Wednesday 21 December 2016

LATIHAN TEATER - HARI PERTAMA, KEDUA & KETIGA

HARI PERTAMA (19.12.20116) - Latihan bermula pukul 2 petang...
CIKGU DAH SAMPAI....
HARI PERTAMA LATIHAN DAN RAMAI YANG TAK BAWA PAKAIAN SUKAN TERMASUK AKU. JADI DENGAN BERSKIRT DAN BERBAJU KURUNGLAH KITA ORANG TURUN SEBAB TAK NAK CIKGU BISING 






 HARI KEDUA - 20.12.2016

LATIHAN MULA PUKUL DUA TAPI SEPERTI BIASA MASIH ADA YANG TAK TURUN LAGI TERMASUK AKU
Ye lah mana nak solat, nak kejar tengok cerita Korea dengan nak kejar masa sebelum pintu tandas dikunci (untuk cuci tandas) semuanya dalam masa sejam tu. Itu tak masuk kalau ada yang turun ke Giant lagi....kelam kabut dibuatnya. Abg Syed dilantik sebagai Stage Manager @ SM dan dia perlu pastikan semuanya. 

Walaupun tak perlu berlakon teater tapi tugas dia berat juga. Kena pastikan staff ikut arahan dan turun untuk latihan pada masa yang telah dtetapkan. Pastikan Auditorium @ OD tu dah dibuka dan 'aircond' dah ada jadi tak adalah kita orang ni nanti kepanasan. Tak lupa juga untuk menjemput Cikgu @ Pn. Ira di rumahnya di Klang Gate.






NI LATIHAN UNTUK MENGUJI SEJAUH MANA KITA ORANG ADA SIKAP BEKERJASAMA DALAM MASA YANG SINGKAT. KENA JADI BURUNGLAH, KLCC LAH, CINCINLAH DLL. MEMANG INGAR-BINGAR LAH DENGAN SUARA KITA ORANG KAT OD TU







BENTUK CINCIN KUMP. 2 DAN KUMP. 3
NI KLCC KITA ORANG...GEMPAK TAK...HAHAHAHA

KLCC KUMP. 2

YANG NI BUAT APA YER?
BUAT BUNGA KOT
BUNGA KUMP. LELAKI

Sesi hening diri....
Kena baringlah lah pula....senyap sunyilah masa tu. Kena pejam mata. Cikgu suruh kita bayangkan kita berada di padang pasir. Serius masa ni memang aku tak boleh nak bayangkan keadaan aku kat padang pasir tu....Macam nampak tak nampak jer...lama juga lah sebab cikgu nak kita bayangkan kita keseorangan kat padang pasir tu dan bayangkan apa yang ada di sekeliling kita pada waktu tu.




Tapi bila dia suruh bayangkan insan-insan yang tersayang dalam hidup kita....insan yang dah perhi meninggalkan kita...aku kalah...memang rasa sebak mulai muncul dan aku sebenarnya cuba sedaya upaya untuk tidak merembeskan mutiara-mutiara kecil...memang terbayang wajah arwah abah....insan yang dah pergi jauh daripada kita....dan wajah mak...insan yang kita masih punya....dan keluarga aku yang lain....dan terdengar di bahagian lain ada bunyi sob...sob...sob.... nangis jugak rupanya.




Selesai sahaja sesi hening diri, cikgu bertanya seorang demi seorang apa yang kita rasa masa sesi tu tadi...jujur...bagitahu apa yang kita rasa. Ada yang beritahu tak dapat nak bayangkan apa yang cikgu suruh bayangkan itu...ada yang rasa sikit-sikit dan ada yang sebak bila cerita bab keluarga sebab tak bersedi nak tinggalkan keluarga dan yang merembes terus air mata sebab teringatkan arwah abah sama seperti aku cuma aku boleh kontrol lagi sedih tu...kalau cikgu soal lagi mau terkeluar jugak air mata aku....

LATIHAN PERNAFASAN

 LATIHAN FOKUS: 1, 2 JANGAN...

LATIHAN FOKUS: JEBAT KATA.....

LATIHAN VOKAL: MAAHAAHUUUUU


HARI KETIGA - 21.12.2016

SEBELUM LATIHAN BERGAMBAR DULU....
 Scene : Mengemas rumah di hari raya oleh Kak Wan dengan Kak Liza mengemas rumah

Scene : Melihat sesuatu yang menakutkan oleh Abg Acat dan Aran



Contoh skrip teater bangsawan

















 Selepas latihan cikgu akan bagi komen tentang latihan dan lakonan yang telah diberikan oleh kami sepanjang sesi latihan berlangsung dan juga point-point penting yang perlu diambil tindakan oleh SM






SAMBIL BERSANTAI KITA DENGAN TAKLIMAT DARI CIKGU IRA
 Kump. Kak Nurul yang pertama untuk melakonkan 'script reading' ni






Ni kumpulan Abg Faizul pulak
Taklimat atau penghuraian tentang sesi latihan tadi


Ni taklimat & huraian Pn.Ira tentang latihan pada hari ni...






Petugas kaunter hari ni di jabatan...Kak Ina & Abg Mie

No comments: