Friday 23 January 2015

INFO AGAMA - TAZKIRAH


TAZKIRAH

1)      Jika kamu bersyukur nescaya Allah akan menambah nikmat kepadamu,dan jika kamu kufur sesungguhnya azab Allah amat pedih.

2)      Saidatina Aisyah R.H meriwayatkan, beliau pernah bertanya kepada Rasullah kenapa beginda melakukan solat sehingga bengkak kedua kaki sedangkan baginda adalah ma’sum.Rasullah menjelaskan,baginda melakukan sedemikian kerana ingin menjadi hamba Allah yang bersyukur.

3) Kesyukuran boleh dijelmakan melalui kemurahan hati dalam membelanjakan harta di jalan Allah (Fi sabilillah)

4) Sesiapa yang mahukan kesenangan di dunia hendaklah dia berilmu,sesiapa yang mahukan kesenangan di akhirat hendaklah dia berilmu dan sesiapa yang
hendakkan kedua-duanya maka hendaklah dia berilmu

5) Amalkan membaca Quran kerana ia adalah penawar dan rahmat. Antara kelebihannya ialah:
terhindar daripada syaitan dan iblis
tidak akan nyanyuk apabila tua
hatinya sentiasa tenang dan bersih,
penghibur kepada kaum Muslimin apabila dibaca
wajah sentiasa berseri-seri
terpelihara lidahnya daripada kejahatan
bakal mendapat syafaat Quran di akhirat kelak

6) Jauhi diri daripada golongan anti-hadis dan mereka tergolong dalam golongan mempersendakan agama

7) Contoh akhlak mulia ialah membaca Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar, tidak riak, tidak melawan ibubapa dan guru

8) Jika kamu tidak merancang untuk kejayaan sebenarnya kamu telah merancang untuk kegagalan

9) Tidaklah seseorang itu bersedia memaafkan orang lain, melainkan Allah s.w.t akan menambahnya dengan kemuliaan dan tidaklah seseorang itu merendah diri kerana Allah s.w.t melainkan Allah akan mengangkatnya ke darjat yang paling tinggi

10) bacalah Quran sehingga ia dapat menegahmu daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang

11) Iblis dengki kepada Nabi Adam a.s. kerana Allah memuliakannya dengan memerintahkan iblis sujud dan hormat kepada Nabi Adam. Iblis enggan kerana merasa dirinya jauh lebih mulia kerana dia diciptakan Allah daripada api sedangkan Nabi Adam  hanya daripada tanah.
12) Beramal dengan anggota adalah pemangkin kekuatan iman

13) Syaitan tidak dapat mengalahkan orang beriman dan ikhlas kepada Allah s.w.t

14) Berlindunglah kamu daripada jiran yang jahat pekertinya:
Apabila melihat kebaikkan ditutupnya dan apabila melihat keburukkan diheboh-hebohkannya

15) Setiap manusia tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang segera bertaubat

16) Rasulullah s.a.w beristighfar lebih daripada 70 kali sehari semalam walaupun baginda tidak melakukan dosa

17) Mana-mana bahagian anggota binatang yang terpotong tanpa disembelih, haram dimakan kerana hukumnya sama dengan bangkai

18) Rasulullah s.a.w melarang jual beli secara penipuan seperti mencampurkan buah yang baik dengan buah yang rosak

19) Menurut mazhab Hambali, kanak-kanak boleh berjual beli sekiranya melibatkan nilai yang sedikit manakala menurut mazhab Hanafi, kanak-kanak yang mumai’z yang telah berumur tujuh tahun sah melakukan jual beli

20) Pendapat yang mengatakan Khalifah Uthman bin Affan seorang yang boros dan mementingkan keluarganya adalah rekaan dan pendustaan yang dilakukan oleh orang orientalis

21) Pembunuhan Khalifah Uthman dan Ali adalah disebabkan perbuatan golongan munafikun (orang munafik), yang sentiasa mencari jalan untuk mewujudkan huru-hara dalam negara Islam

22) Sejarah hendaklah dijadikan iktibar untuk membangun diri dan negara, bukan untuk berbangga dengan pencapaiaan generasi silam tanpa melakukan sesuatu untuk generasi akan datang

23) Berfikir itu adalah anak kunci yang membuka cahaya hati

24) Berfikirlah tentang kebesaran Allah s.w.t tetapi jangan berfikir tentang zat Allah s.w.t

25) Adab berhias diri yang digalakkan:
~ amalan mandi
~ bersugi atau menggosok gigi
~ memakai bau-bauan apabila hendak ke masjid
~ menyikat rambut
~ memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan ari-ari
~ menghias rupa
~ berpakaian menutup aurat

26) Adab berhias diri yang dilarang:
~ memakai emas dan sutera tulen bagi lelaki
~ berpakaian yang berlawanan jantina
~ menyambung rambut
~ membuat tatu
~ pembedahan anggota badan untuk kecantikkan

27) Rasulullah s.a.w pernah memakai pakaian berwarna hitam, hijau dan merah. Baginda menyukai warna putih

28) Segala kesenangan dan kesusahan hidup merupakan ujian daripada Allah s.w.t terhadap hambanya. Oleh itu, orang mukmin hendaklah sentiasa mengingati Allah .s.w.t dan bersabar menerima ujian tersebut

29) Orang yang banyak berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. akan memperoleh syafaatnya di akhirat kelak

30) Rasulullah s.a.w menyarankan  agar diajar Surah An-Nur kepada wanita.

31) Anda mestilah bersungguh-sungguh dalam melawan nafsu sehingga mudah untuk mengendalikannya, anda mestilah mengelak pandangan daripada melihat perkara yang mungkar

32) Peribadi Muslim yang dikehendaki ialah:
~ akidah yang murni
~ ibadat yang sahih
~ akhlak yang mulia
~ berdikari
~ pengetahuan yang luas
~ tubuh badan yang kuat
~ melawan hawa nafsu
~ berdisiplin dalam kehidupan
~ menjaga waktu
~ bermanfaat kepada orang lain

33) Satu hari di akhirat bersamaan 1000 hari di dunia

34) Masa adalah kehidupan. Sesaat yang berlaku tidak akan dapat dikembalikan walaupun dibayar dengan segunung emas. Hargailah masa kerana membuang masa bermakna anda mempersia-siakan kehidupan anda

35) Seorang penyair berkata: “Usah ditangguh amal bakti, ke hari yang belum dikenal pasti, mungkin hari menjengah ke mari, kamu pula telah kembali

36) Seseorang berkata: ‘Bekerjalah untuk dunia sekadar keperluanmu dan beramallah untuk akhirat untuk kamu kekal di dalamnya

37) Segala amalan yang dilakukan mestilah dihindar daripada sifat riak kerana riak adalah syirik kecil yang dapat menghapuskan amalan kebajikan seseorang

38) Ingatlah! Ilmu dan amal saling melangkapi ilmu tanpa amal sia-sia, amal tanpa ilmu gila. Tanpa ilmu dan amal binasa
39) Semua amalan wajib lebih afdal daripada amalan sunat (nawafil) tetapi salam terkecuali kerana walaupun memberi salam adalah sunat  dan menjawab salam adalah wajib, memberi salam adalah lebih afdal daripada menjawab salam

40) Amalan orang yang tidak beriman dengan akidah yang sahih akan terbuang begitu sahaja pada hari akhirat. Amalan mereka tidak dapat memberi pertolongan untuk melesapkan diri daripada azab Allah s.w.t

41) Akidah merupakan tiang seri kepada seseorang muslim. Jika akidah terbatal tidak bernilai lagi segala amalan dan kebaikkan disisi Allah .s.w.t

 42) “Tuhanku, solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu, hidupaknlah daku di bawah panji keimanan, matikanlah daku dalam dakapan kalimah syahadah, himpunkanlah daku di bawah lindungan-Mu, pada saat tiada lindungan selain-Mu”

43) Anda wajib membuat persediaan yang cukup dalam pelbagai bidang seperti ilmu, akhlak, fizikal, mental dan ekonomi sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan

44) Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikkannya, kecantikan akan menjadikannya angkuh. Jangan kamu mengahwini wanita kerana hartanya, hartanya akan menyebabkannya terjerumus lembah kebinasaan. Kahwinilah wanita kerana agamanya. Sesungguhnya perempuan yang hodoh dan hitam yang berpegang kuat pada agama lebih baik untuk dikahwini

45) Tidak terdapat ketetapan khas dalam perundangan  berhubung dengan mas kahwin. Namun ketetapan yang dibuat hendaklah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak

46) Sebaik-baik perkara yang dilakukan ialah yang paling sederhana

47) Kenduri kahwin wajib dihadiri jika tiada unsur syar’i seperti sakit, jarak terlalu jauh dan terancam keselamatan

48) Mengahwini hamba perempuan yang hitam tetapi beragama, lebih baik daripada perempuan yang cantik tetapi tidak berakhlak

49) Berhati-hatilah ketika marah jangan sampai terlafaz talak. Dan berhati-hatilah melafazkan kata-kata kerana lafaz talak akan jatuh walaupun diucapkan secara bergurau

50) Menurut mazhab Syafie, isteri yang mengelak daripada melayan suaminya dengan berpuasa sunat dikira nusyuz

51) Di sebalik ketenangan ada keselamatan dan di sebalik tergesa-gesa ada penyesalan

52) Ilmu teras kepimpinan, ilmu bekal perjuangan, ilmu bawa kejeyaan, tanpa ilmu dikalah lawan.

53) Sejarah bukanlah peristiwa-peristiwa yang berlaku secara kebetulan.Ia adalah aturan Ilahi untuk manusia mengambil iktibar daripadanya.

54) Orang yang tidak sanggup mendaki bukit terpaksa hidup sepanjang umur dilurah-lurah bukit.

55) Ilmu adalah kemuliaan yang tiada tolok bandingnya, adab adalah harta yang tidak dibimbangi(kehilangannya)

56) Sesuatu umat itu kekal selagi akhlaknya kekal, umat juga akan hancur apabila akhlaknya runtuh.

57) Tuntutlah ilmu. Ilmu akan mendidikmu semasa kecil, menjadikan kamu pemimpin semasa dewasa, memperbaiki kesilapanmu, menewaskan musuhmu, meluruskan penyelewenganmu serta memperbetulkan niat dan cita-citamu.

58) Periksalah dirimu sebelum kamu di periksa(oleh Allah swt pada hari akhirat nanti)

59) Tiada umat tanpa akhlak, tiada akhlak tanpa akidah dan tiada akidah tanpa kefahaman.

60) Diam ulama’ itu cela, kata-kata ulama’ itu perhiasan. Diam jahil itu perhiasan,
Kata-kata jahil itu cela.

61) Kita selalu bertanya apakah sumbangan negara kepada kita, Tetapi kita jarang bertanya apakah sumbangan kita kepada negara.

61) Tiga doa yang dimakbulkan Allah swt: Doa orang yang di zalimi, doa orang yang sedang bermusafir dan doa bapa kepada anaknya.

62) Dalam keluasan budi pekertilah letaknya gudang rezeki.

63) Tidak sempurna iman seseorang sehingga baik hatinya dan tidak baik hati seseorang sehingga terpelahara lidahnya.

64) Bertaqwalah kepada Allah swt di mana sahaja kamu berada.Iringilah kejahatan dengan kebaikan dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang mulia.

65) Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah untuk menunaikan solat adalah sedekah.

 
INFO ISLAMIK


1)      Semua Rasul bermula daripada Nabi Adam a.s hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w membawa agama Tauhid.

2)      Jawapan Rasulullah s.a.w terhadap tawanan kaum Musyrikin yang disampaikan oleh bapa saudaranya, Abu Talib agar baginda berhenti daripada menyeru kepada agama islam, “Sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku aku tetap tidak akan meninggalkan dakwahku”

3)      Maksud Hadis: Sebaik-baik orang yang membaca Quran ialah mereka yang dapat merasakan (memahami) apa yang dibacanya – Riwayat Ibnu Abbas

4)      Maksud Hadis: Kaya itu bukan kerana banyak harta tetapi kaya itu adalah kaya jiwa -  Riwayat Al-Bukhari

5)      Maksud hadis: Redha Allah terletak dengan redha kedua ibubapa dan kemarahan Allah terletak kepada kemarahan kedua ibubapa

6)      Saidina Abu Bakar As-Siddiq pernah memuntahkan susu yang diminumnya kerana dia mendapati susu tersebut daripada hambanya yang mendapat bayaran susu hasil daripada membuat ramalan

7)      Maksud Hadis: Apabila suatu kaum berbuat maksiat, sedangkan mereka mampu menghalangnya tetapi mereka membiarkannya, Allah pasti akan menurunkan azab kepada mereka - Riwayat Abu Daud

8)      Mempercayai bintang 12 mengikut tarikh lahir juga adalah sebahagian daripada khurafat

9)      Maksud hadis:  Sebahagian daripada dosa besar ialah apabila seseorang itu melaknat kedua ibubapanya. Ia berlaku ketika dia memaki bapa atau ibu orang lain kemudian orang tersebut membalas makinya

10)   Meniru semasa peperiksaan merupakan perbuatan yang haram kerana berlaku                                 penipuan kepada diri sendiri dan orang lain                                                                                                                                                       

11)   Maksud Hadis: Rasullah s.a.w melaknat (mengutuk) orang yang makan riba, saksi dan orang yang menjadi jurutulis - Riwayat Abu Daud & At-Tarmizi

12)  Maksud ayat Quran: Janganlah kamu menyangka orang gugur syahid dijalan Allah     itu sudah mati, mereka tetap hidup dan memperoleh rezeki daripada Tuhan mereka-ayat 169, Surah Al-Imran

13)   Islam mengharuskan penggunaan dadah sebagai campuran ubat-ubatan hanya untuk    menyelamatkan nyawa manusia

14)   Maksud Hadis: “Tidaklah beriman orang yang berzina itu ketika dia melakukan  penzinaan, pencuri ketika dia mencuri dan peminum arak ketika dia meminumnya”- Rasulullah s.a.w

15)   Saidina Umar telah menjalankan hukuman terhadap anaknya yang berzina

16)  Saidatina Aisyah pernah dituduh berzina oleh orang-orang munafik, tetapi Allah telah membersihkannya daripada tuduhan itu melalui wahyu

17)  Maksud Hadis: …haji yang mabrur tiada ganjarannya kecuali syurga – Riwayat Abu Hurairah

18)  Maksud Hadis: Sesiapa yang menunaikan haji di Baitullah tidak berkata yang keji dan tidak melakukan dosa, maka dia kembali seperti keadaan seperti mana ia dilahirkan ibunya  - Riwayat Muslim

19)  Rasullullah s.a.w telah meminta Abu Bakar menggantikan baginda menjadi imam solat ketika baginda sakit

20)  Saidina Umar menarik balik arahannya untuk menghadkan mas kahwin, selepas beliau mendengar pandangan seorang wanita yang mengatakan Rasulullah tidak mewajibkan perkara tersebut

21)  Sebelum kedatangan Islam kebanyakkan orang Mesir beragama Kristian. Penguasaan orang Islam ke atas Mesir di zaman Khalifah Umar telah menjadikan Mesir sebagai tempat perkembangan ilmu dan bahasa. Ketaatan rakyat kepada Khulafa’ Ar-Rasyidin adalah salah satu sebab berlakunya kemajuan dalam pelbagai bidang

22)  Thorik bin Ziyad (Bani Umaiyyah) telah membakar kapalnya apabila tiba di Sepanyol. Beliau berbuat demikian untuk menaikkan semangat tenteranya berjihad di Sepanyol supaya tidak dapat berpatah balik

23)  Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdil Aziz (Bani Umaiyyah) keadaan ekonomi dan sosial negara berada di tahap yang sangat kukuh sehingga tiada orang yang mahu menerima zakat

24)  Ujian yang dihadapi oleh Imam Abu Hanifah:
        ~  pernah dipenjara dan disebat sebanyak 100 kali
        ~ dipenjara kerana menolak jawatan jurutulis surat rasmi kerajaan Bani Umaiyyah
        ~ dipenjara kerana menolak jawatan hakim di Baghdad
        ~ meninggal dunia di dalam penjara

      25) Nasihat Imam Malik: jangan belajar ilmu dengan 4 golongan manusia iaitu
~ Orang yang buruk akhlak
~ Oang yang menurut hawa nafsu
~ Orang yang mendustakan hadis
~ Orang yang suka beramal dengan feudal sedangkan dia tidak berilmu


26) Prinsip Imam Malik: “orang yang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha
mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya”. Sejarahwan ada berpendapat
bahawa beliau berguru dengan lebih kurang 900 orang guru. Imam Syafie pernah
memuji Imam Malik dengan berkata “Tidak ada dimuka bumi ini (zaman ini)
sebuah kitab yang paling tepat selain kitab Al-Muattok

27) Imam Syafie rahmatullah berkata: Setiap kali bertambahnya ilmuku maka
bertambahlah kejahilanku dan perut yang kenyang akan memberatkan badan,
membekukan hati dan menumpulkan fikiran

28) Mazhab Syafie merupakan mazhab yang dinamik dan intelektual. Ini disebabkan sifat
beliau yang bijak berdebat, kuat ingatan serta mahir dalam hukum-hukum agama

29) Imam Syafie sangat menjaga disiplin masa dengan 1/3 menulis buku, 1/3 beribadat
1/3 beristirahat

30) Kehebatan Imam Ahmad yang digelar Al-Hakim kerana menghafaz lebih daripada
700 000 hadis, kata Imam Syafie kepada Imam Ahmad “Aku tidak tinggalkan
seorang yang labih baik, lebih alim dan lebih tahu hukum fiqah selain daripada
Ahmad bin Hanbal


31) Imam Ahmad adalah murid Imam Syafie dan menjadi guru Imam Bukhari dan
Muslim dalam bidang ilmu hadis

32) Antara usaha gigih Imam Bukhari mengumpul hadis:
~ Sentiasa memohon pertolongan  dan petunjuk Allah s.w.t
~ Kuat beribadat
~ Rajin menghafaz
~ Menghindari makanan haram dah syubha’h
~ Sanggup mengembara dalam mencari ilmu

33) Imam Al- Ghazali berkata:
~ semua orang akan binasa kecuali orang yang berilmu
~ semua orang yang berilmu akan binasa kecuali orang yang berilmu beramal dan
ikhlas
~ ilmu tanpa amal adalah sesat
~ beramal tanpa ilmu satu yang sia-sia
~ kehidupan yang utama dan kebahagiaan ialah ma’rifat (keberkatan) Allah,
beribadah dan cinta kepda-Nya. Itulah matlamat yang sebenar

34) Kata Hassan Al-Basri rahmatullah, “Berfikir satu, adalah lebih baik daripada berdiri
sembahyang  semalaman


35) Maksud ayat Quran: …dan sesungguhnya aku (syaitan) akan menyuruh manusia merubah ciptaan Allah…-ayat 119, Surah An-Nisa’

36) Maksud hadis: Allah  s.w.t melaknat perempuan yang menyambung rambut, diminta menyambung rambutnya dan Allah s.w.t melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu

37) Maksud ayat Quran: …dihiaskan (dan dijadikan indah ) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak pinak, harta benda yang banyak daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang ternakan serta kebun-kebun tanaman, dan (ingatlah) di sisi Allah adalah tempat kembali sebaik-baiknya (iaitu syurga) –ayat 14, Surah Al-Imran

38) Maksud hadis: Apabila kamu menziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik-baik, kerana sesungguhnya malaikat mengucap “Amin” terhadap apa yang kamu katakan itu – Riwayat Muslim

39) Barang siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lidahnya, jika tidak mampu maka dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman – Riwayat Muslim

40) Maksud ayat Quran: …mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikkan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir – ayat 44, Surah Al-Baqarah

41) Maksud hadis: Ajarlah anak-anak kamu menunggang kuda, berenang  dan memanah

42) Sabda Rasulullah: “mayat itu diseksa di dalam kuburnya kerana dia diratapi”
Maka hukum meratap orang yang meninggal dunia adalah haram

43) Orang yang sentiasa mengingati Allah .s.w.t dia tidak lalai walaupun berada dalam kemewahan. Antara doa orang soleh ialah “Ya Allah, jadikan dunia ditanganku tetapi jangan ia didalam hatiku”

44) Maksud hadis: Bakhil seseorang itu jika disebut namaku (Rasulullah s.a.w)  kepadanya, maka dia tidak berselawat ke atasku – Riwayat At-Tarmizi

45) Maksud hadis: Kedudukan manusia paling hamper kepada Allah .s.w.t ketika dia memohon kepada-Nya. Sebaliknya kedudukan manusia yang paling jauh daripada manusia lain ketika dia meminta sesuatu daripada mereka – Riwayat Ibnu Abbas

46) Maksud hadis: Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Quran dan mengajarkannya kepada orang lain – Riwayat Al-Bukhari

47) Maksud hadis: Sebaik-baik puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram, sebaik-baik solat selepas solat fardhu ialah solat malam (Qiamullail) – Riwayat Muslim

48 Maksud ayat Quran: …dan kami turunkan dengan beransur-ansur daripada Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepada-Nya - ayat 82, Surah Al-Isra’

49) Maksud hadis: Bacalah Quran sesungguhnya menjadi syafaat kepada pembacaan pada hari kiamat – Hadis Rasulullah s.a.w

50) Maksud hadis: Dua nikmat yang sering memerangkap ramai orang iaitu kesihatan dan waktu lapang – Riwayat Al-Bukhari

51) Maksud hadis: Iman mempunyai lebih 70 cabang dan yang paling afdal ialah ucapan Lailahaillah dan yang paling rendah ialah membuang perkara menyakitkan (menganggu) di jalan. Sabar dan malu adalah sebahagian daripada iman – Riwayat An-Nasai

     52) Maksud hadis: Jika seseorang cinta kepada saudaranya maka hendaklah dia memberitahunya   
     bahawa dia kasih kepadanya kerana Allah – Riwayat Abu Daud &At-Tarmizi

53) Maksud hadis: Perbaharuilah iman kamu, perbanyakkan menyebut Lailahaillah – Riwayat Ahmad

54) Maksud hadis: Perkahwinan itu merupakan sunnahku (Rasululllah), maka sesiapa yang membenci sunnahku, dia bukan daripada golonganku

55) Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki yang musyrik dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang mukmin

56) Maksud ayat Quran: Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, dan lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mereka yang baik itu adalah bersih daripada tuduhan buruk yang dikatakan oleh orang-orang yang jahat. Mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (daripada Allah) dan pengurniaan yang mulia -
ayat 26, Surah An-Nur

57) Maksud hadis: Tidak berdua-duaan seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan

58) Maksud ayat Quran: Orang yang mampu hendaklah memberi nafkah mengikut kemampuannya – ayat 7, Surah At-Tholaq

59) Maksud hadis: Rasulullah s.a.w. melarang seorang lelaki meminang pinangan saudaranya. Dan seorang wanita tidak boleh meminta supaya diceraikan isteri yang bakal dikahwininya – Riwayat Muslim

60) Maksud ayat Quran: Harta dan anak-pinak  adalah perhiasan hidup di dunia –ayat 46, Surah Al-Kahfi

61) Maksudnya: Adab kepada kanak-kanak akan memberi manfaat pada usia kecil, tetapi sesudah usia lanjut ia tikda berkesan lagi. Sesungguhnya ranting itu, jika engkau luruskan akan menjadi lurus, apabila menjadi kayu, biar bagaimana dilembutkan tidak akan lembut lagi

62) Maksud hadis: Sesiapa yang memisahkan antara ibu dan anaknya, Allah akan memisahkan antaranya dan orang yang disayanginya pada hari kiamat –
Riwayat At-Tarmizi

63)Maksud ayat Quran:Sesunguhnya Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada dalam diri mereka.-ayat 11,Surah Al-Ra’

64)Maksud hadis:Barangsiapa yang berjuang untuk mempertahankan hartanya lalu terbunuh, maka matinya adalah mati syahid.-Riwayat Al-Bukhari

64) Imam Shafie berkata:Orang yang tidak pernah merasai kepahitan meneguk ilmu,hidupnya akan dicengkam kejahilan,orang yang tersingkir dari pendidikan semasa muda,hidupnya seumpama sekujur jenazah.

65) Hamka berkata:Takut gagal adalah gagal yang sejati.

No comments: