IF YOU WANT TO BE, WHAT YOU WANT TO BE, BE WHAT YOU WANT TO BE, AND TO BE WHAT YOU WANT TO BE, BELIEVE WHAT YOU WANT TO BE.
Thursday, 30 June 2016
Wednesday, 29 June 2016
ARTIKEL: TIPS BERPINDAH KE RUMAH BAHARU
Kotak - Mereka
yang merancang untuk berpindah semestinya telah menyediakan wang tambahan, keperluan
seperti kotak, pita selofan, dan peralatan lain agak mahal. Jangan risau,
kerana anda boleh dapati kotak dari kedai runcit berdekatan dengan percuma.
Mereka sering menerima stok jualan dalam kotak yang banyak. Untuk menjimatkan ruang kedai mereka dengan bermurah hati
memberikan kotak-kotak kosong itu kepada anda.
Balut barang mudah pecah - Anda tidak perlu mengeluarkan belanja untuk beli ‘bubble wrap’ terutamanya jika ada pakaian dan tuala yang juga perlu dipek. Anda boleh balut barang mudah pecah dengan tuala dapur untuk menjimatkan kos.
Simpan skru dalam bekas - Tips berpindah ke rumah baru seterusnya adalah jangan buang perkakas seperti kayu langsir, hook, atau skru. Masukkan dalam plastik atau bekas makanan sebagai persediaan jika anda mungkin perlukannya di rumah baru.
Utamakan barang berat
Semuanya
telah siap dipek, kini sedia untuk dimasukkan ke dalam lori. Terdapat cara yang
mudah dalam memasukkan semua kotak dan barang iaitu dengan mengutamakan barang berat terlebih dahulu.
Lebih senang jika anda susun kotak mengikut lapisan. Letakkan kotak berat
dibahagian bawah dikuti kotak lebih ringan dan mudah pecah di bahagian atas.
Kotak berat lebih stabil dan tidak mudah jatuh.
Jika anda
memiliki banyak perabot, mulakan dengan yang berat terlebih dahulu,
kemudian
susun kotak disekeliling perabot tersebut. Perhatikan kotak ringan dan
mudah
jatuh, kerana ia mungkin boleh dihempap perabot lain berdekatannya.
Jauhkan kotak yang
mengandungi barang mudah pecah seperti kaca, bol lampu, cermin, dan
pinggan mangkuk dengan membuat hadangan seperti sofa di antara
mereka. Ini kerana ia mungkin bergerak ketika lori sedang berjalan.
Punggah barang dengan teratur
Selain berat
dan ruang untuk mengisi anda juga perlu fikir akan susunan barang, contohnya
apa yang anda perlukan sebaik tiba di rumah baru. Pek kotak yang berlabel
“kegunaan pertama/first use” pada barang yang pertama yang anda perlu guna dan
pastikan ia kotak terakhir yang diisi ke dalam lori. Anda boleh menggunakan kotak
transparent supaya mudah dilihat dari luar. Tips ini sangat membantu anda supaya proses berpindah rumah menjadi mudah dan tidak memenatkan.
Walaupun jarak dari rumah lama ke rumah baru adalah dekat, mempunyai barangan keperluan yang mudah diambil boleh mengurangkan tekanan. Sebelum mengakhiri proses memunggah, pastikan anda sediakan senarai barang penting pada kertas atau telefon bimbit. Anda tidak mahu merugikan masa memunggah jika ada barang sering yang tertinggal seperti pengecas telefon, ubat, dan lain lain
Walaupun jarak dari rumah lama ke rumah baru adalah dekat, mempunyai barangan keperluan yang mudah diambil boleh mengurangkan tekanan. Sebelum mengakhiri proses memunggah, pastikan anda sediakan senarai barang penting pada kertas atau telefon bimbit. Anda tidak mahu merugikan masa memunggah jika ada barang sering yang tertinggal seperti pengecas telefon, ubat, dan lain lain
Jangan
jadikan berpindah rumah menjadi tekanan dari segi masa, belanja, dan logistik.
Anda ingin menginap di kediaman baru yang diusahakan dengan titik peluh
sendiri. Ia sepatutnya menjadi perkara yang paling menyeronokkan kerana berpindah
adalah lembaran baru dalam hidup anda.
Dengan persediaan dan perancangan yang bijak, proses berpindah ke rumah idaman akan jadi lebih mudah dan pantas.
Sumber: NIKKHAZAMI.COM
Tuesday, 28 June 2016
ARTIKEL: WIFI HILANG?
Pelik tak kejap wifi kat rumah laju lepas tu tiba-tiba lembab sangat.
Mula lah marah kenapa lambat bayar mahal tapi lambat la apa semua. Haaa,
sebelum nak salahkan mana-mana pihak wifi korang tu, mana lah tahu
lambat sebab ada orang yang curi wifi tu ! Tapi macam mana nak tahu ada
orang curi guna wifi kita?
1. Tengok lampu pada router
Cara mudah nak tahu ada orang guna wifi kita ke tak senang je. Off semua
wireless devices. Kemudian, tengok kat lampu indicator kat router tu.
If menyala then memang ada orang curi wifi korang.
2. Check kalau ada IP address yang lain list device tu
Kat website pengeluar akan ada arahan macam mana nak log router,
kemudian ia memerlukan pengguna untuk masukkan Internet Protocol (IP)
address ke laman web tu dengan masukkan administrator dan
password.
Bila dah log in, ada akan list IP address, MAC address dan nama device
yang kita boleh check bila dia pop up. Masa ni boleh tengok mana device
pelik-pelik yang ada.
Kalau korang ada jumpa perbezaan nombor atau nombor IP Address kat
router tu lebih daripada devices yang connected dengan wifi maknanya
memang ada orang curi wifi korang!
3. Guna applikasi atau program untuk detect siapa yang guna wifi
Kalau tak boleh guna cara kat nombor 2 tu korang boleh install aplikasi
atau program yang boleh check siapa yang guna wifi korang. Who Is On My
Wifi adalah free software untuk Windows dan Mac.
Kredit: http://sinar.fm/
Monday, 27 June 2016
KITA ORANG KE KLCC - 13.9.2016
Sunday, 26 June 2016
Saturday, 25 June 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)