berkaitan dgn keselamatan = Catch Me If You Can (Leonardo DiCaprio) / Sallie / Mission Impossibe (Tom Cruise)

c) Video = When Bollard Attacks / CCTV Letupan Loji Penapisan Minyak Pramex di Mexico / Letupan Gas di Bkt. Indah / Try Storch Pine Tree (terbakar)

No comments: