Wednesday 24 December 2014

KPKT & PUTRAJAYA - 23.12.2014

Dapat e-mel yang menyatakan aku berjaya mendapat hadiah saguhati untuk Pertandingan Menulis Cerpen Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Itupun aku dapat tahu saat-saat akhir pasal pertandingan ni dan kelam kabut jugalah sebab nak mencari idea memandangkan cerpen ni perlukan fakta. 

Aku dah lah tak suka buat cerpen yang ada fakta sebab kena banyak buat kajian dahulu. Akhirnya aku berjaya juga buat cerpen yang berkisarkan projek pembangunan mewah. Itupun puas juga lah aku cari maklumat dekat Cik Goo (Google) dan akhbar dan info berkaitan melalui JPB.

Aku dan Puan Rosliza dari Jabatan Korporat yang dapat hadiah saguhati. hadiahnya aku tak kisah sangat tapi sijil tu yang penting pada aku sebab boleh dimasukkan dalam pencapaian peribadi aku kan. Tambahan pula pertandingan ni melibatkan peserta di seluruh negara. Saguhati pun aku dah rasa bangga pada diri sendiri sebab berjaya siapkan dalam masa yang singkat dan berjaya menambat hati para juri untuk menerima hadiah saguhati.

Aku ajak Syuhadah untuk temankan aku gi sana dan kita orang pergi dengan kenderaan jabatan yang dipandu oleh Shahrul. Ada orang tu (Encik S) suruh aku minta kenderaan Jabatan Perkhidmatan Am sebab nak tolong hantar tapi tak berjaya.

Dapat hadiah buku, honorarium RM100 dan sijil penyertaan. Alhamdulillah!


HADIAH UNTUK PN.ROSLIZAH AKU TOLONG AKBILKAN SEKALI























PN.ROZLIZA MINTA KITA ORANG AMBIL GAMBAR. BINGKAI TU SEBENARNYA DAR JABATAN KORPORAT

No comments: