Friday 23 December 2016

LATIHAN TEATER - 22.12.2016

Latihan bersambung lagi...

 Tengah tunggu lif

Menunggu kawan-kawan yang lain


Tengah hari tu ada perbincangan orang-orang penting untuk teater












 GAME : JADI KERETA API...CHOO...!! CHOO...!!

GAME: JADI MACAM-MACAM

GAME: GORENG PISANG 
(Pertama kali aku main game ni sebenarnya....huhu)

LATIHAN: JADI CERMIN


 LATIHAN: BERDIALOG & EKSPRESI WAJAH
Dalam latihan ni kena berpasangan dua orang dan ada dialog yang cikgu berikan. Siapa nak jadi A dan siapa nak jadi B terpulang, pandai-pandailah bincang.

Setiap grup kena wujudkan satu situasi yang berlainan dan berdialog tapi sayang masa Aku dengan Kak Kamariah buat tak ada siapa yang rakan. Stage Manager (SM) pun entah ke mana sebab selalunya dia yang akan rakam dan post kat FB pasal dia kan tak payah berlakon!!

A : Kau nampak?
B : Nampak
A : Kenapa tak cakap?
B : Tak tanya
A : Tak kan itu pun nak kena cakap!
B : Yelah, dah kenapa
A : Aik...marah

Grup K.Wan dengan K.Atie

 Grup Abg Kerol & Dinie

Grup Abg Kerol dan Aran


Masa aku dengan Kak Kamariah kena berlakon kita orang buat situasi macam ni: Kita orang berdua tengah jalan, lepas tu terjumpa duit jatuh kat laintai.
 
Sesi penutup oleh Pn.Ira. Sebenarnya apa yang ingin disampaikan oleh cikgu ialah komitmen yang sepatutnya kita orang berikan dan masing-masing ada je alasan bila disuruh datang latihan pada hujung minggu. Jadi kata cikgu kalau kita tak ikhlas semuanya akan nampak tak cantik dan sebagainya.



EN.KAMARUL DAH PENING KEPALA KE?












 


Dan lepas tu giliran Pn.Zu pula bercakap benda yang sama dan komitmen yang perlu staff berikan yang mana sangat jarang sekali Jabatan Perancang Bandar membuat aktiviti atau perlu bekerja pada hujung minggu jikalau nak dibandingkan dengan jabatan yang lain seperti Jab. Belia & Masyarakat (terlibat dgn program kemasyarakatan) & Jab. KAP & PSP (dahulu PBK) yang terlibat dengan pengutipan sisa pepejal di kawasan tadbiran Majlis dan kutipan pasar malam. Ada betulnya kata Pn.Zu kan.

No comments: