Muslimah Memang Tak Guna...
Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya
mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda
mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca
dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Mari Membaca!
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda
secara terbuka.
1. Perempuan yang bergelar muslimah memang tak guna kain
yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu,
bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan
jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tak
guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini
apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian
orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya
juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tak
guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai
kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.
Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara
kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai
wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan
bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur.
Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian
tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tak guna
kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang
keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap
menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang
rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk
dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tak guna masa berborak untuk
mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat,
memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka
mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya
sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan
ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tak
guna tudung tiga segi yang apabila memakainya diselempangkannya
sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya
ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu
apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya
dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang
disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki
yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-
anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang
tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.
Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas.
Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam
hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak
akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan,
jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah
buatmu.
Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh
mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah
al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm
berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan
ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn
sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.
"Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan
sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd
seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tak guna alat
make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja.
Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah)
kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan
kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara
bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.
Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi
seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah
warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm
sahaja?
9. Perempuan islam tak guna kain tudung yang jarang-jarang
seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana
apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya
ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan
biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang
perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar,
dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga
dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan
pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan
cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N
A
وَمَنْ يُعَظِّمْ
شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah
(berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"
(Surah Al-Hajj
22: 32)
Sumber: www.iluvislam.com
Imej Oleh: Kazuryo
No comments:
Post a Comment