Friday 14 April 2017

FAMILI - FAMILI MAK/ANGAH/BASIKAL ADIK/MAK/TESCO AMPANG

GAMBAR KELUARGA BELAH EMAK AKU - MASA NI MAK USU AKU TAK LAHIR LAGI



Keluarga Arwah Akbar Ali bin Mohd Salim dan Arwah Aminah binti Abdullah. Arwah atuk aku dipanggil Nana dan arwah nenek kita orang panggil nenek sahaja di sebelah mak dan di sebelah arwah Abah kita orang panggil Nani Som (Kalthum bin Asdali yang dah meninggal dunia pada tahun 1997). 

Arwah Nenek meninggal pada usia 37 tahun dan pada masa aku umur tiga tahun dan tiada kenangan bersamanya kecuali sekeping gambar yang mana ketika itu arwah nenek tengah dukung aku. Itu sahaja dan meninggal dunia pada tahun 1988 akibat barah gusi.

Arwah Nana pula tutup usia pada tahun 1996 pada umur 84 tahun setelah menderita lumpuh separuh badan selama lima tahun dan berada di bawah penjagaan mak cik aku (anak ke-2) dan Mamu aku (anak ke-5) di Klang.

Pada usia aku tingga hingga enam tahun, aku tinggal di sana semetelahan arwah Abah dan Mak kerja di KL dan tiada siapa yang menjaga aku di sini. Bila aku nak masuk Darjah Satu, baharulah aku diambil semula dan bersekolah di sini (SK Tun Hussein Onn). Jadinya aku bersekolah tadika di Klang.

Adik-beradik Emak ada enam orang bermula dengan Hamid Ali yang kita orang panggil Mamu Pahang (sebab dulu dia tinggal kat Pahang)...hahahaha. Sabariah pula anak yang kedua (panggil Mak Cik sahaja) dan dialah yang jaga aku masa aku tinggal di sana dengan Mamu aku. Aftar Ali pula anak yang ketiga (Mamu Telekom sebab kerja kat Telekom Malaysia suatu masa dahulu) dan yang keempat ialah mak aku, Noriah.

Ustar Ali (unik kan nama ni), pak cik aku yang dipanggil Mamu tu (yang ini tidak dipanggil dengan nama Mamu Kilang ke Mamu Katering ke sebab dia pernah buat kerja-kerja tu sebab dah tak ada Mamu lain dah) dan yang terakhir ialah Zarina dan nama dia lain sikit berbanding yang dua tadi yang berakhir dengan 'ah' (Sabariah dan Noriah). Arwah Nana yang letak nama tu.

Adik-beradik Mak berselang-seli lelaki dan perempuan tapi Mak aku tak ada rezeki nak dapat anak lelaki, dan Mak Usu aku pula ada empat orang anak lelaki. 

Gambar keluarga sebelah arwah Abah tak ada sebab arwah Abah tu masa kecilnya dijaga oleh Datuknya (moyang aku) dan aku jga sebenarnya juga tak pernah jumpa arwah atuk sebelah arwah Abah aku walaupun dia duduk kat Kg. Pandan sahaja. Arwah Abah anak tunggal jikalau dikira seibu dan sebapa dan ada adik-beradik tiri seramai lapan orang (lain ayah).


ANGAH
ANGAH DAN NUHA



ANGAH SUKA SENYUM MACAM TU

BASIKAL ADIK
Basikal yang hanya tinggal kenangan apabila basikal ini dijual kepada Mamu. Adik aku menang Anugerah Nilam (pertandingan membaca di sekolah menengah) dan dapat tempat kedua, tewas tipis sahaja. Sebenarnya basikal ni dah ada masa aku bersekolah di situ tapi masa itu pertandingan Nilam ni tak diaktifkan oleh cikgu-cikgu BM kat sekolah dan masa Adik aku baharulah cikgu=cikgu yang ada tu mengaktifkan pertandingan ni.






MAK

MAK KAT RUMAH KAK LONG




ADIK DAN MAK

4 BERADIK (NOVEL REMAJA AKU TIGA BERADIK JE!)

NI MASA GI MELAKA @ PORT DICKSON NI, SOH  LUKISKAN. ADALAH WAJAH MAK KAT LUKISAN TU KAN!

NI MASA NAK BELI SOFA YANG MAK TENGAH DUDUK TU - KERUSI LAMA DAH ROSAK


CANTIK KAN PINTU NI!!!


MAK, MASA HARI SUKAN SKTHO - GAMBAR NI KELUAR KAT FB SKTHO....

TESCO AMPANG - 1.9.2013
ADIK DENGAR PENERANGAN TENTANG PUSAT BAHASA TITIAN JAYA



DENGAR PUNYA DENGAR SEKALI NAK DAFTAR KENA BAYAR MAHAL












DI MBO GALAXY AMPANG TAPI TAK ADALAH TENGOK CERITA HANTU

No comments: