Monday 3 November 2014

JERUK MANGGA ASAM BOI


Cubaan pertama nak buat jeruk mangga asam boi yang sedang fenomena ni. Dari sehari ke sehari tak juga buat-buat. Kalau di pejabat hari-hari aku dengar cerita pasal jeruk ni( kisah dan 1001 cerita dari pen. pegawai aku). Hendak dijadikan cerita,  'Pada suatu hari, pada khamis yang redup dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa...'
Singgah pasar tani beli dua biji mangga lemak manis..dah tersalah beli mangga sebab orang selalu guna mangga yang biasa tu...

Hiris sedangn-sedang saja, jangan halus sangat dan rendam dalam air (Ini tengok resepi yang kuar akhbar ari tu). Simpan dalam peti sejuk selama 4-5 jam sebelum masukkan dalam botol dan ditambah dengan sedikit gula, potongan cili padi (ikut suka kalau nak pedas lagi tambahlah segenggam cili dalam tu kan!) dan juga masukkan asam boi. biarlah dalam peti ais tu dalam sejam dua.

Inilah hasilnya selepas aku tinggalkan hampir 1/2 hari.. dari tengah malam hingga petang esoknya.

Sedap jeruk ni sebab dia ada rasa masam, manis, dan pedas. Air yang keluar dari jeruk ni pun kalau dihirup sedap juga! Lepas buat ini ada pula permintaan untuk aku buat lagi. Kali ini siap buat dengan mangga jenis lain dan juga epal hijau sekali tapi gambarnya aku tak snap pula.  Cepat je habis tapi tak boleh buat selalu nanti sakit perut. 





~SELAMAT MENCUBA!~

No comments: