Wednesday 29 June 2016

ARTIKEL: TIPS BERPINDAH KE RUMAH BAHARU

Kotak - Mereka yang merancang untuk berpindah semestinya telah menyediakan wang tambahan, keperluan seperti kotak, pita selofan, dan peralatan lain agak mahal. Jangan risau, kerana anda boleh dapati kotak dari kedai runcit berdekatan dengan percuma. Mereka sering menerima stok jualan dalam kotak yang banyak. Untuk menjimatkan ruang kedai mereka dengan bermurah hati memberikan kotak-kotak kosong itu kepada anda.  


Balut barang mudah pecah - Anda tidak perlu mengeluarkan belanja untuk beli ‘bubble wrap’ terutamanya jika ada pakaian dan tuala yang juga perlu dipek. Anda boleh balut barang mudah pecah dengan tuala dapur untuk menjimatkan kos. 

Simpan skru dalam bekas - Tips berpindah ke rumah baru seterusnya adalah jangan buang perkakas seperti kayu langsir, hook, atau skru. Masukkan dalam plastik atau bekas makanan sebagai persediaan jika anda mungkin perlukannya di rumah baru. 

Utamakan barang berat
 
 
Semuanya telah siap dipek, kini sedia untuk dimasukkan ke dalam lori. Terdapat cara yang mudah dalam memasukkan semua kotak dan barang iaitu dengan mengutamakan barang berat terlebih dahulu. Lebih senang jika anda susun kotak mengikut lapisan. Letakkan kotak berat dibahagian bawah dikuti kotak lebih ringan dan mudah pecah di bahagian atas. Kotak berat lebih stabil dan tidak mudah jatuh. 
 
Jika anda memiliki banyak perabot, mulakan dengan yang berat terlebih dahulu, kemudian susun kotak disekeliling perabot tersebut. Perhatikan kotak ringan dan mudah jatuh, kerana ia mungkin boleh dihempap perabot lain berdekatannya. Jauhkan kotak yang mengandungi barang mudah pecah seperti kaca, bol lampu, cermin, dan pinggan mangkuk dengan membuat hadangan seperti sofa di antara mereka. Ini kerana ia mungkin bergerak ketika lori sedang berjalan.
Punggah barang dengan teratur 
 
 
Selain berat dan ruang untuk mengisi anda juga perlu fikir akan susunan barang, contohnya apa yang anda perlukan sebaik tiba di rumah baru. Pek kotak yang berlabel “kegunaan pertama/first use” pada barang yang pertama yang anda perlu guna dan pastikan ia kotak terakhir yang diisi ke dalam lori. Anda boleh menggunakan kotak transparent supaya mudah dilihat dari luar. Tips ini sangat membantu anda supaya proses berpindah rumah menjadi mudah dan tidak memenatkan.

Walaupun jarak dari rumah lama ke rumah baru adalah dekat, mempunyai barangan keperluan yang mudah diambil boleh mengurangkan tekanan. Sebelum mengakhiri proses memunggah, pastikan anda sediakan senarai barang penting pada kertas atau telefon bimbit. Anda tidak mahu merugikan masa memunggah jika ada barang sering yang tertinggal seperti pengecas telefon, ubat, dan lain lain 

Jangan jadikan berpindah rumah menjadi tekanan dari segi masa, belanja, dan logistik. Anda ingin menginap di kediaman baru yang diusahakan dengan titik peluh sendiri. Ia sepatutnya menjadi perkara yang paling menyeronokkan kerana berpindah adalah lembaran baru dalam hidup anda.

Dengan persediaan dan perancangan yang bijak, proses berpindah ke rumah idaman akan jadi lebih mudah dan pantas.  
 
Sumber: NIKKHAZAMI.COM 

No comments: