Friday 26 May 2017

KURSUS PENGURUSAN FAIL & REKOD - 25 & 26 MEI 2017

Nama dah naik, kenalah pergi kursus kan. Kursus disampaikan oleh Puan Suharni Othman dari Effective Learning dan kita orang akan berkusus selama dua hari dari pagi sampai petang.

Banyak ilmu yang aku dapat walaupun sebahagian aku dah tahu. Yelah kerja pun dah dekat tujuh tahun kan. kalau setakat nak buka fail dan minit tu okey sebab aku dah biasa buat. Duduk bawah Unit KM kan memang hari-hari buka fail, minit dan sebagainya.

Perkara lain yang dikongsikan oleh Puan Suharni ialah Apa itu fail? Nampak macam senang je soalan tapi nak menerangkan tu ambil masa sebenarnya. macam mana kita nak terangkan supaya kita faham dan orang lain pun faham juga.

Selian itu, Ciri Umum Sistem Fail, Pengkelasan Fail, Jenis Fail Terperingkat, Rekod Urusan Am, Cara Nak Buka Fail (kakitangan baharu boleh lah ambil nota), Apa yang perlu ada pada kulit fail, Tarikh Kandungan Pertama & Tarikh Kandungan Terakhir, Panduan Pengurusan Pejabat dal lain-lain.

Cuma bab tajuk pada kulit fail, beliau pun terkejut tengok tajuk yang sangat panjang tu. Aku dan Aznoor tanya beliau tapi kita pula yang ditanya, "Tak boleh pendek kan ke tajuk tu? Misalnya cuma letak nama pemohon". Sebenarnya tak boleh juga sekadar nak letak nama pemohon sebab ada pemohon yang kaya-kaya, banyak tanah. Contohnya satu pemohon buat projek kat beberapa tempat yang berlainan. Haru-biru nanti kalau nak cari fail sekiranya hnya letak nama pemohon itu sahaja kan.

Kita orang kan jabatan teknikal jadi tak boleh nak pendek kan tajuk dengan sesuka hati kan dan beliau pun tak dapat nak membantu kita orang tentang tajuk yang panjang berjela tu malahan lagi terkejut adalah sebab panajnag sangat sampai tulisan pun kecil sebab nak muatkan dalam ruangan yang ada tu.







NAMA NI UNTUK SENANG PENCERAMAH PANGGIL & AKU DAH TAK SUKA SOAL MENYOAL NI



























































SOALAN LEPAS KURSUS DAN YANG PALING TEPAT JAWAPANNYA DAPAT HADIAH, SEKOTAK TISU

No comments: