Tuesday 14 February 2017

LATIHAN TEATER - 12, 13 & 14.1.2017

12.12017

En. Kamarul promotekan lagu terbaharu dari Tuah Mentor selaku pemuzik teater kita orang.



Props in da house...hari tu kan macam budak-budak warna merah biru bagai. Sekarang dah cantik sebab dia orang dah sembur dengan warna kelabu.

TOMBAK DALAM PROSES PEMBUATAN OLEH ABG ACAD YANG SANGAT KREATIF!
Labu pun dah hampir siap....kredit kepada Kak Wan, Kak Atie, Kak Malisa dan Kak Ina Norizan yang bertungkus-lumus memerah idea untuk menghasilkan labu yang cantik ni.




ABG ACAD GI AMBIL POKOK UNTUK PROPS KITA ORANG

Petang tu Pn.Zu tanya dah siap tak pantun yang dia suruh aku buat tu. Jujurnya memang susah nak buat sebab teks yang diberikan 85% fakta. Bila nak ditukarkan dalam bentuk pantun memang sukarlah nak dapatkan rima nya. Kan pantun hujungnya kena berima....kalau 'ma' di baris pertama, 'ma' jugalah kena ada di baris ketiga.

Pecah jugalah kepla aku nak buat sebab tak berapa pandai nak buat lagipun dah lama aku tak menulis. Pn.Zu tunggu aku siapkan pada petang tu juga sebab dia nak tengok. Lepas tu dia kena gi Bali untuk Bengkel SKT untuk semua pengarah jabatan.

Ni teks yang kena tukar dalam bentuk pantun dengan point-point penting aku kena cari sendiri. Aku pun tak tahu mana yang penting mana yang tak.






Ni je yang aku dapat fikir dalam masa yang singkat...rasa stress sangat!!!


Dalam pukul 5 lebih, Pn.Rohana bagi teks yang lain yang lebih ringkas



Tapi Pn. Rohana suruh tukar dalam bentuk watikah pula.... buat ayat 

Inilah hasilnya...dan Pn.Zu tunggu aku sampai pukul 6.30 petang. Satu hari yang letih dan stress bagi aku dan mungkin juga bagi Pn.Zu.
~
Beta, Raja Ampang Hijau mendapat perkhabaran bahawa Ratu Renata menentang pembinaan Kota Hijau yang akan menjadi penempatan rakyat yang baharu.


Untuk pengetahuan Ratu Renata dan semua yang ada di sini, beta sendiri telah melaksanakan Projek Bandar Hijau di negara beta.


Projek ini merupakan satu usaha proaktif untuk meningkatkan mutu kehidupan masyarakat di negara beta melalui kelestarian kediaman dan kemampanan bandar serta penggunaan sumber tenaga secara berkesan.


Kota Hijau ini merupakan satu usaha yang bagus kerana ianya mulai menjadi ikutan kota-kota yang lain.


Beta yakin dan percaya, kemampanan bandar akan terus menjadi agenda utama di setiap negara tidak lama lagi.


Seantero dunia telah mengenali konsep pembangunan mampan dan beta sendiri melakukannya setelah mendapat pandangan dari pakar-pakar yang ada di negara beta.


Pembangunan mampan telah didefinisikan sebagai ‘pembangunan yang TIDAK mengabaikan keperluan generasi akan datang’.


Perancangan Bandar Hijau menekankan hubung kait di antara bandar dengan alam sekitar serta alam semula jadi.


Terdapat tiga prinsip yang menekankan unsur ‘sifar’ atau zero iaitu:

a) Penggunaan sumber tenaga fosil sifar

b) Pembuangan sifar

c) Pelepasan sifar



Pembangunan Bandar yang hijau juga dengan prinsip-prinsip ‘pengurangan’ kesan negatif terutama di dalam merancang, mereka bentuk, dan membina elemen bandar seperti kediaman, kemudahan dan lain-lain.


Kota Hijau yang dibina oleh Raja Adya Surya merupakan perkara baru di Negara Antabrata dan beta yakin bahawa idea dan pandangan dari pakar-pakar di negara beta telah mulai menular ke seganap kota.


Konsep Bandar Hijau juga akan merealisasikan gaya kehidupan rendah karbon yang menyumbang kepada pelepasan sifar.


Seharusnya Ratu Renata dan semua rakyat jelata sedar akan aktiviti yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap ekologi alam sekitar.


Sewajarnya semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan yang lebih peduli kepada alam sekitar.


Kepedulian itu bagi mengurangkan kemudaratan keapda ekologi alam yang di duduki ini.


Oleh yang demikian, beta telah menjadikan Kota Ampang Hijau sebagai ‘vibrant city’.


Selain itu, Cadangan Pelan Tindakan Teknologi Hijau 2015-2018 yang dirangka berteraskan kepada reka bentuk pasif kejiranan hijau, konsep 3R dan disokong dengan bantuan teknologi hijau.


Pelan ini juga akan menumpukan kepada empat sektor utama iaitu pengurusan sisa dan air, tenaga, pengangkutan dan bangunan yang mana ianya selaras dengan Pelan Induk Teknologi Hijau Negara.


Oleh itu, beta berharap agar semua pihak dapat menerima konsep Bandar Hijau ini dengan hati yang terbuka demi kelangsungan hidup generasi yang akan datang.


Beta mengucapkan syabas dan tahniah kepada Raja Adya Surya kerana telah melaksanakan konsep ini di Antabrata.~


Beta akhiri penerangan ini dengan dua rangkap pantun:



Tiang sehasta dibuat galah

Berpanjang lengan kait melati

Berjuang kita di jalan Allah

Biar dengan sepenuh hati



Tebing sari keris warisan

Lembing pahlawan negeri kayangan

Sekian dahulu beta ucapkan

Moga bersua lagi di bulan hadapan
 ~

Kat rumah aku cuba juga buat pantun yang tak habis tadi. Dah siap aku WhatsApp kat Pn.Zu manalah tahu dia nak guna ke nanti pantun ni kan!









Tapi masa persembahan teater tu...Pn.Zu guna yang ni untuk YDP baca



13.1.2017 (JUMAAT)
Yang ni aku tak turun latihan sebab banyak pula kerja nak dibuat. Ada beberapa permohonan baharu yang aku kena bukak fail (ambil masa yang lama) jadinya aku skip latihan untuk hari ni. Tambahan pula, kelas mula agak lewat dari sebelumnya sebab selalu tak ada kelas hari Jumaat.








14.1.2017 (SABTU)
Pelakon untuk Babak 2 dikecualikan untuk latihan pada malam Sabtu ni...Yeah!!!
Abg Acad dengn budak-budak praktikal datang untuk buat props






PENJARA UNTUK BABAK 5 NANTI
SIAP MAKAN LIMAU TU!!!
WATAK UTAMA SEBAGAI JIN BUMI DAN JIN TERUMBU HITAM..HAAAAAA

No comments: