Tidak Cantik = Rendah diri dan jarang disukai orang.
Cantik = Berkeyakinan, terkenal dan disukai banyak orang
Itulah sekelumit formula yang ada dalam
fikiran wanita. Sebuah formula yang simple namun amat berbahaya.
Dari manakah asal muasal formula ini? Mungkin dari media mahupun
pandangan masyarakat yang telah diracuni bahawa, kecantikan hanya
terbatas pada luaran sahaja. Yang cantik adalah yang berkulit
putih, tinggi, hidung mancung, bibir merah dan sebagainya.
Akibatnya banyak kaum hawa yang ingin
kelihatan cantik seperti yang digambarkan. Mereka tergoda untuk membeli
kosmetik yang dapat mewujudkan mimpi-mimpi. Mereka lalai tentang syariat
yang telah mengatur batasan-batasan untuk tampil cantik.
Mereka ingin kelihatan secantik model
dan bintang filem. Perkataan cantik telah disalah erti sedemikian rupa
oleh media, sehingga menukarkan hakikat cantik yang sebenarnya. Mereka
sibuk mencalit bedak pada kulit tanpa peduli pada hati mereka yang kian
gersang.
Tujuannya?
Jelas, untuk menambah deretan peminat
dan agar lebih mudah mencari pasangan hidup. Alangkah naifnya. Fakta
menunjukkan perkahwinan yang berjaya adalah bukan dari wanita yang
cantik tetapi, dan kebanyakkan perkahwinan yang berakhir ditengah jalan
adalah dari wanita-wanita yang cantik. Jadi, kaitan antara cantik dan
kejayaan hidup!
Orang yang berjaya dalam perkahwinan,
walaupun tidak cantik tetapi keperibadiannya amat menyenangkan. Mereka
tidak hanya fokus pada luaran sahaja tetapi mereka lebih peduli pada
‘recovery’ iman yang nampak jelas dalam sikap dan prinsip hidup mereka,
kukuh tidak goyah. Pun, jika ada yang berwajah elok, mereka menutupinya supaya kecantikannya tidak menjadi fitnah dan
hanya dipersembahkan untuk suami sahaja
Prinsip hidup mereka, bersyukur pada
apa yang telah Allah berikan tanpa meminta lebih lagi. Ridha dengan
bentuk tubuh dan wajah yang dianugerahkan Allah. Kerana inilah bentuk
terbaik menurut-Nya, bukan menurut fikiran dangkal kita. Kalau
kita boleh memilih, mempunyai wajah dan keperibadian yang cantik itu
memang lebih baik, tetapi tidak semua orang dianugerahkan seperti
itu. Itulah maha keadilan Allah, ada kelebihan dan kekurangan pada diri
setiap orang.
Dan satu perkara yang pasti,
Tingkah laku seseorang itu mencerminkan pemahaman mereka. Jika kita rajin
menuntut ilmu agama, insyaallah gerak-geri kita sesuai dengan ilmu yang
kita miliki. Begitu juga yang terjadi pada wanita-wanita yang terpaku
pada kecantikan fizik semata-mata.
“Siapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan fahamkan ia dalam agamanya”(Sahih, Muttafaqun ‘alaihi).
Hadist di atas dijelaskan oleh Syaikh
Ibnu Baz bahawa ia menunjukkan keutamaan ilmu. Jika Allah menginginkan
seorang hamba memperoleh kebaikan, Allah akan memahamkan agamaNya
sehingga dia dapat mengetahui mana yang benar dan mana yang batil, mana
petunjuk mana kesesatan. Dengannya pula dia dapat mengenal Rabbnya
dengan nama dan sifat-sifatNya serta tahu keagungan hakNya.
Apalah gunanya cantik
tetapi hati tidak tenteram. Cantik tetapi dilaknat oleh Allah dan
rasulNya. Kecantikan fizikal tidak akan bertahan lama, ia hanya palsu
sahaja.
Ada yang lebih cantik di hadapan Allah, Rabb semesta alam, iaitu kecantikan hati yang akan nampak pada mulianya akhlak. Banyakkan muhasabah, kenali apa-apa yang masih kurang dan lekas diperbaiki.
Faham Syari’at = CANTIK
Tidak Faham Syari’at = Tidak CANTIK sama sekali!
Bagaimana? setuju?
“Sesungguhnya Allah tidak melihat luaran kalian dan rupa kalian akan tetapi Allah melihat hati kalian” – (HR.Muslim)
Banyak lebah mendatangi bunga yang kurang harumKerana banyaknya madu yang dimiliki bungaTidak sedikit lebah meninggalkan bunga yang harum kerana sedikitnya madu
Banyak lelaki tampan yang tertarik dan terpesona oleh wanita yang kurang cantikKerana memiliki hati yang cantikDan tidak sedikit pula wanita cantik ditinggalkan lelaki kerana keburukan hatinyaKarena kecantikan yang sejati bukanlah cantiknya wajah tetapi apa yang ada di dalam dadaMaka percantiklah hatimu agar dicintai dan dirindukan semua orang.
Sumber - Muslimah Sholehah
#######################################################################
Ayah pilihkan perempuan hodoh sebagai jodoh. Ternyata pada malam pertama dialah wanita tercantik di dunia.
Ada seorang lelaki kerja di UAE meminta ayahnya carikan isteri & siapkan majlis kahwinnya. Lalu, ayahnya yg soleh memilih seorang wanita solehah yg berkualiti tapi tak cantik. Setelah lelaki itu tiba di Mesir, lalu dia disambut & setelah majlis semua itu ini…kemudian dia & isterinya dibawa kedalam ruangan, ketika isterinya membuka tabir wajahnya. Lelaki itu terkejut..dia terkejuttt….“Inikah isteri aku yg dipilih oleh ayah? Dia tak cantik..dia tak cantikk..” Setelah bertahun lamanya menunggu nak kahwin dg semangat yg membara, tapi kini dirinya kecewa lalu dia pun tertidur.
Lalu si isteri pun mengejutkan si suami yg beremosi tadi, & si isteri berkata, aku tahu dirimu kecewa kerana aku tdk secantik seperti wanita lain, tapi aku ingin bernikah denganmu kerana hanya mahu tergolong dalam Hadis Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda : “Allah merahmati seorang suami yg bangkit dari sebahagian malam lalu dia sembahyang & mengejutkan isterinya. Kalau isterinya itu enggan, dia merenjiskan air ke mukanya. Juga Allah merahmati seorang isteri yg bangkit pada sebahagian malamnya lalu dia sembahyang & mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan maka ia merenjiskan air ke mukanya”. (Hadis Abu Daud)
GAMBAR HIASAN |
Wallahi !! Aku sangat berterima kasih kepada kau kerana menerima permintaanku ini. Aku dulu sedikit putus asa bahawa aku tak akan bernikah, kerana aku tahu aku tidak cantik. Dapatkah kini kau memenuhi hadis ini denganku? Dapatkah kau bangun & mengimami solat bersama ku? Solat Tahajjud bersama? Lalu lelaki itu bangun & mengimami solatnya.
Lalu sahabat sekalian, lelaki ini bersumpah Demi Allah, bahawa ketika selesai dia solat tahajjud, mengimami solatnya, & dia melihat isterinya seolah-olah dialah wanita yg paling CANTIK di dalam dunia
Begitulah kisahnya, maka saya nasihatkan, janganlah kita semua terpengaruh dg kisah drama filem di TV & sebagainya. Cinta Suci hanya sampai kehati kerana Allah, dan syaratnya kita semua mesti taat kepada Allah, & kini lelaki dlm kisah tadi mempunyai cucu hafiz quran & bakal ulama. MashaAllah.
GAMBAR HIASAN SAHAJA |
No comments:
Post a Comment