Sedikit di sebalik tabir
IF YOU WANT TO BE, WHAT YOU WANT TO BE, BE WHAT YOU WANT TO BE, AND TO BE WHAT YOU WANT TO BE, BELIEVE WHAT YOU WANT TO BE.
Sunday, 30 November 2014
Saturday, 29 November 2014
Friday, 28 November 2014
DALAM DILEMA
Aku benar-benar DALAM DILEMA sekarang nih...tersepit antara dua persimpangan yang mempunyai pro dan kontranya. Macam lagu Farah AF2 plak Antara Dua. Sungguh perkara ni sangat membebankan fikiran aku sejak dua menjak ni. Fikiran aku berkecamuk memikirkan sama ada keputusan aku untuk berhenti kerja di shopping complex tempat aku wat part time 2 sebagai satu langkah yang bijak ataupun sebaliknya.
Jujurnya aku tidak mampu untuk melakukan tiga pekerjaan sekaligus dlm masa yang sama. Semua itu menuntut pengorbanan masa, mental dan fizikal yg kuat. Apatah lagi manuskrip pertama aku yg dihantar ke sebuah penerbitan dalam proses penerbitan (kata mereka). Buku kanak-kanak aku yang pertama juga dalam proses pencetakkan dan aku sudah lihat rangka-rangkanya. Aku terfikir untuk meneruskan minat dan usaha aku dalam bidang ini dengan lebih giat lagi.
TETAPI semua itu memerlukan pengorbanan masa yang sangat-sangat tinggi sedangkan aku masih lagi terikat dgn kerja part time di sana. Hendak berhenti terasa sayang sebab sudah lebih 6 tahun aku di sana. Dah macam2 suka duka pahit manis pengalaman yg aku kutip dan taburkan dalam kotak perjalanan hidup aku nih.
Cuma gerak hati aku menjurus ke arah berhenti daripada kerja part time tu. Selalunya bila sebut Istikharah pasti yang terlintas ialah JODOH sedangkan ia merangkumi perkara2 lain juga. Contohnya dalam hal aku ni tentulah bab kerja yang menjadi pokok istikharahnya. Kalau ikut perancangan asal yang ada dalam fikiran aku sekarang pada tarikh 20 Jan 2010 merupakan hari terakhir aku bekerja di sana. Namun aku masih lagi di sana.
Aku tidak pernah terfikir untuk berhenti dalam masa yang terdekat ini memandangkan kerja aku yang satu lagi secara kontrak untuk 2 tahun. Aku ada juga bagi hint kat kawan2 di sana yang aku tak lama lagi nak blah dari situ. Ada juga yang faham dan ada juga yang ingat aku cuma bergurau. Contoh paling jelas dan nyata pada aku sekarang ada 2. Pertama KESERONOKKAN BEKERJA yang tiada di tempat baharu.Aku cuma ada seorang kawan yang agak kamceng di sana disamping kawan-kawan biasa sahaja di sana. Nasib baik aku banyak buat kerja-kerja penulisan dan membaca majalah dapat juga menghilangkan kebosanan bila tak banyak kerja pejabat yang perlu dibuat.
Keduanya ialah GAJI hehehe.....kalo kerja part time cukup bulan duit masyuk sedangkan dalam bidang penulisan bukan itu yang aku cari. Aku nak nama aku terpampang pada buku yang dihasilkan serta mendapat sambutan positif daripada golongan pembaca di luar sana. Duit soal lain sekadar sebagai pendapatan sampingan. Kalau aktif menulis adalah hasilnya TAPI kalau malas balik petang asyik tidur ngan tengok tv memang tak menjadilah pendapatan itu kan...betul tak...
Sekarang ini pun aku dah semakin malas nak kerja part time. Ada sehari dua tu aku buat alasan padahal penat gila babas + baju kerja yang tak bergosok. (ishhh tak baik menipu kan). Apa yang bagus kerja di sana ialah boleh relax2 sebab aku staff lama kan (dah senior katakan) so ada keistimewaanlah. Kelebihannya sebagai staff kita orang juga boleh main game percuma (tapi bukan selalu dan kadang-kadang tak sempat pun).
Lepas aku pergi nanti akan berkuburlah generasi staff part time di situ sebab tidak akan ada lagi part time di sana. Dan juga yang pasti akan berselerakan dan berhabukan di dalam opis...bukan nak mengata tapi ini benar-benar kejadian.
Pening2 kepala aku memikirkan perkara ni....kalau ada sesiapa yang nak bagi pandangan atau cadangan silalah. Aku mengalu-alukan pendapat korang semua. Cukup coretan, luahan dan umpatan aku di sini hari ini. Sekian, wassalam.
P/s: Sebenarnya ini adalah entri aku pada bulan Januari lagi yang sepatutnya sudah ditempelkan di sini. Cuma sekarang aku rasa sesuai untuk diletakkan di sini. Entahlah aku pun tak tahu...berhenti, tidak, berhenti, tidak, berhenti, tidak. Alahai macam mana nih...........
Thursday, 27 November 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)