Friday 23 October 2015

HARI GAJI - 23.10.2015

Kali ni dorang buat dua hari...sempena nak sambut Deepavali kot...apa pulak yang aku borong kali ya? 
HARI PERTAMA
Baju untuk Wafi. Kebetulan CC borong banyak untuk baju raya anak-anak dia apalagi kita orang ni pun turun lah untuk kedua kalinya. Yang ada anak ke tak ada anak ke, janji kita orang nak turun! Lepas tu ada pulak yang sibuk-sibuk tanya aku beli untuk sapa baju ni...hahahaha. Kak Ina pun kena gak. Kita orang dua-dua beli untuk anak buah masing-masing....
Aku beli selimut ni lagi...best giler! Kalau tidur dalam bilik yang ada air-cond memang best sebab dia tak serap segala sejuk yang ada. Tambahan pula, aku ni memang jenis yang tak tahan sejuk, memang sesuai sangat lah tapi yang ni lagi lembut dan harga lagi mahal lah kan!
Selimut yang mula-mula aku beli tu jadi perhatian kat rumah...haha. Yang ini adik aku punya setelah aku snap banyak corak untuk dia. 
Yang ni pun adik aku punya. Gambar yang kat bawah ni antara corak-corak yang ada pada hari tu sebab masa aku beli dulu tu tak banyak pilihan.




HARI KEDUA
Baju untuk Nuha pulak. Kira adil lah aku beli satu untuk setiap wakil anak kakak aku (kalau nak beli untuk tujuh orang, masak aku dan tak lama lagi dapat yang ke-8 pulak!!!)

No comments: