Wednesday 21 October 2015

PROGRAM PENYERAHAN TIKET PERTANDINGAN BOLA SEPAK PIALA SULTAN SELANGOR



Amboi, panjangnyer tajuk kan! Hari ni ada program seperti tajuk di atas di lobi MPAJ dan nama aku naik untuk menyaksikan penyerahan tiket tersebut. dan yang lebih mengujakan orang-orang lama di sini ialah majlis ini akan disempurnakan oleh Tan Sri Dato' Hj. Abdul Karim bin Munisar yang sebenarnya merupakan mantan Yang Dipertua (YDP) MPAJ yang pertama bila mana MPAJ ditubuhkan pada 1 Julai 1992. Ibarat sirih pulang ke gagang lah. Ketika menanti ketibaan beliau, kebanyakan staff lama berbaris dan di kiri dan di kanan laluan utama untuk menyambut kedatangan YDP yang mereka sayangi. 

Ada staff yang dia masih ingat lagi namanya dan ada juga yang kenal muka tapi tak ingat lama, maklumlah dah lama kan. Ini kali pertama beliau menjejakkan semula kaki di bangunan ini setelah 17 tahun meninggalkan MPAJ.

No comments: