Sunday 26 November 2017

EKSPO NEGARAKU - 26.11.2017





Gambar-gambar kat atas dari blog Beautifulnara.

Angah dan Abang Ali nak pergi Pesta Buah di Dataran Merdeka. Dah sampai sana tak tahu nak beli apa. Kebanyakan gerai @ reruai (booth) yang ada jugal buah-buahan yang sama sahaja. Beza banyak dengan sikit je kot. Tambahan pula, aku bukan penggemar buah-buahan. Setakat nak makan sikit tu kita boleh lagi tapi selalunya tersadai dalam peti ais tu.



Masa ni aku dok kat luar sorang-sorang sementara yang lain nak tengok Ekspo Negaraku. Dua sebab aku tak ikut dia orang ialah:


1) Aku dah beli air Fresh Farm tu tiga botolh + mata kucing = berat untuk dibawa dan susah aku nak ambil gambar nanti.

2) Aku bengan dengan akak yang jual felt key-chain tu. Mula-mula kata boleh letak lapan (8) huruf jadinya aku letak nama penuh. Dia suruh tinggalkan dahulu dalam 10 minit nanti boleh datang ambil. 

Bila tengok, sudahlah tak kemas, warna dia pula tak cantik (Latar warna hitam lepas tu letak huruf warna ungu gelap, memang tak nampak lah kan!) dan akak tu eja nama tak cukup!!! Nama aku ada dua huruf 'R' tiba-tiba jadi satu 'R' sahaja. Halo...halo...halo...mak dan abah aku letak nama aku ada dua 'R" jadi kenalah letak dua-dua. Bukan kat situ sahaja kat mana-mana pun selalu sama. 

Kat sekolah, kat tempat kerja, dalam sijil ke apa memang ikut suka je nak buangkan 'R' tu. Aku memang tak suka orang salah eja nama aku. jadinya aku dah bengang, tak ada hati nak ikut. Rugi RM6 aku dan yang mencadangkan kepada aku pun rasa bersalah sebenarnya!

Bil dah bosan menunggu dan melihat orang lalu lalang, inilah hasilnya. Ambil gambar sendiri. Duduk pula dekat tempat yang becak & bila dah gelap, ramai pula yang datang bergamabr kat tempat aku duduk tu. Ada kayu-kayu yang didekorasikan dengan lampu dan menjadi tempat dia orang mengambil gambar. Sanggup panjat untuk ambil gambar tu! 





















NAMPAK MACAM SEDAP TAPI HAMPEH
 

BELI MATA KUCING. NASIB BAIK MANIS.
 

NENAS POTONG NI MAK YANG BELI, AKU TUMPANG SNAP SAHAJA :p

No comments: