Wednesday 12 April 2017

APC 2017 - 'REHEARSAL'

Anugerah perkhidmatan Cemerlang (APC) kembali lagi bagi tahun 2016 dan APC ni agak sensitif bagi sesetengah individu atas sebab-sebab tertentu. Ada juga yang tiba-tiba datang ucapkan tahniah kat aku dan aku gelak je lah. Tak percaya dan tak nak menaruh harapan sebab tak ada hitam putih. 5 April yang lepas dapat call dari Syuhada, PSM suruh aku naik ke tingkat 15 (Jabatan PSM) untuk ambil surat. Aku pun terus lah naik dan kat meja CC Basha dah berkerumun orang untuk ambil surat masing-masing dan dorang saling mengucapkan tahniah sebab tahu siapa yang dapat APC tu kan.

3 ORANG PENERIMA BAGI PERANCANG BANDAR
BERLANGSUNG PADA 12 APRIL NANTI
SAJA AMBIL GAMBAR...HEHEHEHE



Dapat tahu terus fikir nak pakai baju batik yang mana sebab aku ada dua helai je dan yang warna ungu dah pakai pada tahun lepas. Tinggal yang warna biru je tapi dah naik pentas ni macam nak pakai baju baharu. Aku mesej mak bagitahu aku dapat APC dan mak ucapkan syukur. Aku bagi tahu nak cari kain corak batik untuk buat baju dan ada jiran blok sebelah yang boleh tolong jahitkan baju dalam masa yang singkat ni. Petang tu aku, mak, dan famili Angah ke Giant, Taman Permata. Biasalah kedai kain kegemaran famili kita orang TEWAH dan ada banyak juga corak batik TAPI yang cantik-cantik kebanyakan berwarna gelap dan memang idok ler aku nak pakai kan. Dah lah kulit hitam manis, pakai pula baju warna gelap-gelap....


Lepas beli kain macam dalam gambar kat atas tu, aku dan Angah singgah pula ke pasar malam untuk cari tudung. Dah pukul 9 lebih dan cari punya cari jumpalah tudung ungu yang sepadan dengan warna baju aku. Terbang RM53 untuk sehelai tudung dan katanya Bawal 1....banyak ler batu-batu kat tudung tu.


Gambar yang CC Azlina hantar dalam grup WhatsApp jabatan

10.4.2017 - Isnin
Rehearsal hari pertama di Hotel Flamingo. Kata kumpul pukul 8.45 tapi dah 9.15 baru bas gerak dan tak ramai yang naik bas. Ramai yang pergi sendiri. Dah sampai sana tunggu lagi sebab dorang nak setting apa-apa yang patut. Dalam pukul 11 pagi kita orang dah sampai pejabat balik selepas selesai latihan dari duduk di meja ikut nama masing-masing, kat mana nak berdiri, bila masa nak naik pentas, nak hadap ke mana untuk jurugambar ambil gambar nanti, nak turun kat mana dan lain-lain lagi.













 11.4.2017 - Selasa
Rehearsal hari kedua dan kali ni kita orang pergi naik van sahaja. Dua buah van sebab semalam naik bas, tak ramai orang. Hari ni rehearsal penuh siap dengan slaid gambar penerima anugerah masing-masing (APC, Anugerah Khas Kepujian, Anugerah Khas Pemandu dan Anugerah Untuk Pesara).

En. Yusuf bin Sulaiman, Pengarah PSM nak tengok perjalanan majlis dari awal hinggalah tamat. Dan ada perubahan pulak. Semalam latihan kita orang naik pentas dari sebelah kiri dan hari ni dari sebelakh kanan. Katanya MPAJ sahaja yang naik dari kiri pentas...hahahaha


APALAH YANG DIBORAKKAN OLEH ENCIK K TU?



NI PENERIMA YANG DUDUK SEMEJA DENGAN AKU DAN NOMBOR MEJA KITA ORANG IALAH NO.5
 

Sesi latihan

 Pengacara majlis : Karim (PSM) dan Izzati (L)
MACAM MANA ENTAH DORANG SUSUN YANG TINGGI KAT DEPAN, YANG RENDAH KAT BELAKANG. NAMPAK TAK AKU TU NAMPAK KEPALA JE SEBAB TERLIDUNG DEK ORANG KAT DEPAN DAN DI SEBELAH AKU TU SEBENARNYA ADA 2 ORANG LAGI TAPI TAK NAMPAK.



BERSWAFOTO LEPAS BALIK LATIHAN.... :p
MENU PADA MALAM TU
NI LAYOUT DARI KORPORAT UNTUK MALAM APC DAN ADA JUGA PERUBAHAN KECIL TEMPAT DUDUK KITA ORANG YANG DUDUK DI HUJUNG-HUJUNG TU.

No comments: