Monday 7 April 2014

HARI YANG LETIH


Hari ni merupakan hari yang letih bagi aku sebab banyak fail-fail yang aru keluar dari bilik pegawai. Sekali keluar..nah ambik kau! Tiga empat fail sekaligus. Lepas tu nak cop pelan-pelan + nak tulis kat pelan tu lagi + nak fotokopi lampiran (itupun setelah dicarik sehelai demi sehelai dari dalam fail difotokopi, dilabelkan nombor lampirannya. Kaluo ada 15 lampiran carilah satu per satu mengikut ulasan TA (Technical Assistant)

Lepas tu nak fotokopi pula surat (Letterhead) dan sijil kelulusan. Nak taip pula alamat penerima untuk dilekatkan di sampul surat. 1 fail pun dah banyak kerja ini kan pula tiga empat fail. Itu tidak termasuk edaran untuk jabatan teknikal dalam. Hhhmmmm.....pending untuk dapatkan tandatangan. Kadang-kadang pegawai kena pergi mesyuarat dari pagi sampai petang (1 hari tak ada kat pejabat).

Nasib tak baik, dapat pula, owner or planner yang tak faham bahasa, asyik telefon berkali-kali (walaupun dah dimaklumkan masih berada di dalam bilik pegawai). Tak berjaya, dia orang terus telefon pegawai (biasanya planner). Fail keluar pukul 12.30 bagitau ada orang nak datang ambik pukul 2 petang. Tak haru biru hidup aku waktu tu!

Kalau ada budak-budak praktikal yang boleh diharap dapatlah tolong aku setakat nak fotokopi atau gam sampul surat. Kalau tidak buatlah sendiri.Ada juga yang buat dajal. Kita punyalah kelam kabut nak siapkan cepat-cepat, sudahnya tak datang ambil. Esok, lusa atau minggu depan baru nak datang ambik. Tak ke sakit hati dibuatnya!!!

Aku ni nak kena renew konrak minggu depan dan kalau boleh nak settlekan apa-apa fail yang dah ada draf. Kalau tak nanti pending kat bahagian aku pula. Kalau begini aku buat apa yang mampu sahajalah....

No comments: