Thursday 19 February 2015

INFO AGAMA & BERBEDA ITU INDAH









BERBEDA ITU INDAH
(Program Rawatlah Hatinya, Bangunlah oleh Kiai Aagim Gymnastiar) 15 Ogos 2009

Konsep 2B 2L

     -    Berani melihat kelebihan dan kebaikan orang lain
-          Bijaksana terhadap kesalahan dan kekurangan
-          Lupakan jasa dan kebaikan
-          Lihat kekurangan dan aib sendiri

Huraian

1.Berani = Kalau lihat orang lain fokus pada kebaikan  supaya wajah, perkataan semuanya jadi yang baik-baik malah hati, tubuh, fikiran, akan turut jadi baik

2.Bijaksana = Kita boleh tidak suka dengan perangainya bukan dengan orangnya. Jangan hina orang kerana kesalahan

3.Lupakan = Semakin ingin dihormati, semakin bangga diri, dan semakin ingat jasa diri maka susah untuk berkerjasama dengan orang lain. Biar orang lupa asalkan Allah s.w.t tidak lupa

4.Lihat = Sering lihat cermin – Tanya orang  apa kekurangan dan kesalahan diri – berbeza pendapat akan jadi sesuatu yang baik

RUMUSAN =
~ Berbeda Boleh Marah Jangan – yang jadi masalah bukan kerana berbeda tapi  kemarahan itu sendiri.
~ Cari persamaan sebelum bahaskan tentang perbedaan
~ Jangan melihat perbedaan itu dengan emosi


Konsep 3S

1.Semangat bersaudara = sesama Islam
2.Solusi = bicara bukan tambah masalah tapi selesaikan masalah
3.Sukses bersama = jangan bila kita dipuji rasa orang lain rendah tarafnya, semua menang
                                 tidak ada yang kalah
                             = sukses ialah kemenangan untuk semua bahagia

Contoh:
  1. Dalam mesyuarat – berbeda pendapat – tak semestinya pendapat kita yang terbaik – jadi mesyuarat atau musyawarrah ialah tempat cari pendapat yang terbaik = kemenangan kita semua
  2. Pergaulan masyarakat majmuk – kena sedia terima – cuba fahami
  3. Cari kesepakatan yang terbaik – harus realistic, sampaikan dengan sopan dan jagan emosional

Jika konsep 2B2L tidak jumpa jalan penyelesaian (jalan buntu), kita HARUS:

~ siap sedia bahawa hidup tidak ada yang sempurna
~ tugas kita hanyalah : 1. Urus niat
                                     2. Sempurnakan ikhtiar dengan baik
                                     3. Serahkan pada Allah s.w.t ( tawakkal )


ORANG YANG PALING BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T ADALAH ORANG YANG BERTERIMA KASIH SESAMA MANUSIA

No comments: