![]() |
YANG DIRAIKAN |
![]() |
CENDERAMATA DARI KAMI |
![]() |
MENU NASI IMPIT RENDANG AYAM DENGAN PULUT KUNING |
![]() |
KITA MAKAN DULU |
![]() |
PERSONEL GIFT FROM ME |
IF YOU WANT TO BE, WHAT YOU WANT TO BE, BE WHAT YOU WANT TO BE, AND TO BE WHAT YOU WANT TO BE, BELIEVE WHAT YOU WANT TO BE.
6 Cara di bawah diyakini dapat mengurangkan berat badan juga mengempiskan perut kita yang buncit. Jom amalkan sesama.
(1) Mengunyah gula-gula getah
– Sesiapa yang mengunyah gula-gula getah selama 15 minit setiap sejam di antara waktu makan tngahari (12p.m ke atas) hingga ke makan petang (4p.m-7p.m) telah membakar lebih kurang 60 kalori (8 grams) berbanding daripada mereka yang tidak memakan gula-gula getah.
(2) Minuman Jus Sayuran / Buah
– Dalam sebuah kajian terhadap 81 orang dewasa, dengan meminum jus sayuran rendah natrium setiap hari, risiko penyakit jantung dan diabetes dapat dikurangkan.Mereka juga akan kehilangan 4 pound selama 12 minggu, berbanding minuman rendah lemak yang lain hanya kehilangan 1 pound.
(3) Minum Teh hijau
– Sesiapa yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti, dengan melakukan senaman dapat membakar 3 pound lemak atau lebih dan 7 peratus lemak masalah perut buncit dapat dikurangkan dengan meminum teh hijau. Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan minuman yang manis dan bergas.
(4) Tidur secukupnya
– Hasil kajian daripada 32 orang pelajar musim panas Hendrix College di Conway, Arkansas selama tiga minggu menunjukkan bahawa mereka yang tidur satu atau dua jam tambahan dapat menurunkan lebih kurang 300 kalori (1.4 grams).
(5) Pengambilan Cendawan dalam makanan
– Menurut daripada hasil kajian kesihatan Johns Hopkins Bloomberg School, para penyelidik menganggarkan bahawa jika anda menggantikan daging kepada cendawan sekali seminggu, anda boleh kehilangan 5 pounds dalam setahun.
(6) Mengamalkan Plan diet Simple Untill Six
– Hasil daripada penulisan Mark Bittman, plan diet yang beliau cadangkan adalah dengan mengambil makanan sayuran sahaja pada siang hari (tiada daging, tiada karbohidrat) dan ambil makanan yang berpatutan pada sebelah malam. Ini adalah cara untuk mengurangkan kalori secara semulajadi.
Sumber: kempiskanperutbuncit.wordpress.com
Petua Hilangkan Bau Dan Rasa Pada Blender
Bahan-bahannya:-
1. Tiga sudu besar garam halus
2. Secawan air
Cara-caranya:-
1. Masukkan garam ke dalam mesin pengisar dan campurkan secawan air.
2. Kisar dan goncangkannya beberapa kali sehingga bau dan rasa itu hilang.
3. Akhir sekali basuh mesin pengisar anda seperti biasa.
Antara punca kegemukan yang berlaku di Malaysia ialah ;-
(1) Makan makanan rendah/bebas lemak
– Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit.
Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar.
(2) Tidur terlalu sedikit/banyak
– Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.
(3) Minuman bergas
– Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.
(4) Elak waktu makan
– Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk.
Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan meransang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.
(5) Makan terlalu cepat
– Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan.
Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.
Sumber:kempiskanperutbuncit.wordpress.com