Monday 25 April 2016

KURSUS KHIDMAT PELANGGAN - 13 & 14 APRIL 2016

HARI PERTAMA

Hari  Selasa (12.4.2016) aku pergi periksa untuk pengesahan jawatan di UKM dan petang tu dapat pelepasan (balik rumah lah aku!) esoknya, pagi-pagi lagi aku tengok ada surat kena gi kursus selama 2 hari dari pagi hingga petang. Rasa naik angin pun ada gak tapi kejap sajalah.

Pergilah juga aku dengan Kak Norliyati (Atie) yang sedang sarat mengandung tu. Siapalah bagi nama kami ni kan? Kak Atie tu dah lah sarat ngandung lepas tu dia kena uruskan urusan surat-menyurat, faks dll untuk mesyuarat, boleh pula bagi nama dia untuk kursus. Eh, tapi dia pergi juga lah walaupun kejap ada kejap tak ada.

Fasilitatornya ialah Pn. Zalina Zainal Abidin dari Prisma Platinum Sdn. Bhd. Best lah...tak ngantuk dengan celoteh dan kisah-kisah yang beliau cerita kepada kami dan ada kisah yang beliau lalui sendiri.

NI MASA PEMBAHAGIAN KUMPULAN. ADA 6 GRUP - S.E.N.Y.U.M.
Kami bebas untuk bagi nama ikut awalan yang dah diberikan tu. Nama grup aku berpangkal N dan semua kiranya bersetuju untuk menamakan gurp kami ni yang semuanya perempuan dengan nama NATURAL. Ahlinya aku, ni semua pangkat akak ye = Atie, Nor Khalilah, Jegeswary, Norhita, Juita. Satu gurp ada dalam 5 ke 6 orang dan ada yang datang dari MP = Majlis Perbandaran Subang Jaya, Selayang dan Sepang & lebih kurang dalam 40 orang kalau ikut senarai nama yang aku dapat lah. Lepas tu kena letak nama penuh dan nama mesra.

Nama grup yang dah dipilih ialah  S = Sweet / E = Excellent / N = Natural /
                                                        Y = Yes /   U = Unik / M = Mesra
    
Lepas sesi pembahagian kumpulan dan nama kumpulan, kita orang dikehendaki membina Menara Kerjaya (drpd Lego Paip) yang perlu bertahan (kukuh) sehingga tamat kursus pada keesokan hari. Jadinya tapak menara tu perlu kukuh dan kita orang bekerjasama untuk membuat menara tersebut. Lpeas dah siap kena pula tampal satu masalah yang dihadapi di kaunter bagi setiap orang.

DAH SIAP!
AGAK TINGGILAH MENARA YANG KITA ORANG BUAT NI BERBANDING DENGAN GRUP LAIN
KETUA KUMPULAN KENA PAKAI GELANG YANG DIBUAT OLEH AHLI-AHLINYA SEPANJANG DUA HARI BERKURSUS NI DAN TAK BOLEH PUTUS, HILANG DSB...KALAU TAK TOLAK MARKAH...

NI MASA BREAK 15 MINIT
GRUP E PUNYA MENARA
BUKAN NAK TUNJUK GAMBAR MAKANAN SEBENARNYA TAPI NI MASA TENGAH LATIHAN BOLING. MINI BOLING SEBENARNYA.



Cara bermain = 1. Pilih 3 orang untuk tiap kumpulan 2.Cari strategi (susunan pin boling) untuk kumpul mata tertinggi 3. Pilih bola sama ada warna hijau @ pink yang ada sikit dari segi beza berat dan kelajuan


NI KUMPULAN YES...DIA NI JUGA KAPTEN MASA UNTUK 2 HARI KAMI BERKURSUS.


AARON DR KUMP. UNIK MEMBUAT BALINGAN


NI GRUP AKU...NAZIM NI DATANG LAMBAT DAH KENA JOIN GRUP AKU...



PN. ZALINA AKAN MENCATAT CARA SUSUNAN PIN, WARNA BOLA YG DIGUNAKAN SERTA JUMLAH JATUHAN PIN
 
Keputusannya ialah: 
PUSINGAN PERTAMA
S - 8
E - 5
N - 18
Y - 0
U - 18
M - 8

PUSINGAN KEDUA
S -14
E -24
N -0
Y -5
U -0
M -0

Kesimpulannya: 
CARA SAMA YG DIGUNAKAN MUNGKIN TIDAK BERKESAN PADA ORANG/JABATAN LAIN
 Contoh: Grup E tukar pemain  = jatuhan pin meningkat (5 kpd 24 = +19)
               Grup U tukar pemain = jatuhan pin menurun     (18 kpd 0 = -19)

No comments: